Setitis Embun Semarak Api

Apabila saya membeli buku karangan SN Shahnon Ahmad , saya dapat merasai kepuasan yang mendekam di jiwa. Mengapa?Segala-galanya berpunca daripada namanya sendiri, gelaran yang terdapat pada diri Shahnon Ahmad

Baru hari ini saya dapat menjelajahi serba sedikit isi buku yang saya beli tempoh hari. Saya dapat merasai apakah kekuatan yang ada pada penulisan yang Shahnon Ahmad ingin kemukakan kepada khayalak pembacanya.

Dengan pengalaman yang luas, dari seorang guru, pensyarah, Pengarah Pusat Islam USM, ahli politik PAS, pengarang kontroversi novel satira SHIT sehinggalah kini beliau terlantar sakit di rumah memberikan diri saya berkongsi pengalaman dengan beliau.

Pada saya, semua ini akan mematangkan lagi diri saya menghadapi hari yang mendatang.

Kemenangan Parti Kebajikan ,Turki

Semua pihak meraikan kemenangan AK dalam pilihanraya Turki yang lepas. Sememangnya saya amat mengagumi gerak kerja dan budaya yang diamalkan oleh parti bernuansa Islam ini. Walaupun saya tidak begitu mengenali dengan lebih dekat parti pimpinan Tayip Erdogan ini tetapi kekaguman saya terletak pada keiltizaman parti ini menjadi sebuah parti kebajikan yang dapat menawan hati rakyat. Malah,Ak mempunyai matlamat akhir untuk menegakkan Islam secara total seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Itu telahan saya. Saya pasti pakar politik antarabangsa barangkali setuju dengan ramalan saya ini.

Pada pandangan saya,segalanya terletak pada kebijaksanaan yang dicatur oleh sang pemimpin. Manakan tidak, kes Turki sebagai contoh, negara yang terang-terang berfahaman sekular tetapi parti gerakan Islam ini bijak menawan hati rakyat. Malah paling membanggakan pilihanraya pada hari Ahad lepas peratus pengundi yang menyokong AK meningkat sebanyak 12 peratus. Hebat bukan? Secara tidak langsung ini membuktikan penerimaan rakyat Turki terhadap AK.

Makanya, saya berdoa, gerakan Islam di Malaysia dapat mengambil pengalaman dan pengajaran yang berlaku di Turki. Semoga ia dapat memberikan suntikan semangat.Tambahan pula ,pilihanraya umum sudah dekat. Harap-harapnya sejarah di Turki berulang kembali di bumi Malaysia tercinta ini. Ayuh kita buktikan.

Adakah saya pembaca setia?

Dalam masa seminggu saya telah membeli 4 buah buku. Bagi sesetengah orang ia bukannya perkara asing,membeli buku dan menjadi peminat setia buku yang dibeli.

Minggu lepas, mula-mula saya membeli buku karangan Dr John C. Maxwell. Ultimate Leadership. Dengan harga Rm 50,saya berjaya mendapatkannya. Walaupun saya tidak tahu bila masa saya akan habis menghadamnnya tetapi saya gagahi jua membelinya. Saya rasa puas,bangga dan senyuman saya hingga ke cuping telinga apabila keluar dari Kedai buku Popular. Hingga hari ini,saya hanya menatap saja kulit buku itu, paling cemerlang pun saya menyelak beberapa helai muka surat sambil membaca beberapap baris ayat. Hebat bukan?

Kemudian, menyusul pula buku kedua, dibeli pada hari dan waktu yang sama. Karangan Ahmad Naim Jaafar dan Mohd Ikram Mohd Nor Wazir, ANGGUN di luar Serlah PESONA dari dalam. Buku ini menceritakan bagaimana hendak mempromosikan diri di khayalak ramai supaya apabila kita bergaul dan bersosial, orang ramai mahu pun teman-teman lainnya akan terpikat dengan keindahan dan ketampanan sikap dan perilaku kita. Buku ini pun saya hanya menjengah  beberapa helai sahaja..

