Motivasi diri 2011

Sebenarnya sudah beberapa kali saya tulis, padam dan padam. Begitulah yang terjadi apabila tiada idea ‘besar’ yang boleh saya kongsikan di blog ini. Namun, minat untuk menulis tetap ada walaupun idea yang biasa-biasa.
Hari ini, sudah 59 hari berlalu dalam kalender 2011. 59 hari yang lalu, penduduk seluruh dunia gigih memahat azam yang ingin dilaksanakan pada tahun ini. Saya tidak terkecuali dari itu. Keazaman seharusnya menjadikan kita lebih kuat untuk berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Kadang kala itu, cabaran yang mendatang seakan melemahkan semangat juang untuk mendapatkannya. Tetapi kita jarang menyedari, halangan yang hadir itu sebenarnya adalah tonik mujarab untuk menjadikan kita lebih cekal untuk terus berjuang.
Begitulah resminya hidup, usahlah mudah goyah dengan apa yang berlaku. Masa adalah pengadil paling adil untuk menentukannya. Namun, sebelum ia sampai ke masanya, tekadkanlah diri untuk berusaha sehabisnya. Paling penting, kita ada pembantu paling baik. Dia sentiasa memberi jalan untuk kita mendapatkan apa yang dihajati. Cuma tadah tangan dengan penuh kehinaan meminta dengan rasa kehambaan. Allah tidak pernah mengecewakan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s