Salam Tahun Baru 2008

Tahun 2007 telah hampir 18 jam meninggalkan kita. 2008 datang mengantikan tahun yang telah lalu. Pelbagai peristiwa pahit, manis, suka dan duka berlaku di tahun 2007, namun yang paling manis adalah kedatangan permata hati kami, Alya Insyirah. Semoga anak comel yang bijak ini akan menjadi hamba yang beriman , anak yang solehah. Bagi diri sayaTeruskan membaca “Salam Tahun Baru 2008”

Kuasa Matlamat

Kuasa matlamat adalah kuasa utama dalam kehidupan! Jadinya,letakkanlah matlamat yang jelas dan bertekadlah untuk mencapainya. Bukan mudah untuk kita mengenggam segala yang ingin kita capai tetapi itu bukan alasan untuk awal-awal lagi mengaku kalah. Marilah kita mengambil roh Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran,kitab yang menjadi petunjuk dan pedoman buat alam sekaliannya. Seharusnya,kita renung danTeruskan membaca “Kuasa Matlamat”

Pemuda harapan bangsa

Pada hari, Jumaat sehingga Ahad yang lalu, saya dan rakan-rakan LEADECK (LEADERSHIP DEVELOPEMENT COMMITTE OF KOLEJ TUANKU CANSELOR) ,UTM, menganjurkan kem kepimpinan mahasiswa. Untuk pengetahuan pembaca, LEADECK adalah satu badan bebas di bawah naungan pengetua KTC,UTM diwujudkan sebagai satu badan untuk melatih pemimpin kolej. Pengalaman menjadi peserta,fasi dan urusetia sepanjang pengajian saya di UTM mengajarTeruskan membaca “Pemuda harapan bangsa”

KEPIMPINAN MAHASISWA

KEPIMPINAN MAHASISWA ( kertas kerja peribadi saya)     ABSTRAK Almarhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia) pernah mengatakan,” Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin”. Menurut Natsir lagi, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah geladangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakanTeruskan membaca “KEPIMPINAN MAHASISWA”

Mengapa ?

Semalam, saya cukup tersentak. Berbagai perasaan timbul di hati saya. Rasa marah, geram ,sakit hati dan pelbagai lagi perasaan yang sealiran dengannya. Ceritanya begini, ada seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan,pada masa yang sama Pengetua di sebuah kolej kediaman pelajar memegang title Dr. telah diamanahkan (saya selesa menggunakan kalimah ‘amanah’, bagi mengambarkan betapa perlunyaTeruskan membaca “Mengapa ?”

Hari Isnin

   Secebis kenangan yang sentiasa menjadi ingatan saya sebagai seorang mahasiswa UTM adalah keterlibatan saya bersama rakan-rakan dalam dunia kepimpinan. Pertama kali saya menjejakkan  kaki ke menara gading ini,membuatkan atma saya berkobar-kobar untuk membentuk diri menerusi dunia kepimpinan. Walaupun kalau hendak diukur kejayaan yang saya kecapi kini belum lagi berhasil namun saya tidak boleh menafikanTeruskan membaca “Hari Isnin”