Membina Minda Cemerlang

Januari 22, 2010

Sultan Johor Mangkat

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 4:18 pm

Sultan Johor mangkat
22/01/2010 11:25pm

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.

- Utusan

Januari 12, 2010

Muhammad Rifaie menghidap KAWASAKI

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:16 am

Salam,
Lama juga saya tidak mengemaskini bahan di blog ini. Maaf, kami ditimpa musibah. Anak bongu kami mengidap sejenis penyakit, KAWASAKI. Cumanya di kesempatan yang terbatas ini, kami memohon doa teman-teman sekalian agar mendoakan kesejahteraan Muhammad Rifaie dan kami sekeluarga. Semoga dengan itu juga, kesihatan Muhammad Rifaie bertambah baik hendaknya.

P/s: salur arteri (yang mengepam darah ke jantung) Muhammad Rifaie membengkak, andai tidak di rawat boleh mengalami komplikasi seperti strok. Nauzubillah

Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.[1]
Isi kandungan
[sorok]

* 1 Faktor risiko dan kejadian
* 2 Punca
* 3 Pembentangan
* 4 Simptom
* 5 Rujukan
* 6 Pautan luar

[sunting] Faktor risiko dan kejadian

Setakat ini, kejadian tertinggi bagi penyakit Kawasaki berlaku di Jepun (175 setiap 100,000), sungguhpun terdapat peningkatan kes di Amerika Syarikat. Hampir kesemua kes penyakit Kawasaki melibatkan kanak-kanak, dengan 80% pesakit berusia bawah 5 tahun. Kekerapan kaum lelaki memperolehi penyakit ini adalan dua kali ganda kaum perempuan, walaupun penyebabnya masih belum diketahui.

Sekitar 2,000-4,000 kes dikenal pasti di Amerika Syarikat setiap tahun.[2][3] Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit Kawasaki bukanlah sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini boleh berlaku di dalam kelompok atau cetusan setempat – biasanya pada musim sejuk dan musim bunga.
[sunting] Punca

Punca penyebab penyakit Kawasaki masih belum dapat dikenalpasti,[4] tetapi teori semasa memusat kepada punca sistem imunisasi sebagai punca penyakit. Semakin banyak bukti menujukkan kepada etiologi berjangkit, tetapi perdebatan berterusan samaada puncanya disebabkan oleh bahan antigen biasa atau superantigen.[5] Menurut laman maklumat Hospital Kanak-kanak Boston / sekolah Perubatan Harvard berkenaan penyakit, “Sesetengah kajian menunjukkan kaitan antara berlakunya kaitan antara penyakit Kawasaki dan pendedahan baru kepada pencucian permaidani atau tempat tinggal berhampiran air bertakung; bagaimanapun, punca dan kesan belum dapat dikaitkan.”[3]

Kaitan telah dikenal pasti dengan SNP dalam gen ITPKC, yang mengkod enzim yang kawalan negetif pengaktifan Sel-T.[6] Faktor tambahan yang mencadangkan kecenderungan gen adalah faktator di mana mereka berada, kanak-kanak Jepun lebih cenderung berbanding kanak-kanak lain untuk mengidap penyakit tersebut.[3] serotaip HLA-B51 didapati berkait dengan keadaan endemik penyakit ini.[7]
[sunting] Pembentangan

Masaalah kardiak adalah, setakat ini, aspek paling penting penyakit ini. Penyakit Kawasaki mampu menyebabkan perubahan vasculitik (radang pada pembuluh darah) dalam pembuluh arteries (coronary arteries) dan selanjutnya coronary artery aneurysm. Aneurysms ini boleh mendoron kepada myocardial infarction (serangan jantung) walaupun pada kanak-kanak. Secara keseluruhan, sekitar 10–18% dari kanak-kanak pengidap penyakit Kawasaki mengidap coronary artery aneurysms dengan lebih kecenderungan dikalangan pesakit yang tidak dirawat lebih awal dalam tempoh sakit itu. Penakit Kawasaki dan demam rheumatik adalah punca biasa bagi sakit jantung didapati dikalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat..
[sunting] Simptom

