Muhammad Rifaie sudah sebulan

19072009237
Hanya setinggi-tinggi kesyukuran yang mampu kami sekeluarga lafazkan atas nikmat yang telah Allah kurniakan buat kami.
Semalam, genap sebulan Muhammad Rifaie menjengah ke dunia yang fana ini. Ya, jodoh, ajal dan rezeki Muhammad Rifaie telah Allah tentukan. Pastinya, kami mendoakan agar putera sulung kami ini akan menjadi anak yang soleh, mukmin yang bertakwa. Terkenang kembali, sebulan lalu, tarikh 18 Julai 2009 (25 Rejab 1430H) sentiasa terpahat di memori kami.

Istimewanya, kelahiran Muhammad Rifaie, persis kakaknya. Menggunakan tarikh yang sama (18 haribulan tetapi berbeza bulan). Malah, si ibunya juga sakit kontraksi ( di samping tanda-tanda lain; pecah air ketuban dan keluar darah berlendir) di waktu yang sama seperti anak sulung kami ( 1 pagi). Namun kami mengambil keputusan untuk ke pusat kesihatan selepas subuh. Berbeza sewaktu kelahiran Alya Insyirah, kami terus bergegas ke Hospital Kangar selepas tanda-tanda mahu bersalin kelihatan. Untung juga kali ini ,saya tidak keseorangan menghadapi situasi ini kerana ibu saya ada bersama. Tidaklah kami terlalu gelabah. Walaupun kami mempunyai pengalaman menyambut kedatangan anak yang kedua, tetapi perasaan yang datang tetap pelbagai. Rasa gembira, takut, bimbang, semuanya bertandang ke segenap sanubari kami.

Selepas subuh 18/7/2009, kami berdua tiba di Pusat Kesihatan sekitar jam 6.45 pagi. Alya Insyirah merenggek mahu ikut sama. Tapi, kami titipkan sahaja Alya Insyirah bersama neneknya. Jam di tangan menunjukkan jam 7 tepat. Isteri saya sudah masuk ke bilik ketibaan (Delivery Room). Syukur, saya berpeluang masuk bersama. Sekurang-kurangnya boleh juga saya memberi motivasi, kata-kata perangsang agar segalanya berjalan lancar. Ukuran bukaan rahim di ambil.

“7 cm, nampaknya sekitar sejam dari sekarang, bayi akan keluar”ujar Doktor yang bertugas.
Hati saya berdebar kencang. Gengaman tangan isteri saya sambut dengan erat. Kerutan dahi isteri menampakkan kesakitan yang di rasai. Jam sudah menghampiri 8 pagi. Bukaan semakin melebar, sekitar 8 cm. Degupan jantung bayi dapat kami dengari lewat ‘ultasound’. Sekejap-sekejap, kontradiksi semakin kuat. Sepertinya, bayi kami tidak sabar untuk keluar menemui ibu bapanya. Sedaya upaya isteri saya mengumpulan kekuatan untuk membuat tolakan. Kami beruntung, doktor sentiasa positif memberi galakan agar setiap tolakan yang di buat akan mengeluarkan kepala bayi terlebih dahulu.

10 cm…..
Ya, bukaan sudah sempurna. Hati saya berdebar. Doa terus di panjatkan,agar segalanya selamat. Ini antara hidup dan mati. Sama ada ibu akan mati , bayi akan meneruskan pengembaraannya di dunia. Ataupun sebaliknya. Ataupun kedua-duanya selamat. Beginilah pertarungan antara hidup dan mati. Betapa tinggi dan mulianya tugas seorang ibu (Terimah ibu ku, dan juga ibu kepada anak-anak ku, hanya Allah yang layak membalas jasa kalian ) yang melahirkan. Sehinggakan Islam meletakkan darjat yang tinggi, 3 kali lebih tinggi dari seorang bapa.

8.02 pagi
Tolakan pertama, isteri saya keletihan. berkerut dahi menahan kesakitan.

8.18
Tolakan kedua. Saya nampak rambut bayi. kepalanya memenuhi permukaan rahim. Hampir berjaya. Namun, masih gagal di tolak kepala untuk keluar keseluruhannya.

8.24
Tolakan ketiga. Nekad! Sekonyong-konyong tolakan kali ini menampakan rambut bayi. Lantas, tanpa menunggu lagi, doktor menarik kepala keluar. Alhamdulillah, syukur ( doktor menyambutnya dengan azan seiring apabila beliau mengeluarkan kepala bayi, menarik kseluruhan badan keluar keluar dari rahim ibu) Masa di tangan 8.27 pagi.

Alhamdulillah! Saya sudahi dengan azan buat kali kedua! Yang pastinya, kalimah pertama yang di dengari Muhammad Rifaie, kalimah memuji Allah, membesarkan keagungan Allah! Semoga, kematian mu kelak di sudahi dengan menyebut kalimah mengesakan Allah. Semoga, anak kami menjadi insan yang beriman dan bertakwa!
DSC00164
DSC00235
DSC00237

6 thoughts on “Muhammad Rifaie sudah sebulan

  1. tahniah wanto. comel gambar alya memeluk rafaie dlm gambar terakhir. experiance dlm menerima cahaya mata tu sangat berguna!

  2. tembam nye dia..
    ape maksud nama baby nie abg wanto??

    salam,terima kasih.
    1) YANG TERPUJI
    2) YANG TINGGI DARJAH KEMULIAANNYA.

    AMEEN

  3. Alhamdulillah..tahniah daripada kami sekeluarga..

    tembam Rifaie ye..sama la macam Irsyad..hihii..

    minum susu badan sepenuhnya tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s