Nota-nota kehidupan

Nota 1

Hari-hari sebelumnya, saya tidur awal. Namun, malam ini berbeza. Ada beberapa perkara yang membuatkan saya rungsing. Saya sudah muak membaca, menelaah kes-kes politik yang hangat melanda Negara.
“Hangat! Mahkamah Tinggi, mengesahkan Nizar MB Perak yang sah.”
Lebih kurang begitulah sms yang di hantar lewat telefon bimbit saya.
Namun, itu tidak lagi menjadi kerungsingan saya.
Malam itu, saya cuba menghubungi seorang teman.
Cadangnya mahu berdiskusi tetapi apakan daya masalah teknikal yang berlaku membantutkan hasrat saya.

Nota 2

Kalau di ikutkan sehingga tahun ini, usia saya sudah menjejak 27 tahun.
Ya, sudah lebih suku abad usia saya berlalu.
Saya tidak pasti bila ajal akan datang menjemput diri.
Ada sesuatu yang terbuku dalam sanubari saya.
Ikhlas, saya pun masih gagal untuk memecahkan ‘sesuatu’ yang tersimpan dalam hati ini.

Nota 3

Sudah hampir 9 tahun saya mengembara, jauh dari keluarga.
Selepas SPM, awal tahun 2000, saya merantau jauh nun di utara (Kulim, Kedah)
Itulah detik pertama saya meninggalkan keluarga.
Ya, saya pergi berjihad, menuntut ilmu.
Memandaikan diri, dengan harapan, saya akan menyumbang semula kekuatan intelektual saya , menjadi agen perubahan masyarakat. Itu harapan saya.
Kemudian, selang setahun selepas itu, Allah takdirkan saya ke selatan tanah air.
Universiti Teknologi Malaysia, tempat saya menumpahkan keringat, minda dan menimba pengalaman hidup.
Tahun ini genap 8 tahun, saya berada di bumi Johor.

Nota 4

8 tahun di bumi tanah lahir UMNO.
Semakin mematangkan diri.
Seandainya Prof Zaini Ujang, ketika seusia saya ini, telah melahirkan sebuah buku, “Mendukung Tradis Intelektual (MTI)”, agak-agaknya, buku apa pula yang bakal saya tulis?
Siapa tahu, selepas 11 tahun, baru kini saya mengetahui, bahawa Zaini Ujang , adalah seorang Nain Canselor UTM.
11 tahun dulu, saya terjumpa buku Zaini Ujang, MTI, niat di hati ketika itu, sekadar menyimpan buku terbabit sebagai kenang-kenangan.
Rupanya , selepas 11 tahun buku itu, saya tekuni kembali.
Allah lebih mengetahui apa yang saya tidak tahu. (Subahanllah)

Nota 5

“PAS, seperti mahu membuang jubah melayu”
Anekdot ini, saya perolehi dari seorang teman. Ali Bukhari Amir.
Kisahnya bermula begini.
Entah bagaimana, seorang teman ini, di bawanya saya berjumpa dengan Dr Fadhli, Exco Kelantan.
Saat seperti itu saya tidak lepaskan.

“Dr, kalau kita lihat Pilihanraya kecil di Bukit Gantang, sokongan bukan melayu semakin meningkat”
Tanya saya.
“Tetapi kita lihat, sokongan pengundi Melayu, sedikit menurun. Katakan, sekirannya Pakatan rakyat menang di Johor, dengan analisis semasa PR Bukit Gantang, sudah pasti, kawasan yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu akan menyokong Pakatan rakyat.
Hasilnya, saya pasti situasi di Perak akan berulang kembali. Pakatan rakyat, akan mempunyai jumlah ADUN yang sama keadaan nya di Perak.
Ya, seorang wakil rakyat PAS dilantik sebagai MB kerana pakatan rakyat mempunyai wakil rakyat bukan melayu , ramai daripada ADUN melayu.

Soalan saya, “ Apakah tindakan PAS menyiapkan diri menambat hati pengundi Melayu, bahawa, PAS mampu mengambil alih peranan UMNO”

“Adik, kita jangan perkauman.
Kita jadilah orang Islam yang sebenar.
Islam melarang sifat perkauman.
Kita mesti mengikut kehendak pengundi yang sokong kita.
Biarlah kita gadaikan maruah melayu kita.
Yang penting Islam yang wajib di pertahankan
Nilai yang ada pada Melayu, kita boleh lupakan.
Kita raikan rakan-rakan kita yang bukan Melayu.
Ingat, jangan terlalu Melayu, nanti pengundi bukan Melayu tidak akan sokong kita.
Melayu tak penting, Islam penting.
Kerana Islam tidak mengajar kita mengutamakan bangsa”

Dalam hati saya,
“Dalam politik semua boleh berlaku”
Lain di tanya, lain di jawab.
Saya mahu minta pandangan , apa tindakan PAS dari kaca mata seorang Exco kerajaan negeri Kelantan.
Di tonyoh saya pula sebagai perkauman.

“Oh, Exco itu kontra puak muqabalah.
Menjelajah seluruh Negara, untuk dapatkan sokongan perwakilan, undi calon pro menetang puak muqabalah.”
Seorang teman, orang kelantan juga, memberikan pendapat.

Taktik sama macam UMNO.
Politik oh politik.

Nota 6

Perjalanan saya mungkin sudah sampai ke penghujungnya.
Atau, Allah masih lagi memberikan setengah abad lagi buat saya mengisi sisa-sisa hidup ini?
Ya, lama atau sebentar.
Saya perlu bina idealisme diri.
Gabung jalinkan bersama kemampuan membaca perkembangan realiti.
Hidup ini tidaklah semudah yang di sangka.
Tidak juga sesukar yang di duga.
Yang pentingnya, tingkatkan ilmu.
Kukuhkan amalan kerohanian.
Insya Allah, terlerai segala kekusutan,
kerana, kita lah harapan umat.

Nota 7

.

One thought on “Nota-nota kehidupan

  1. Insya Allah, ana cuba ulas di Detik Daily, nota ke-5 itu.

    enta kena bikin buku sendiri ni syeikh1

    tajuk biar hangat dan meletop..

    Pas tanggalkan jubah Melayu..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s