Certot: Pemimpin Yang Melepaskan diri sendiri…

Kecoh tentang kualiti pemimpin. Bukan sekadar pemimpin- yang jenis lepaskan tengkok sendiri ini, Tuhan sudah beri peringatan tentang satu watak yang namanya iblis, berlepas diri dari tanggungjawab menyesatkan manusia seraya berkata, Aku pun kena masuk neraka, lagi nak bela kamu semua..

Di dunia ini, ramai aja yang nafsi nafsi. Asalkan diri sendiri boleh dapat nama, kayakan suku sakat, itu semua memang sudah jadi mainan dunia. Hahaha 🤪

Menjadi pemimpin

Pemimpin, satu kosa kata yang mengambarkan keadaan seseorang memiliki kemampuan mengarah, merancang serta membawa sesuatu baik pada sebuah organisasi atau apa sahaja perkumpulan serta individu untuk mencapai satu matlamat dan tujuan.

Menjadi pemimpin tidak semudah yang digambarkan. Seorang ketua perlu ada ilmu dan pengalaman untuk memastikan sebuah organisasi yang dipimpinnya mencapai objektif perjuangan perkumpulan berkenaan.

Namun, organisasi itu akan mudah goyah dan berterabur struktur perjalanannya andai ketuanya itu lemah dan gagal mengetuainya..

Kekuatan sebuah kepimpinan itu bergantung kepada ketuanya. Seorang ketua perlu berdedikasi, bijak berdiplomasi dan pandai mengawal anak buah dan ancaman dari luar. Itulah antara resepi kepimpinan yang berjaya.

Sedih

Saya ini kalau sedih raut wajah mesti akan kelihatan. Cara paling mudah merawatinya adalah dengan bersendirian. Dalam islam biasanya di panggil bermunajat.

Apabila bersendirian, saya ada masa untuk merenung sendirian. Tapi keyakinan pada Tuhan patut sentiasa ada.

Lebih-lebih lagi, seluruh dunia berduka di timpa pandemik Covid-19, merebak kepada musibah ekonomi buat semua penduduk dunia.

Apa pun, berdoalah; kita di beri kekuatan untuk menghadapi ujian yang menimpa. Walaupun hati berdebar, susah hati dan di gulati kesedihan- ia bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan.

Ngeteh

Aku ini sejak dulu suka ngeteh. Tentunya dengan kawan. Sekadar berbincang, berbual santai.

Tapi malam ini terasa hambar. Rakan ngeteh aku masih bersungguh-sungguh mengharapkan DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Walaupun sekarang pun beliau tetap PM Tepi.

Dari raut wajah teman itu, kelihatan benar kecewa. Apakan daya, sudah begitu suratan takdir.

Pada aku siapa pun PM, bukanlah menjadi perkiraan utama aku pun. Seorang perdana menteri harus memikirkan nasib rakyat. Walaupun ia adalah utopia buat masa ini- doa aku tetap sama. Di bangkitkan pemimpin yang memahami nadi denyut rakyat kebanyakan.

Berbalik pada kawan aku itu, sesi ngeteh kami malam ini awal berakhirnya. Aku mengharapkan selain soal politik, topik ngobrol kami tentunya berkisar kepada meneruskan kelangsungan hidup semasa pandemik Covid-19 yang sudah masuk gelombang ke 3.

Biarlah pandemik ini makin mengila. Asalkan kita semua tetap terus bersemangat & tidak mudah putus asa.

Kerana, keyakinan kita tetap satu. Allah kan ada!

Anak yang ke enam

Bayi kami yang ke enam

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada :
✅ 16 Oktober 2020 / Jumaat
✅ jam 7.07 petang
✅ di Hospital Columbia, Tebrau Johor
✔️ Berat : 3.48kg
✔️ Tinggi : 50cm

Kami berdua (suami-isteri) bergegas bersiap pergi ke Hospital Columbia Tebrau sekitar jam 11 pagi. Namun sebelum sampai ke hospital, kami berdua mencari tempat makan di Larkin Perdana untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong.

Usai makan, cari pula sebotol air zam zam berisipadu 1Liter. Barulah perlahan-lahan kami bergerak ke hospital.

Sampai ke hospital sekitar jam 12.30 tengahari. Jam 1.30, isteri masuk ke ruang (laboor room), setelah selesai solat zuhur.

Pergerakan bukaan salur peranakan hanya aktif sekitar jam 5.35 petang dengan bukaan 7cm. Di ikuti 8 cm pada jam 5.50 petang.

Sepuluh minit kemudian, ia terus bergerak ke bukaan 10cm.

Sejam juga untuk menunggu agar proses kelahiran bayi kami yang ke 6 untuk keluar melihat dunia yang fana ini.

Tepat jam 7.07 malam, beberapa minit selepas azan maghrib, bermulalah kehidupan bayi ini di dunia.