Menyusul pula 2 buah buku yang menjadi tumpuan saya. Tindakan yang paling baik ialah saya membelinya. Saya terpaksa menghabiskan duit sebanyak RM 36 untuk membeli buku tulisan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad dan Ulama terkenal tanah air, Tuan Guru Nik Abdul Aziz merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan. Setitis Embun Semarak Api, begitulah tajuk yang diberi. Buku ini menarik minat saya hanya kerana ia adalah sebuah auobiografi. Saya dari dulu lagi memburu buku bercorak autobiografi. Mengapa? Semuanya kerana saya ingin mengambil pengajaran daripada tokoh-tokoh hebat.

Ada apa pula dengan buku karanagan Tuan Guru? Semuanya bertitik tolak dari gaya penulisan Tuan Guru yang santai tetapi mengandungi isi ilmiah. Bagaimana tu? Mudah aja,isinya tidaklah berat.Persoalan yang cuba ditampilkan berlegar seputar kehidupan manusia,paling tepat ia terkena batang hidung saya. Sekurang-kurangnya buku seperti ini akan mendekatkan diri saya dengan Allah.71 Nota Kepada Diri, pada saya cukup menarik minat saya untuk mengkhatamkannya. Doakan buat saya.

Walhasilnya,kesemua buku ini masih belum saya habisi. namun yang saya tahu, saya gila membeli. Secara tidak langsung ia akan memenuhkan rak buku rumah saya yang kini hampir mencecah ke angka 500. Banyak juga bagi saya tetapi seingat saya tak sampai seratus buah yang telah saya habisi pembacaannya. SAYA PERLU BERUBAH

Salah ke saya ingin menjaga iman?

Semalam saya mengalami satu  ‘tragedi’ yang akan saya kenang sebagai satu pengajaran dan pembelajaran  kamus hidup saya sebagai seorang dewasa. Malah  mengikut tafsiran Kamus Dewan tragedi membawa pengertian suatu   peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan.

Begini ceritanya,beberapa hari yang lalu, saya dijemput oleh seorang teman untuk mendengar penerangannya berkenaan dengan insurans. Apa lagi, saya pun dengan pantasnya bersetuju dengan pelawaan teman itu. Lagi pun teman saya itu saya tahu komitmennya dengan MLM, pada tahun ini beliau bergiat aktif pula dengan insurans. Sementelahannya, saya dan isteri pun mencari-cari insurans yang bertepatan dengan syarak. Saya pun bersetuju untuk mengadakan temujanji pada hari ahad yang lepas.

Rupa-rupanya,pertemuan pada petang ahad itu, kami bukan berdua  itu juga dihadiri oleh mentor teman saya. Pada saya itu bukan masalah kerana pada pemikiran saya sudah tentu teman saya memerlukan pertolongan mentornya untuk memberi penerangan yang jelas dan jitu. Maka bermulalah sesi penerangan itu selama 2 jam lebih.

Biasalah,sebagai pendengar yang baik,saya menumpukan sepenuh perhatian saya mendengar pada masa yang sama menghadam setiap kalimah yang keluar daripada mentor teman saya itu yang mahir dalam bidang insurans. Saya dapat merasakan kejayaan mentor itu melalui gaya dan perwatakan beliau.Malah kehadirannya bersama kami dengan membawa kereta Mercedez model terkini. Hebat bukan? ALhamdulillah,kerana ada orang Islam yang kaya.Paling tidak pun hasil zakat yang dilaburkannya akan dirasai oleh mereka yang memerlukan.

