Hujan (Ahad yang dingin)

Ulama pernah berpesan dari sabdanya nabi Muhammad,
Hujan itu membawa rahmat,
Maka, jangan lupa berdoa sebanyak mungkin pada Tuhan sekalian Alam,
Aku pun mahu berdoa,
Moga-moga rahmat akan turun mengelilingi kehidupanku,
Moga jua hidup aku di beri petunjuk sentiasa agar segala keluh kesah akan datang dan pergi dengan mudah.
Hujan juga membawa kedinginan yang menenangkan jiwa,
Rintikan hujan membawa irama pada atap rumahku,
Kiranya irama itu seakan membisik,
“Jangan lupa berdoa, aku turun bersama sang malaikat, pengutus Tuhan, membawa khabar gembira”
selanjutnya hujan melanjutkan bicara,
“Aku membasahi bumi, menghapuskan dosa dan noda umat yang mahu bertaubat”
“Aku membawa ketenangan buat mereka yang duduk berteleku memohon keampunan pada Sang Pencipta”

Ya, hujan itu rahmat, seperti kata Nabi.
Aku berdoa, luaskan rezeki, tajamkan minda, lapangkan dadaku, kuatkan jati diri agamaku, kukuhkan akidahku,
kerana aku kini,
menjadi pemimpin,
buat seorang isteri,
seorang anak,
beberapa anak yang bakal menyusul,

aku tahu,
umat sentiasa menanti kan khidmat bakti ku
tetapi,
izinkan aku lunaskan
segala hutang aku pada semua,
sebelum aku menghambakan diri pada umat,
kerana perjalanan yang panjang ini,
noktahnya bertemu Tuhan,

Hujan,
bawalah rahmat sedapat mungkin,
bawalah barakah memusnahkan kecelakaan,
kerana,

aku hamba Tuhan,
Lemah . lagi dhaif…
Namun, aku percaya,
Rahmat Allah itu tetap ada.

5.22 petang 5 Julai 2009 / 12 Rejab 1430 H
skudai

2 thoughts on “Hujan (Ahad yang dingin)

  1. wah..begitu puitisnya kata2..

    wanto, sory utk diapers tu..memg ini 1st time customer komen utk saiz L toujours nie..

    pelik pun ada gak..naper leh bocor ek? ni rating paling tinggi diapers ni la..linda mohon maaf ye atas kesusahan yg tak disengajakan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s