Penyakit Kawasaki sering kali bermula dengan demam berpanjangan yang tidak bertindak balas kepada dos normal paracetamol (acetaminophen) atau ibuprofen. Demam mungkin berkekalan selama sehingga dua minggu dan biasanya diiringi dengan keresahan. Demamnya menyerang dengan cepat pada permulaan dan seterusnya naik turun dari demam sederhana (101 ke 104 F) ke demam tinggi (lebih dari 104 F). Noda limpa pada bahagian leher mungkin bengkak. Kanak-kanak yang dijangkiti mempunyai mata merah (konjunktivitis), selaput lendir merah pada mulut, bibir merkah merah, Lidah kanak-kanak mungkin merah dan menunjukkan benjol-benjol yang kecil (papillae) “lidah strawberi”, iritis, peluh keratik (keratic precipitates) (dikesan oleh ophthalmologist tetapi biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar), dan bengkak nod lymph. Ruam kulit berlaku awal serangan penyakit, dan kulit berkeruping pada kawasan alat sulit, tangan, dan kaki (terutamanya sekitar kuku dan tapak tangan dan kaki) mungkin berlaku pada fasa berikutnya. Sesetengah simptom sebegini mungkin tenggelam timbul sepanjang tempoh sakit. Kanak-kanak biasanya menghadapi kesukaran berasa selesa dan sentiasa resah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, simptom mungkin akhirnya surut, tetapi coronary artery aneurysms tidak bertambah baik, menyebabkan peningkatan risiko kematian atau kecacatan akibat serangan jantung myocardial infarction.

Apabila demam telah reda, ruam, kemerahan mata dan noda limpa yang bengkak selalunya hilang. Kulit akan mula mengupas di bahagian kuku kaki dan kuku tangan, selalunya bermula semasa minggu ketiga penyakit ini. Kulit pada tangan dan kaki mungkin mengupas dalam cebisan-cebisan besar ataupun dalam satu cebisan sahaja (seperti seekor ular menggugurkan kulitnya). Lutut, paha, dan pergelangan kaki boleh bertambah radang dan sakit.

Kadang-kala, sakit sendi dan keradangan masih beterusan walaupun gejala yang lain telah hilang. Garisan melintang yang mendalam di kuku bahagian tangan dan kaki, yang wujud semasa penyakit ini, mungkin masih kelihatan selepas beberapa bulan sehinggalah kuku bertumbuh semakin panjang. Jika cepat dirawat, risiko ini kebanyakannya boleh dielakkan dan tempoh sakit dikurangkan.

Disember 18, 2009

Maal Hijrah 1431

Difailkan di bawah: Dunia Buku, al- Attas — muhammadridwanto @ 2:02 am
Tags:

Salam Maal Hijrah buat semua.

Segala puji dan syukur buat Allah, Tuhan sekalian alam. Mentari 1 Muharam 1431 telah Alah benarkan untuk saya menikmatinya. Sudah pasti, saya berdoa untuk menjadi seorang hamba Allah yang beriman serta bertakwa dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Kebetulannya, saya berpeluang mendengar serta mendekati Seminar dan Syarahan Perdana Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas. Mauduk perbincangan seputar program itu adalah mengenai ILMU dan ADAB. Al Attas sejak dari dulu lagi telah mengagaskan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam.

Sesetengah daripada kita, mewar-warkan pentingnya kuasa bagi menegakkan Islam namun bagi Al Attas, umat Islam perlu kembali kepada ilmu yang benar bagi memartabatkan kembali maruah umat Islam.

Malah, dalam buku beliau, RISALAH UNTUK KAUM MUSLIMIN, beliau di tanya bagaimana mahu mengheningkan masalah umat Islam yang keruh-kelam, menjelaskan yang samar-keliru, meluruskan yang kusut dan mententeramkan jiwa yang tegang dan getar?

