Setahun berlalu

Hari ini genap setahun saya bergelar blogger. “Abang ni, bila lah nak buat buku,asyik tulis blog aja” Keluh isteri saya, melihat kesungguhan saya menjadi seorang blogger, lantaran di rumah bertimbun buku namun saya hanya setia menjadi pembaca tidak mampu untuk menjadi seorang penulis buku lagi. Sepanjang setahun menjadi blogger, ramai kenalan baru saya perolehi, Alhamdulillah.Teruskan membaca “Setahun berlalu”

Persatuan Mahasiswa Islam UTM (Sebuah coretan)

Terkenang sewaktu saya dan rakan-rakan bersama-sama menjalankan aktiviti dakwah di kampus. Ia adalah kenangan indah yang pernah terakam dalam sejarah hidup saya. Saya tidak pernah mengikuti pengajian ilmu Islam secara khusus. Namun, apabila saya berada di UTM, saya berjumpa dengan teman-teman yang mengikuti sistem pendidikan Islam yang lebih baik daripada yang saya perolehi di sekolahTeruskan membaca “Persatuan Mahasiswa Islam UTM (Sebuah coretan)”

Sebuah kehidupan

“Ala, isteri jauh sikit dah sedih,kau pasanglah satu lagi,”mungkin ia satu sindiran dari seorang teman tetapi apalah yang teman saya itu tahu tentang erti nilai cinta antara seorang suami dengan isteri.   Saya yakin, teman itu(teman akrab saya ini masih berkira-kira untuk berkahwin) tidak lagi merasai betapa cinta sepasang suami isteri tidak sama jika dibandingkanTeruskan membaca “Sebuah kehidupan”

UMNO

UMNO, Kadang kala saya naik hairan dengan keimanan sesetengah orang berkenaan UMNO. Seolah-olah, UMNO adalah penting umat orang Melayu untuk terus hidup di bumi Malaysia ini. Paling mengecewakan, anggapan penganut agama baru ini, pupusnya UMNO mengakibatkan wahyu dari Ilahi tidak akan turun lagi. Kitabnya pembangunan yang dijanjikan, keluar dari muluk manis. Tapi, 5o tahun MalaysiaTeruskan membaca “UMNO”

Setelah lama tidak kemaskini blog

Salam, Setahu saya, hampir sebulan saya menghilang di alam maya(internet) Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi, namun ia hilang dalam kesedihan yang di alami. Tetapi, cerita paling sensasi(tidaklah sesensasi cerita artis, ahli politik) bagi saya, isteri saya ditempatkan ke Mersing, di sebuah sekolah berasrama penuh intergrasi. Jenuh, saya turun naik KPM, Putrajaya, memohon penukaran isteri,Teruskan membaca “Setelah lama tidak kemaskini blog”

Catatan ringkas

Lama benar saya tidak mengemaskini blog. Walau pun tidak lah sampai bersawang tetapi hati saya ‘merintih’ memikirkan betapa kurangnya disiplin dalam membuat sesuatu perkara. Pada saya, kekeringan idea bukanlah isu utama, paling tepat, ‘kekeringan’ disiplin diri. Itu perkataan paling tepat untuk saya mengambarkan situasi yang berlaku. AYAHANDA Di rumah, siaran TV Malaysia, liputan yang sayaTeruskan membaca “Catatan ringkas”

NOSTALGIA DI HUJUNG SENJA

NOSTALGIA DI HUJUNG SENJA   Kutatap, kujabat, kudakap erat Tubuh-tubuh berbalut kulit mengeriput Memutih dari rambut ke janggut Dapat kurasakan hangatnya setiakawan Tiga dekad sepakat setekad Bersama terhumban di padang karang Tersadai diamuk badai Ku tatap wajah-wajah teman lama Ketika mata pudar berkisar mengitar dari meja ke meja Terasa ada yang tiada Kutanyakan khabar rakan-rakanTeruskan membaca “NOSTALGIA DI HUJUNG SENJA”

Siapa Yang Menang ?(Coretan pasca PRU12)

Salam, tidak kemaskini entri terbaru blog? Sapa seorang teman tiba-tiba, mengejutkan lamunan saya. Kebetulan, hati saya kuat benar menyuruh mencoret sesuatu di blog, selepas dileteri isteri. “Abang ni, asyik membaca aja, entah bila pula akan menulis! Wah, membaca pun salah juga ? Entahlah, masih banyak timbunan buku yang belum saya hadam, bagaimana nafsu untuk menulisTeruskan membaca “Siapa Yang Menang ?(Coretan pasca PRU12)”

Esok hari yang mendebarkan

Hanya tinggal beberapa jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Saya dan isteri sekarang sibuk berkemas-kemas untuk balik ke Petaling Jaya, meneruskan perjalanan ke Perlis. Ini semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada negara. Memilih pemimpin yang adil, amanah dan bersih. Sudah tentu bukan pemimpin yang ‘kaki tidur’, selalu memungkiri janji dan yang paling bahaya selalu benarTeruskan membaca “Esok hari yang mendebarkan”

Anwar Ibrahim di Johor

Anwar Ibrahim, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut nama Anwar Ibrahim, terus terbayang di minda saya aura, karismatik dan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin yang tersohor di Malaysia. Sdr. Anwar pernah berada di semua posisi gelanggang politik nasional. Bermula sebagai aktivis pelajar, memasuki arena sosial negara sebagai aktivis sosial, di jemput menganggotai UMNOTeruskan membaca “Anwar Ibrahim di Johor”