Semoga, seperti doa-doa kami buat abang & kakaknya- agar bayi ini menjadi anak yang solehah & menjadi penyejuk mata bagi kami sekeluarga.

Dilindungi dari mara bahaya & fitnah yang melanda serta dipermudahkan segala urusan dunia & akhiratnya.

Amiin.

Sunyi

Sunyi akan membuatkan diri tidak keharuan. Terasa tidak di sayangi. Jiwa akan jadi kosong. Hidup seakan tidak bererti.

Tetapi, silap semua itu. Sunyi yang paling menakutkan ketika 3 langkah tapak kaki orang ramai yang mula-mula pergi meninggalkan mu sewaktu pengebumianmu di kuburan nanti.

Berusahalah agar waktu itu engkau tidak akan sunyi. Sibukkanlah hari ini dengan segala amal perbuatan yang akan menjadi tebusan mu di alam sana nanti.

Usah pernah lelah dan kecewa dengan hidup. Engkau tidak berhak untuk itu.

Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk terus hidup di sini. Sedangkan ramai kawan-kawan sudah hilang dari pandangan mata; di jemput pulang lebih awal dari diri mu.

Hidup adalah untuk memberi. Memberi sesuatu yang bermakna buat yang berada di sekeliling.

Walau hanya dengan sekuntum senyuman.

18 Julai 2020

Hari ini, 11 tahun yang lalu adalah hari yang bahagia buat kami sekeluarga.

Masih terimbau lagi detik-detik itu, jam 8.30 pagi anak saya yang kedua hadir ke dunia ini. Urusannya cukup mudah, tidak sampai sejam pun, anak ini lahir.

Harapan saya ketika itu cukup tinggi untuk anak ini. Lantaran itu, saya menamakannya Muhammad Rifaie. Maksudnya pun sudah tinggi dan mulia. Tetapi, perlahan-lahan saya berdoa dengan penuh tulus dan kudus; biarlah anak dan zuriat kami ini nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Beriman dan bertakwa kepada Allah akhirnya.

Walau apa pun yang terjadi, mereka sekaliannya dapat menempuh segala ujian dalam kehidupan. Tentunya, mereka ini lebih baik segalanya daripada saya yang serba kekurangan. Itulah antara doa dan munajat saya kepada sang Maha Pencipta.

Sekadar merakam apa yang terbuku di nurani untuk tatapan masa depan. Pada saat dan ketika jiwa bergelodak dengan karenah diri yang tak pasti dan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang rencam.

Akhirnya, kita perlukan keberaniaan untuk terus menatang dunia yang indah. Indah, kerana kita berpeluang melakukan amal kebajikan buat bekalan di kemudian hari.

UPSR 2019

Malam ini sukar untuk melelapkan mata. Esok anak sulung bakal menerima keputusan UPSR 2019.

Ayahnya pula gementar tidak keharuan. Mungkin terlalu meletakkan harapan yang tinggi.

Walaupun apa sahaja keputusan yang diperolehi, ia adalah permulaan dalam hidup bagi seorang anak berusia di awal 12 tahun.

Masih banyak lagi liku-liku, suka duka dalam hidup ini untuk di tempuhi.

Bagi seorang ayah, cukuplah doa, usaha serta tawakal yang jitu setelah mendidik dan memberi segala keperluan bagi membentuk diri seorang anak yang solehah.

Selainnya, serahkan urusan itu pada Allah.

Perbezaan pendapat

Banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam.

 

Hidup memang begitu. Paling penting adalah diri kita sendiri. Bagaimana hendak mengawal hati dan perasaan agar tidak terasa dengan apa yang berlaku di sekeliling. Datanglah apa sahaja keadaan dan situasi; kita tetap tenang hadapinya. Penuh ceria dan bersangka baik. Usah tertekan dengan keadaan yang tidak memihak kita; usahakan untuk berlapang dada walaupun hati tengah bergelojak dengan amarah. Ambil masa untuk bertenang, bagi yang beragama Islam, siramilah ia rasa marah itu dengan air wudu’, perlahan-lahan ia akan surut, kalau masih tegang lagi- ubah posisi kedudukan; kalau sedang berdiri cuba duduk, kalau sedang duduk baring sebentar. Semoga kita tetap tenang dengan hidup.

Hidup penuh warna kehidupan. Ceria adalah pintu masuk kebahagiaan.

Keazaman

Bangun pagi, selepas solat subuh; usahakan membaca beberapa potong ayat al-Quran sebagai tanda kehambaan pada Yang Esa.

Kemudian, lihatlah dunia yang indah ini. Penuh warna warni yang mencorakkannya. Dunia yang kita diami ini, milik semua. Kedamaian yang ada pasti menenangkan kita.

Usah pernah berduka, hidup ini hanya sekali. Usahakan mengembirakan diri agar kita mampu menceriakan sekeliling yang ada.