Beliau seterusnya menjawab seperti yang telah nyatakan juga oleh Hujatul Islam, al-Imam al-Ghazali, ia berpunca daripada kekurangan ilmu, khususnya ilmu yang sebenar mengenai Islam pada keseluruhannya.

Justeru, sempena kedatangan Maal Hijrah 1431 ini, marilah bersama kita memperbaharui azam, memperkukuhkan tekad agar menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semoga kita berjaya hendaknya.

Disember 16, 2009

Prof Naquib al-attas

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 6:38 am

Setelah hampir 3 tahun Prof Naquib Al Attas tidak mengadakan syarahan awam di khayalak ramai, akhirnya beliau melakukannya. Saya cukup bertuah.

Disember 4, 2009

Kenangan itu ( Minat dan hobi)

Difailkan di bawah: Dunia, Dunia Buku, Hati, Islam, Keluarga, Luahan rasa, Maisurah, Tazkirah Jumaat — muhammadridwanto @ 1:01 am

Salam Jumaat,

Bangun sahaja pagi ini, fikiran saya ligat berputar-putar. Usai solat, selepas beberapa ketika saya bermain-main dengan putera dan puteri saya, saya perlahan-lahan menekapkan ‘earphone’ E71 saya. Hajatnya untuk mendengar koleksi lagu-lagu nasyid yang berada dalam simpanan telefon tangan saya.

Memang, sejak sedekad yang lalu, seingat saya ketika berusia 13 tahun, saya gemar apabila membaca sesuatu acapkali saya membaca bertemankan walkman. Dunia teknologi memungkinkan saya mengantikan fungsi walkman dengan kemudahan yang di sediakan oleh E71 ini.

Sambil membaca, kenangan saya terimbau pantas ke masa lalu. Lagu-lagu nasyid terlalu nostalgik buat diri saya. Saya bukanlah pelajar mana-mana sekolah agama( biasanya genre nasyid sinonim dengan budak sekolah agama). Tetapi ledakan irama nasyid pada tahun 1997, membuatkan saya turut terkena tempiasnya.

Sebelum itu, lagu Cita-citaku, Assalamualaikum (Nada Murni) adalah cinta pandang pertama saya dengan irama nasyid ini. Pertama kali saya saya mendengar bait-bait lirik lagu ‘Cita-citaku’ dalam satu majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Taman Dato Harun telah mempersonakan hati dan perasaan saya. Sehinggakan untuk beberapa ketika selepas itu, masih lagi tergiang-giang lirik lagu ini dalam setiap pergerakan saya. Sungguh, saya tidak memahami dengan lebih mendalam apa yang ada dalam lirik ‘Cita-citaku’ ini. Tetapi setelah 10 tahun selepas itu, saya lebih faham apa yang ingin si penyanyi sampaikan. Siapa sangka, anak sulung saya turut berkongsi minat yang sama terhadap lagu ini.

Acapkali, ketika saya dirundung kesedihan, cepat-cepat saya akan putarkan lagu-lagu nasyid. Lirik-liriknya mengungkapkan kepasrahan pada Allah, keluh kesah yang bersandarkan pada Ilahi serta pengharapan yang jitu pada sang Pencipta. Tambahan pula, lagu yang menjadi kegemaran saya, lagu yang bertemakan jihad, taubat pada Allah serta yang menyeru jalan pulang kepada Allah. Saya tidak menafikan bahawa al-Quran adalah penghibur yang paling utama tetapi kelemahan iman saya menyebabkan saya belum merasai nikmat membaca al-Quran itu lagi. Saya pelbagaikan dengan mendengar nasyid kerana liriknya juga bersandarkan apa yang telah terungkap dalam Quran dan Hadis.

