Mari menulis

“Abang, biasalah, ana bujang, dengan menulis inilah dapat mententeramkan diri, lainlah yang sudah berkeluarga” Ringkas, penerangan seorang teman.

Asalnya, saya seakan mengadu, susahnya mahu disiplinkan diri menulis secara tetap. Namun, jawapan begini pula yang saya terima.

Saya tidak mempunyai hobi yang khusus, tetapi kalau ada sesiapa yang bertanya, dengan penuh yakin saya akan menjawab; hobi saya membaca. Tahun ini, saya  menambah hobi saya, saya suka menulis.

Walaupun tulisan saya mencapah isinya, tetapi yang menjadi kerisauan saya, saya  tidak mempunyai disiplin apabila melakukan sesuatu perkara.

Kadang kala, saya cepat bosan, mudah mengalah, merewang-rewang kekusutan yang berselirat dalam benak hati yang memeningkan kepala sehingga berpinar-pinar saya memikirkan masalah yang tidak kunjung selesai.

Sedangkan menulis memerlukan daya penumpuan yang tetap dan statik, tidak mudah goyah dengan kebosanan, sentiasa mencari idea baru walaupun bentuk penulisan yang ingin disampaikan nampak kelakar, bersifat keanak-anakan tetapi yang paling penting, idea saya berjaya saya sampaikan.

Dr Anwar Ridhwan, ketika pelancaran anugerah Sasterwan Negara pada tahun 1981, bercita-cita agar dirinya menjadi salah seorang penerima SN, akhirnya setelah 27 tahun , cita-cita beliau terlaksana.

Siapa tahu, setelah beberapa tahun mendatang,kalau tidak menjadi SN, buku tulisan saya akan laku keras, mungkin sejuta pengeluarannya. Siapa tahu?

Moga menjadi kenyataan.

(maaf, di tulis semasa menghadiri mesyuarat di Dewan Ar Razzi)

MESYUARAT

Saya paling benci dengan mesyuarat yang meleret-leret. Protokolnya, agenda mesyuarat harus di ketahui oleh semua ahli mesyuarat, agar semua ahli mesyuarat terarah dan masa mesyuarat dapat di gunakan seminima yang mungkin. Paling penting ahli mesyuarat tidak bosan.
Saya paling benci mesyuarat yang meleret. Kebosanan yang saya alami memungkin daya fokus saya hilang.
Pokok pangkalnya, saya mudah bosan. Sebab inilah saya kurang disiplin. Maaf, tolong bantu saya.

Kepimpinan
Hadiri mesyuarat, kawal selia program, menghadapi ketegangan menguruskan program, bertegang leher sesama ahli program; seputar kisah yang mengajar erti kepimpinan buat saya.
Saya terus belajar, menimba ilmu, menceduk segenap mutiara pengalaman, mengurus diri, mengaut seluas kisah suka dan duka; segala-galanya, walaupun ada rasanya pahit, tetapi ia tetap manis.
Kepimpinan, segala-galanya mungkin.

One thought on “Mari menulis

  1. Salam,

    Saya pun paling bosan bila menghadiri mesyuarat dan seboleh mungkin cuba mengelakkan diri dari terpilih untuk menghadiri mesyuarat. Apapun mesyurat memang sukar dielak.

Tinggalkan komen