Maal Hijrah 1431

Salam Maal Hijrah buat semua.

Segala puji dan syukur buat Allah, Tuhan sekalian alam. Mentari 1 Muharam 1431 telah Alah benarkan untuk saya menikmatinya. Sudah pasti, saya berdoa untuk menjadi seorang hamba Allah yang beriman serta bertakwa dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Kebetulannya, saya berpeluang mendengar serta mendekati Seminar dan Syarahan Perdana Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas. Mauduk perbincangan seputar program itu adalah mengenai ILMU dan ADAB. Al Attas sejak dari dulu lagi telah mengagaskan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam.

Sesetengah daripada kita, mewar-warkan pentingnya kuasa bagi menegakkan Islam namun bagi Al Attas, umat Islam perlu kembali kepada ilmu yang benar bagi memartabatkan kembali maruah umat Islam.

Malah, dalam buku beliau, RISALAH UNTUK KAUM MUSLIMIN, beliau di tanya bagaimana mahu mengheningkan masalah umat Islam yang keruh-kelam, menjelaskan yang samar-keliru, meluruskan yang kusut dan mententeramkan jiwa yang tegang dan getar?

Beliau seterusnya menjawab seperti yang telah nyatakan juga oleh Hujatul Islam, al-Imam al-Ghazali, ia berpunca daripada kekurangan ilmu, khususnya ilmu yang sebenar mengenai Islam pada keseluruhannya.

Justeru, sempena kedatangan Maal Hijrah 1431 ini, marilah bersama kita memperbaharui azam, memperkukuhkan tekad agar menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semoga kita berjaya hendaknya.

2 thoughts on “Maal Hijrah 1431

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s