Kenapa saya bercerita tentang ini semua? Fikiran saya galau. Saya bersyukur, dengan nasyid ini jugalah saya menerima tarbiyah langsung dari Allah. Kelihatannya terlalu mudah. Dari irama nasyid saya juga gemar membaca dan membeli buku . Kata teman-teman saya ini ulat buku tetapi kata hati saya, “aku ini pembeli buku yang setia”. Saya masih ingat lagi buku pertama yang saya mula-mula beli ketika menjejakkan kaki ke UTM. Selepas 9 tahun berlalu, kalau tidak salah kiraan saya, sudah hampir 500 lebih koleksi buku yang berada dalam simpanan saya. Mungkin tidak sebanyak sasterawan negara koleksi buku saya tetapi seperti yang selalu saya katakan pada isteri saya, seandainya saya mati kelak, gadailah buku-buku ini, manalah tahu ada harganya di pasaran.

Haji Syaful Anwar, insan yang mengenalkan minat ini pada saya. Walaupun arwah bapa saya ini bukanlah pengumpul buku tetapi setiap hari beliau sentiasa setia membeli dan membaca surat khabar. Secara tidak langsung, minat beliau pada akhbar ini turut menarik minat saya. Sampaikan saya tidak boleh makan dengan kenyang tanpa saya membaca akhbar sambil makan ( bukan makan sambil baca akhbar). Walaupun berita yang saya baca itu sudah lebih 10 kali dibaca tetapi saya tetap setia mengulanginya. UTM telah menambah minat saya dengan pengumpulan pelbagai genre buku. Dari politik ke agama, menjangkau siasah, sosial, motivasi dan lain-lain. Saya cukup pantang kalau ada orang yang mempertikaikan minat saya mengumpul dan membaca ini. Saya cukup berbahagia dengan minat dan hobi ini.

Membaca ini bukan sahaja meluaskan horizon pemikiran, tetapi ia juga boleh menjadi terapi yang mujarab. Malah, saya seolah-olah bertemankan dengan cendiakawan yang tidak jemu memberi nasihat, tidak lelah dengan kealpaan saya. Saya tidak malu untuk berguru dengan buku-buku ini kerana saya telah hilangkan hijab yang terbentang antara saya dan buku-buku ini. Mana mungkin saya lupa, keinginan saya untuk berkahwin telah saya ajukan pada teman-teman buku ini. Lalu saya terima saranan-saranan yang diberikan kemudian saya berpegang teguh dengan apa yang telah saya dan buku-buku ini bincangkan. Saya tidak menoleh ke belakang lagi, saya redah sahaja samudera yang bakal saya tempohi. Hasilnya, saya cukup bahagia dengan isteri dan dua orang cahaya mata.

Makanya, saya amat berterima kasih dengan kedua-dua minat saya ini. Minat inilah yang memandu hidup saya. Sudah pastilah yang menghantarnya adalah ALLAH. Hidup ini perlu diteruskan, walau apa pun yang berlaku, saya cukup bahagia.

November 10, 2009

Wahai Tuhan Rafiqul a’la

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 9:15 am

Tuhan terimalah ibadahku yang tidak sempurna,
Ia serba kekurangan,
dan banyak cacat celahnya,
Tapi,
Apakah daya ini yang ku mampu mempersembahkannya kepada-Mu,

Telah kucuba sepenuh hati,
Tapi masih tidak sempurna..
Aku harap dengan rahmat-Mu,
Terima juga ibadahku,
Aku…
Tetap tidak jemu,
Kuteruskan walau tidak meningkat,
Aku tetap istiqomah.

Kasihanilah aku,
Wahai Tuhan….
Hamba yang lemah ini…
Pengampunan-Mu yg ku harapkan…
Siapa lagi yang akan membelaku…?
Kalau Engkau tidak membelanya.

