Rindu dengan itu

Salam,
Tenggelam timbul, bak sabut. Rasanya begitulah gambaran paling tepat boleh diberikan melihat situasi blog saya. Rasanya 2010 adalah tahun ketiga kewujudan blog saya ini.
Seiring dengan itu juga, tahun ini sudah 4 tahun saya melayari bahtera perkahwinan bersama suri hati. Alya pula tahun ini akan menginjak ke usia 4 tahun. Apa ya dengan semua ini? Semakin lama, usia kita akan sampai ke penghujungnya. Destinasi yang akan ditujui tanpa kita sedari makin menghampiri penghujungnya. Setiap hari ada antara kita semakin sibuk mengejar nikmat dunia tanpa sedar bahawa dunia ini sekadar persinggahan. Ya, semuanya semakin pantas. Kita terkejar-kejar dengan impian yang telah dibina.

Kenangan dulu

Saya ini mungkin seorang yang sentimental. Sejak akhir-akhir ini saya teringatkan kenangan silam. Kebetulan saya sibuk untuk menguruskan satu program kepimpinan SMK Taman Mutiara Rini. Bertembung pula dengan program Masjid al-Jawahir, program maulid nabi Muhammad. Fikiran saya ligat berputar ke filem kenangan silam saya. Subahanallah, pengalaman yang ditempuh di zaman mahasiswa saya terlalu bermakna buat memandu saya menguruskan program-program ini. Doakan saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s