Selesai saja sesi penerangan terbabit, saya diminta mengeluarkan kad pengenalan untuk difotostat. Itu tidak mengapa, tetapi hati saya tergugah kerana saya dipaksa untuk menandatangani dokumen menyertai pelan insurans itu. Saya meminta masa kepada teman dan mentornya untuk balik memikirkannya disamping berbincang bersama isteri. Namun lain pula yang berlaku, saya diherdik, dikecam malah diperlekehkan hanya kerana saya mengatakan saya memerlukan masa untukmemikirkan serta bermusyawarah bersama isteri. ALasan yang dikemukan kepaad saya ialah  saya tidak mempunyai pendirian, tidal layak menjadi ketua keluarga malah saya seperti diletakkan dikandang orang salah hanya kerana saya meminta masa untuk memikirkannya. Saya terkesima sebentar, kaki saya mengeletar,muka saya terasa pucat dan telinga saya mendidih kemarahan bercampur perasaan cuak, seolah-olah saya di psiko. Hak saya sebagai pengguna dinafikan malah dicabul serta saya merasakan dimalukan dengan perbuatan mentor teman saya yang tidak berakhlak itu.

Paling menyedihkan ,mentor teman saya itu semacam bangga dan menyatakan memang sikapnya begitu, suka berterus terang.Apakan daya saya tidak mempunyai pengalaman sedemikian rupa. Jadi, saya terdiam. Tetapi di saat-saat akhir saya bangkit menyatakan pendapat saya. Kami bertikam lidah. Saya puas tetapi kesal kerana terikut-ikut manusia yang tidak mempunyai akhlak sebagai seorang jurujual Islam.

Lalu,saya kembali ke rumah berkongsi pengalaman hari itu bersama isteri. Saya tawar hati untuk mengambil insurans.Saya mempunyai alasan yang paling kuat mengapa saya tidakmengambil insurans itu. Hanya kerana, insurans itu adalah dari bank konvesional bukan dari Bank Islam. Walaupun ia berjenama Takaful tetapi akarnya adalah dari bank konvesioanal. Salah ke saya ingin menjaga iman saya?

Pernikahan Semasa Belajar

Isu perkahwinan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi menjadi satu perbincangan yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi permasalahan ini. Apa yang pasti kebanyakan pandangan di antara ketiga-tiga golongan ini amat sukar di satukan.
Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan.
Terkadang, masalah yang kecil dan ringan menjadi sukar dan berat, apabila sesuatu proses itu terlalu menekankan masalah persekitaran dan adat kebiasaan masyarakat. Sewajarnya masyarakat dewasa, lebih terbuka dalam membincangkan isu pernikahan, kerana arus kehidupan terus berubah dari masa ke semasa menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut faktor persekitaran, latar belakang pendidikan dan ekonomi.
Bagi golongan dewasa yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan pernikahan sewajarnya membimbing dan menghulurkan bantuan kepada golongan remaja dari awal belia lagi dalam menangani isu pernikahan.
Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Malah Ketua Perunding Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia, Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan, tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan. (Akhbar KOSMO m/s 4, Khamis 16 MAC 2006)
Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini, ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru@ sudah pandai berkasih-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam yang terjebak dengan budaya ‘couple’ sedangkan hakikat kasih sayang yang mereka jalinkan itu adalah selayaknya disalurkan melalui gerbang perkahwinan seperti yang telah difirmankan oleh Allah:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jeniskamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suamai-isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum21)
Lihatlah betapa indahnya bahasa al-Quran dalam mengambarkan keperluan manusia pada perkahwinan dalammemberikan ketenangan dan kebahagiaan yang lahir hasil daripada perkahwinan.

Mereka(isteri-isteri) adalah pakaian bagi mereka (Al-Baqarah: 117)

Jelas menunjukkan ayat di atas betapa suami isteri adalah pakaian bagi pasangan masing-masing kerana mereka saling melindungi pasangannya.

Dalam sesetengah situasi ada juga di kalangan mahasiswa Islam yang menahan diri untuk tidak segera menikah kerana alasan keperluan untuk menyelesaikan kuliahnya di universiti. Dia percaya bahawa dengan tidak berkahwin maka dia telah melengkapkan dirinya untuk menyiapkan masa depan yang cerah, dianggap akan mengangkat darjatnya dan meninggikan kedudukannya. Ataupun pelbagai alasan yang bersandarkan pada adat dan tradisi.