Aku kan hamaba-Mu jua…
Aku ciptaan-Mu juga…
kalau Engkau selamatkan..
Engkau tidak akan rugi…..
kebesaran-Mu akan…tetap sempurna,
Ampunilah wahai Tuhan…
Segala dosaku…

Kasihanilah aku…
Wahai Tuhan….
Hamba yg lemah ini…
Pengampunan-Mu yg ku harapkan…
Siapa lagi yang akan membelaku…?
kalau Engkau tidak membelanya…

Aku kan hamaba-Mu jua…
Aku ciptaan-Mu juga…
kalau Engkau selamatkan..
Engkau tidak akan rugi…
kebesaran-Mu akan…tetap sempurna….
ampunilah wahai Tuhan…segala dosaku…

Siapalah yang akan mendengar keluh kesah yang menimpa diri seorang manusia. Sudah pasti, insan itu akan kembali pada Allah. Betapa lemahnya kita menghadapi segala cabaran hidup, sedangkan kadang kala kita terlupa sejenak betapa segala musibah yang datang, kita berhak untuk mengadu pada Allah.
Mengambil inti pati lirik kumpulan nasyid Qatrunnada ini, sememangnya ia akan mendatangkan semangat serta pengharapan yang baharu. Betapa kita mempunyai Allah.
Segenap sisi mana kita meminta, yakinlah ia PASti akan di makbulkan oleh Allah.
Janganlah takut menghadapi ujian yang menimpa. Sedangkan malam yang kita tempuhi , siang akan pasti bertukar mengantikan malam. Begitu jugalah segala yang berlaku pada diri kita. Pasti sisi gelap yang sedang menghantui kita akan pergi meninggalkan kita, seperti siang mengantikan malam. Mengadulah pada Yang Maha ESA. Kita tidak akan kecewa.

Oktober 22, 2009

Mari menulis

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:45 pm

“Abang, biasalah, ana bujang, dengan menulis inilah dapat mententeramkan diri, lainlah yang sudah berkeluarga” Ringkas, penerangan seorang teman.

Asalnya, saya seakan mengadu, susahnya mahu disiplinkan diri menulis secara tetap. Namun, jawapan begini pula yang saya terima.

Saya tidak mempunyai hobi yang khusus, tetapi kalau ada sesiapa yang bertanya, dengan penuh yakin saya akan menjawab; hobi saya membaca. Tahun ini, saya  menambah hobi saya, saya suka menulis.

Walaupun tulisan saya mencapah isinya, tetapi yang menjadi kerisauan saya, saya  tidak mempunyai disiplin apabila melakukan sesuatu perkara.

Kadang kala, saya cepat bosan, mudah mengalah, merewang-rewang kekusutan yang berselirat dalam benak hati yang memeningkan kepala sehingga berpinar-pinar saya memikirkan masalah yang tidak kunjung selesai.

Sedangkan menulis memerlukan daya penumpuan yang tetap dan statik, tidak mudah goyah dengan kebosanan, sentiasa mencari idea baru walaupun bentuk penulisan yang ingin disampaikan nampak kelakar, bersifat keanak-anakan tetapi yang paling penting, idea saya berjaya saya sampaikan.

Dr Anwar Ridhwan, ketika pelancaran anugerah Sasterwan Negara pada tahun 1981, bercita-cita agar dirinya menjadi salah seorang penerima SN, akhirnya setelah 27 tahun , cita-cita beliau terlaksana.

Siapa tahu, setelah beberapa tahun mendatang,kalau tidak menjadi SN, buku tulisan saya akan laku keras, mungkin sejuta pengeluarannya. Siapa tahu?

Moga menjadi kenyataan.

(maaf, di tulis semasa menghadiri mesyuarat di Dewan Ar Razzi)

MESYUARAT

Saya paling benci dengan mesyuarat yang meleret-leret. Protokolnya, agenda mesyuarat harus di ketahui oleh semua ahli mesyuarat, agar semua ahli mesyuarat terarah dan masa mesyuarat dapat di gunakan seminima yang mungkin. Paling penting ahli mesyuarat tidak bosan.
Saya paling benci mesyuarat yang meleret. Kebosanan yang saya alami memungkin daya fokus saya hilang.
Pokok pangkalnya, saya mudah bosan. Sebab inilah saya kurang disiplin. Maaf, tolong bantu saya.

