Saya dan kepimpinan (1)

” Kau ini, kalau bagi aku apa-apa slot, mesti bagi aku tajuk ini,” getus saya pada Mirzan. Selalu benar, Mirzan mengajak saya menyampaikan ceramah berkenaan tajuk kepimpinan.

“Dah, itu sahaja yang boleh kau sampaikan,” balas Mirzan.

Jauh saya merenung kata-kata Mirzan.

1993

“Cikgu panggil kau pasal apa Tarmidzi? “soal saya pada kawan sekelas di padang sekolah. Saya memandang ke dalam mata hitamnya. Penuh dengan persoalan yang terbuku dalam hati.

Tarmidzi, adalah antara pelajar terbaik dalam kelas saya. Saya cukup mengagumi kepandaian beliau. Saya waktu itu, menduduki kedudukan 24 dari 40 orang murid, di sekolah pinggir bandar Petaling Jaya.

“Cikgu panggil untuk temuduga pengawas sekolah,” ujar Tarmidzi bersahaja.

Aik, cikgu tak panggil aku ?

Aku pun nak jadi pengawas sekolah.

Saya bermonolog sendirian.

 

1995

sekolah2

 

sekolah

“Kenapa kamu mahu jadi pengawas sekolah?’ tanya cikgu Yussak Kasan, guru penasihat pengawas Sekolah Menengah Taman Dato Harun pada saya.

Saya mahu jadi yang terbaik!

Jawab saya bersahaja, namun hati saya berdebar-debar, takut-takut saya tidak terpilih.

Nasib menyebelahi saya. Saya di lantik juga menganggotai pasukan kepimpinan sekolah. Waktu itu saya baru berusia 13 tahun. Akhirnya saya memasuki pintu dunia kepimpinan.

2009

Dunia kepimpinan bukanlah terlalu asing buat saya. Ia mengajar saya mengenai erti kehidupan. Mungkin tidak lah sampai pada menjadi Yang Berhormat, sekurang-kurangnya saya belajar bagaimana hendak memimpin diri sendiri.

Paling besar pun amanah yang di beri pada saya, adalah menjadi suami dan ayah yang baik.

Ya, saya sedang melalui dunia kepimpinan.

3 thoughts on “Saya dan kepimpinan (1)

  1. Assalamualaikum Ridwanto, terima kasih bnyk2 kerana berkunjung ke blog ustazahlina. ustazah saaaangat gembira kerana anda bekas pelajar SMKTDH. walaupun ustazah baru sahaja mengajar di sini tapi terasa kepuasan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar di sini. Ustazah sangat berbesar hati sekiranya selepas ini ustazah dapat menjemput Ridwanto untuk program bersama adik2 di SMKTDH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s