Apabila seorang manusia itu dilarang daripada berkahwin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram, semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak.ia boleh merosakkan keharmonian rumahtangga,mencabul kehormatan, menyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekana jiwa dan perasaan.Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. (Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah bab apabila orang yang kamu redha agamanya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya, nombor 1080 daripada Abu Hatim al-Munzi)

 

PERKAHWINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dari segi bahasa, nikah ditakrifkan sebagai “percantuman” dan “pertembungan” atau sebagai gambaran kepada persetubuhan dan ‘aqad. Dari segi syara’ dikenali sebagai ‘aqad perkahwinan. Manakala syara’ pula telah mendefinisikan perkahwinan sebagai satu aqad’ yang mengharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan, malah boleh juga melakukan apa saja dengan perempuan itu termasuklah yang berkaitan dengan seks seperti mencium, memeluk atau seumpamanya, dengan syarat perempuan itu bukan mahram kerana keturunan, susuan atau ikatan perkahwinan.
Perkahwinan disyari’atkan oleh al-Quran, al-Sunnah dan al-ijma’. Dalil pensyari’atan perkahwinan daripada al-Quran adalah firman Allah S.W.T

…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat…( Surah al-Nisa’ 4:3)

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan….(Surah al-Nur 24:32)

 

Dalil pensyari’tan perkahwinan daripada al-Sunnah adalah daripada sabda Rasulullah s.a.w :

Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan( kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah dalam pandangan Islam, pernikahan bukanlah suatu aib dan bukan pula suatu kekurangan. Tetapi pernikahan adalah sesuatu yang mulia dan sempurna. Melalui pernikahan seseorang itu boleh mencapai tujuan yang mulia. Maka tidak hairanlah pernikahan itu mampu menjadi benteng daripada keburukan syahwat, menjaga pandangan daripada perkara yang haram, menjauhi zina dan dosa, membahagiakan jiwa, menyenangkan isteri dengan berbincang dan bersuka ria dengannya.

Sesungguhnya jiwa manusia itu cenderung tidak sabar dan ingin lari daripada kebenaran. Apabila manusia itu tidak mengambil manfaat kenikmatan melaui cara yang halal, maka dia akan cenderung untuk melakukan perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadith dari Rasulullah s.a.w mengenai keutamaan pernikahan.

Dunia itu adalah perhiasan. Dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita shalehah. (hadith riwayat Ibnu Majah dalam kitab Sunan Ibnu Majah)

Dalam al-Quran, Allah ada menjelaskan tentang kenikmatan dunia yang sementara;

Padahal kehidupan dunia itu (dibanding) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit) (Surah Ar-Ra’ad 13:26)

Malah sebaik-baik kenikmatan yang dirasakan oleh seorang manusia di muka bumi ini adalah perempuan yang solehah lagi menyenangkan jiwa, kerana wanita yang seperti ini termasuk daripada kebahagiaan seorang lelaki.

HIKMAT PENSYARI’TAN PERNIKAHAN

Perkahwinan diharuskan oleh syara’ supaya memelihara seseorang itu tercebur ke dalam perkara-perkara yang ditegah oleh agama malah bertujuan untuk memelihara keturunan manusia daripada pupus dan hilang. Melalui perkahwinan juga melahirkan sikap bekerjasama di antara pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran hidup, di samping menyemaikan rasa kasih sayang antara kumpulan masyarakat dan mengeratkan perhubungan antara dua keluarga yang terlibat dalam perkahwinan.
Perkahwinan juga bertujuan mengikat suami, isteri dan anak-anak dengan ikatan yang kukuh.

Ikatan itu boleh menghilangkan rasa sunyi. Malah ia dapat menjadikan seseorang itu lebih berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan berat serta dapat menghadapi hidup dengan berani dan lebih tenang menghadapi cabaran yang mendatang. Justeru itu, seseorang itu akan lebih yakin dan bersemangat keraan menyedari kerja yang dilakukannya bukan untuk dirinya saja tetapi turut sama dikongsi dengan isteri tercinta.

