Berlabuhlah malam

Berlabuhlah malam
Apabila  sampai waktunya
Fajar subuh mula menyeri
sinar sang suria

Sudah sunnatullah
mentari terbit diiring siang
bintang berkerdipan
menyinari  keindahan malam

Perjuangan hidupku
hanya memburu cita yang satu
dan kebahagiaan
akan ku buru walau dimana
walaupun sengsara
putus asa tiada sekali
kerana ia adalah
karedhaan dari tuhanku

Jikala  islam dipuncak tinggi
akan ku terus jua mendaki
jika ia dihujung dunia
kerana islam ku terus berjuang

Nota :

Apabila saya menamatkan pengajian, bimbang menguasai diri. Ya, dulunya saya sibuk dengan aktiviti kemahasiswaan, walaupun tidak di peringkat nasional cuma sekadar di kolej, tetapi ia sedikit sebanyak mengajar saya tentang perjuangan, intergriti, pengorbanan dan aktiviti-aktiviti aktivisme. Bimbang, saya akan meninggalkan segala apa yang saya minati dulu.

Kini, setelah hampir 4 tahun, alam kampus sudah ditinggalkan, nostalgia bersama teman-teman perjuangan masih segar di ingatan. Kami, terlalu idealis, berdebat, berhujah dengan sesiapa pun, waima pensyarah yang bergelar Dato mahu pun berpangkat Professor.  Zaman itu telah berlalu, tetapi memori yang mengamit kadangkala memotivasikan saya agar terus berusaha menyumbang pada masyarakat.

Hidup dalam masyarakat tidaklah seindah semasa di alam kampus. Budayanya berbeza, teman-teman seusia ( yang sekepala dalam perjuangan ) sudah bersepah di mana-mana sahaja. Kalau masih berjiwa perjuangan, silakan; nantikan seribu kekecewaan, sejuta rintihan.

Pernah saya, merajuk dengan orang sekeliling, seminggu juga saya mendiamkan diri. Hajatnya mahu berehat sebentar, mahu merawat kekecewaan hati.

Kata hati, ” Hidup ini sebentar, lakukanlah sebaiknya”

Salam perjuangan…

3 thoughts on “Berlabuhlah malam

  1. Salam Mujahid,pertama kali bertemu mata,sblm ni dgr2 cerita shj.. Benar..realiti kehidupan sebenar takkan semanis zaman kehidupan mahasiswa… Banyak yg perlu kita gagahi dari sebuah perjuangan hakiki. Andai dulu kita punya masa utk mengupas ttg persoalan teknikal pembelajaran, kini kita perlu memikirkan utk mencantum pecahan silangkata kehidupan. Andai direnungi, betapa betapa batas fikrah manusia takkan mampu utk menanganinya.. Itulah dunia..Hadapi semua dgn Redha! Izin link Ridwan ya… Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s