Kepimpinan
Hadiri mesyuarat, kawal selia program, menghadapi ketegangan menguruskan program, bertegang leher sesama ahli program; seputar kisah yang mengajar erti kepimpinan buat saya.
Saya terus belajar, menimba ilmu, menceduk segenap mutiara pengalaman, mengurus diri, mengaut seluas kisah suka dan duka; segala-galanya, walaupun ada rasanya pahit, tetapi ia tetap manis.
Kepimpinan, segala-galanya mungkin.

Oktober 20, 2009

INATEX 2009

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 8:03 pm

INATEX2009-a

Kali terakhir saya berkampung sehingga awal subuh, semasa menyudahkan hal-hal berkaitan projek tahun akhir program sarjana muda Elektrik Elektronik 3 tahun yang lalu.

Ini, kali kedua saya berbuat perkara yang sama. Semata-mata untuk INATEX 2009. Harapnya, produk kami , akan meraih emas…

Sekian laporan terkini.

Oktober 2, 2009

Catatan malam sabtu

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 11:27 am

“Kesian,mata merah! Mat pit (hisap gam@penagih dadah)” Terdengar bisikan gadis penjaga kaunter bayaran melihat gelagat beberapa orang anak muda, juga seperti saya membeli barangan di kedai alat tulis. Fitrah! Semua manusia inginkan kebaikan. Gadis si penjaga kaunter mengatakan kesian pada pemuda yang lagaknya seperti orang ‘lalok’ sedangkan gadis itu pakaiannya tidak seperti gadis melayu islam. Ya, semua inginkan kebaikan walaupun, kadang kala kita terlupa diri sendiri berlumur noda dan dosa. Maka, teruskanlah pencarian mencari erti hidup tanpa murka Ilahi. Usahlah berputus asa dengan segala rahmat Allah. Seluas lautan dosa, sejauh saujana mata memandang ; keampunan Allah. Pokok pangkalnya, kita. Mari kita mengejar fitrah hidup sebagai seorang hamba Tuhan.

Jumaat yang berbahagia

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:17 am

“Tidak sama antara seorang anak dengan anak yang lain. Dulu, Alya memang mudah tidur. Bagi sahaja susu badan, terus tidur.”
“Rifaie ini berbeza dari kakaknya, letak dalam buaian baru lah senang tidur”, saya di sisi setia mendengar ceramah ringkas isteri, mengenai tabiat anak kami berkaitan hal tidur.
Dua anak, pastinya setiap satu mempunyai ragam yang berbeza. Namun, bagi ibu bapa muda seperti kami, pengalaman ini cukup menarik. Baru dua anak, Ustaz Ismail Mustari, 11 orang anak. Lagi hebat. Memang kadang kala , saya mengadap Ustaz Ismail Mustari, menadah kitab mengenai hal rumah tangga. Beliau cukup peramah, terlalu banyak mutiara ilmu yang saya perolehi sepanjang berdiskusi bersama beliau.
Sepertinya, alam perkahwinan tidak lah terlalu mudah seperti yang di teorikan dalam banyak buku dan perbualan serta perbincangan. Tetapi, ia tidaklah sesukar yang di sangka.
Hal rumah tangga mencakupi, komunikasi antara suami dan isteri, anak-anak malah ia melangkaui perhubungan dua hala dengan keluarga mertua dan ipar duai.
Makanya, alam rumahtangga, sememangnya, akan memberikan seribu satu rencam pengalaman yang baharu. Paling menyeronokan , ia adalah jalan untuk menuju ke syurga Allah.
Segala-galanya perlukan masa untuk memahami sejuta perkara yang berlingkar dalam rumah tangga.
Ia, cukup membahagiakan!

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.