Hal ini perkahwinan semasa belajar menjadi asas perbincangan, realiti bernikah ketika belajar merupakan suatu fenomena yang perlu ditangani secara khusus. Semua pihak harus membuka minda terutama masyarakat dewasa untuk melihat secara terperinci adakah faktor pernikahan disebabkan oleh dorongan negatif dan boleh menghancurkan masa depan pelajar dalam menguasai sesuatu ilmu di dalam universiti atau ia merupakan dorongan yang positif yang akan membawa seribu satu kebaikan kepada pelajar dan mematangkan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab. Bagi menyelesaikan masalah ini, sewajarnya golongan dewasa jangan terlau mudah melatah dan mengambil keputusan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil.

Lazimnya, pandangan dan keinginan yang dikemukakan oleh mahasiswa dan mahasiswi mempunyai fakta yang jelas untuk dipertimbangkan dan janganlah dianggap ia sebagai masalah picisan, bagaikan debu ditiup angin terus menghilang tanpa ada kesan.

RUJUKAN
Syaikh ash-Shabuni. 2004. Hadiah untuk Pengantin . Mustaqiim
Wahbah al- Zuhaili. 2001 .Fiqh Perundangan Islam Jilid 7. Dewan Bahasa dan Pustaka
DR. Mustofa Al-Khin, DR. Mustofa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji.2002. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Majalah ANIS DISEMBER 2002, Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Akhbar KOSMO,Khamis 16MAC 2006, m/s4

  1. Teruskan membaca "Pernikahan Semasa Belajar"

Mengapa ?

Semalam, saya cukup tersentak. Berbagai perasaan timbul di hati saya. Rasa marah, geram ,sakit hati dan pelbagai lagi perasaan yang sealiran dengannya. Ceritanya begini, ada seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan,pada masa yang sama Pengetua di sebuah kolej kediaman pelajar memegang title Dr. telah diamanahkan (saya selesa menggunakan kalimah ‘amanah’, bagi mengambarkan betapa perlunya kita telus dan memiliki sifat kepimpinan yang telah Islam anjurkan walaupun pada hakikatnya bagi kes ini pensyarah itu hanyalah seumpama ‘askar suruhan’ yang membabi buta menerima arahan tersbut bagi menjaga kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu) untuk menjadi penasihat bagi sebuah persatuan pelajar yang berorientasikan Islam.

Mengenai peranan baru beliau menjadi penasihat pesatuan pelajar terbabit bukanlah isu utamanya, tapi tindakan bersifat keanak-anakkan yang ditunjukkan ke atas pimpinan pelajar itu cukup mengecewakan malah membuatkan hati saya terus membenci sikap buruk Dr itu tadi. Manakan tidak, sewaktu menyampaikan kuliah subuh (sudah tentu pensyarah itu bergelar ustaz juga) kakinya diluncurkan ke hadapan audien seperti orang tua yang kakinya tidak boleh dibengkokkan, sessi dialog bersama pimpinan juga dipenuhi dengan kata-kata ugutan dan cercaan. Banyaklah lagi perbuatan dan sikap yang tak wajar ditunjukkan oleh seorang pensyarah yang sepatutnya wajib menghiasi peribadi sebagai seorang ilmuan lebih-lebih lagi mengajar disiplin agama Islam.

Tidak perlulah saya mengulas panjang lebar mengapa beliau tergamak berbuat demikian, hanya yang boleh saya nukilkan di sini, ia bertitik tolak dari sikap inginkan jawatan semata-mata untuk mengisi tembolok sendiri demi kepentingan peribadi. Hanya doa saya panjatkan ke atas Allah agar fitnah sedemikan rupa tidak tertimpa ke atas diri saya. Amin. Mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada malapetaka ini kerana kesannya adalah lebih teruk dari bencana Tsunami kerana akibatnya adalah neraka jahanam.

