Doa itu senjata

Senjata digunakan untuk mempertahankan diri, menyerang atau sebagai perlindungan.

Walaupun tidak digunakan pada ketika ini, tetapi percayalah senjata itu akan berguna untuk selama-lamanya.

Begitu juga doa, ia adalah senjata seorang mukmin.

Usah pernah lelah untuk terus berdoa walaupun tidak diperkenankan permohonan yang dihajatkan.

Namun, ia tetap akan menjadi perisai paling ampuh bagi seorang mukmin

Ke mana saya akan pergi

Destinasi kita semuanya satu. Menuju Ilahi.

Jalan kita tidak sama tetapi tujuannya sama. Selagi masih bernyawa, gunakanlah kesempatan yang masih berbaki ini untuk terus menabur bakti.

Pandanglah dunia ini dengan penuh warna warni kehidupan. Nikmatilah segala yang di perolehi dengan seadanya. Bersyukurlah atas apa sahaja yang ada. Kita mahu yang baik-baik sahaja. Anggaplah ujian dan cabaran yang di temui sebagai asam garam kehidupan; tentunya ia adalah perencah paling bermakna buat kita.

Akhirnya, jalan pulang adalah jalan bahagia yang akan kita temui.

Itu harapan bersama.

Tahun 2018

Setelah beberapa lama blog ini bersawang, akhirnya terdetik juga untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Siapa yang membacanya, biarlah. Ia akan menjadi simpanan di lamanĀ  maya ini. Semoga catatan usang ini boleh menjadi kenang-kenangan untuk masa hadapan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, siapa pun akan memperbaharui azam tatkala tiba mentari tahun baru. Malamnya, masing-masing akan memasang azam dan niat untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Tentunya itu adalah tekad supaya di kemudian hari menjadi kenangan terindah apabila melihat ke belakang dengan senyuman yang terukir.

Rasanya blog ini sudah mejangkaui usia 10 tahun semenjak ia dibuat. Dulu usia aku 26 tahun, selepas 10 tahun, pengalaman yang dilalui tentunya telah banyak mengajar kepada diriku tentang erti kehidupan.

Aku mensyukuri atas nikmat usia dan kehidupan yang telah diberikan.

 

Selamat datang tahun 2018.

 

 

P/S: berazam untuk menulis di sini. InshaAllah

 

Membaca meluaskan minda

Saya kurang pasti; apakah maksud sebenar minda. Namun, dalam
keterbatasan pengetahuan dan dalam penulisan yang santai ini, saya menafsirkan minda adalah akal fikiran dan ia juga berkaitan tentang apa yang berlegar di fikiran.
Pada hemat saya, membaca mampu membawa kita ke dunia tersendiri. Fikiran kita akan dibawa menjelajah atas mauduk yang menjadi pembacaan kita.
Terasa hilang sebentar pergolakan dan keserabutan yang sedang melanda diri.
Indahnya dunia dalam ruang pembacaan kita.
Sesungguhnya saya merasa dihargai oleh dunia imaginasi pembacaan.
Tidak hairanlah, apabila membaca al Quran sebenarnya kita sedang memerhatikan ilmu-ilmu yang telah Allah jelaskan sebagai pedoman bersama.
Apakan daya, saya kurang ke arah itu namun hakikatnya membaca al quran pasti dan benar akan menimbulkan ketenangan disamping menjalankan pengembaraan dalam lautan ilmu yang tidak bertepi.
Inilah dunia saya, kemaruk dan obses dengan buku walaupun saya bukanlah seorang pembaca tegar!

Sepagi d TBS KL

Pada kebiasaannya setiap hujung tahun yang saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini, terasa putaran kehidupan laju mendahului diri. Seolah saya tidak mampu mengejar masa yang berlari kencang meninggalkan mereka yang tidak proaktif.
Hanya tinggal kurang 20 hari fajar 2014 akan menjelang menanti. Tanpa keberanian yang padu, kita pasti akan merasai betapa cepatnya masa pergi meninggalkan usia yang tidak di isi dengan baik.
Justeru, jadilah manusia yang berani, menghadapi masa hadapan yang sentiasa menjanjikan selautan kegemilangan bagi seorang insan.

20131205-031134.jpg

Kembali lagi 1435 H

Salam kembali.
Dunia FB yang kian rancak di dunia maya memungkinkan blog semakin kehilangan peminatnya. Saya terpanggil untuk terus menulis di medium blog ini. Sekadar untuk belajar mengasah bakat penulisan yang semakin menumpul. Jika dibandingkan dari awal pembabitan saya dalam dunia blog pada tahun 2007,ia tidaklah semeriah 6 tahun yang lalu.
Biarlah coretan biasa ini akan terus mewarnai dunia maya ini. Semoga saya dan sesiapa yang membaca nukilan ini akan dapat manfaat. Mohon maaf, andai penulisan ini tersasar dan tidak punyai arah. Niat saya hanyalah untuk memastikan sedikit bakat yang ada ini tidak tumpul.
Tambahan pula, terlalu banyak perkara yang boleh di kongsikan atas apa yang berlaku dalam dunia kita pada hari ini. Bumi terus berputar pada orbitnya, manusia semuanya tetap setia menjalankan tanggungjawab yang telah sedia terpikul di pundak masing-masing. Saya percaya, semua akan terus memotivasikan diri bagi menghadapi segala cabaran dan ujian serta permasalahan yang di hadapi sehari-harian. Doa saya agar kita tetap tabah dan setia malah sentiasa memanjatkan doa dan harapan kepada Allah supaya terus positif memandang erti kehidupan ini.
Selamat menempuh hari jumaat yang barakah.