Hari Isnin

Kem Kepimpinan Kolej Tuanku Canselor,UTM

   Secebis kenangan yang sentiasa menjadi ingatan saya sebagai seorang mahasiswa UTM adalah keterlibatan saya bersama rakan-rakan dalam dunia kepimpinan. Pertama kali saya menjejakkan  kaki ke menara gading ini,membuatkan atma saya berkobar-kobar untuk membentuk diri menerusi dunia kepimpinan. Walaupun kalau hendak diukur kejayaan yang saya kecapi kini belum lagi berhasil namun saya tidak boleh menafikan bahawa keadaan diri saya kini adalah bertitik tolak daripada penglibatan aktif saya dalam bidang kepimpinan.Bukan sedikit suara yang mencemuh betapa penglibatan seseorang individu itu dalam aktiviti masyarakat tidak mendatangkan manfaat  tetapi saya tetap berazam untuk terus  memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

Hari yang indah

dsc06530.jpgHari ini, penghulu segala hari, Jumaat yang barakah (berkat). Saya sentiasa berdoa kepada Ilahi agar segala urusan saya dipermudahkan , kehidupan yang saya tempuhi akan mendapat pertolongan dari Ilahi. Kadangkala saya sentiasa dihujani pertanyaan oleh individu-individu tertentu, mengapa saya berkahwin terlalu awal, walaupun usia saya tidak terlalu muda, 24 tahun ketika itu tetapi faktor saya belum lagi menamatkan pengajian di UTM seolah-olah ia satu dosa besar kerana berkahwin di waktu belajar. Timbul pertanyaan di benak saya, mengapa isu perkahwinan ketika belajar ramai orang persoalkan, tetapi masalah muda mudi yang tidak keharuan melakukan maksiat zina ini tidak dibincangkan secara tuntas? Mengapa yea? Semalam, saya diherdik oleh seorang kawan kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat saya sebutkan di sini, tetapi amat mendukacitakan saya di herdik dan hina sebegitu rupa. Hanya Allah yang tahu betapa tersentak dan sedihnya hati saya. Namun, saya buat biasa saja, anggap seperti tiada apa yang berlaku. Hidup ini harus diteruskan, janganlah kerana masalah yang tidak seberapa ini motivasi saya jatuh merundum. Banyak lagi perkara penting yang harus saya fikirkan. Doa tetap saya panjatkan pada Allah. Kini, saya perlu kuat bekerja kerana tinggal beberapa bulan lagi isteri saya akan melahirkan putera atau pun puteri sulung kami. Pelbagai perasaan menjelma di hati saya. Takut, bimbang, gembira, dan lain-lain perasaan yang sentiasa berkunjung di ruang hati saya. Apa pun, hidup mesti diteruskan..

Usrah bersama MUAfaKAt

Dr Sidek BabaDr Sidek BabaSelasa yang lalu (3-07-07) saya dan isteri menziarahi Dr Sidek Baba, kebetulan kunjungan kami di Teratak beliau di Padang Balang adalah satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Rupa-rupanya di rumah beliau ada usrah atau pun pertemuan ilmiah yang amat menyenangkan hati saya. Ramai tokoh yang menjadi pujaan saya terlibat sama dalam perbincangan itu. Antaranya, Dr Nurmanuty, sdr. Mustafa Kamil Ayub dan teman- teman Dr. Sidek atau pun beliau lebih selesa dipanggil CIKGU. Selama 2 hari saya balik ke rumah bonda tercinta kerana saya dan isteri pergi ke Putra Jaya untuk menguruskan hal berkenaan penempatan isteri mengajar. Setibanya saya dan isteri di Putra Jaya, teman saya, Azhan dan Tengku Badrul Nizam menunggu. Namun, hanya Azhan yang menemani saya ke KPM sehinggalah selesai urusan isteri saya.