Mengangkasa Pengajian Tinggi- Zaini Ujang

mpt_prebiu

“Maaf Prof, minta turunkan tanda tangan Prof pada buku ini, ” tiba-tiba saya menghalang jalan Prof Zaini Ujang, NC UTM usai bicara buku beliau, Mengangkasa Pengajian Tinggi. Tujuan nya sekadar mendapatkan tanda tangan Prof Zaini.
“Ish, bahaya ini. boleh di tahan SB sebab menahan tiba-tiba VIP (Prof Zaini )”, gurau En Kassim Tukiman.
Dulu, saya pernah menuntut di kelas En Kassim Tukiman dalam kuliah ‘ Perhubungan Antarabangsa’. Sampai kini, saya rapat dengan beliau.
Sebenarnya saya merasa teruja apabila mendengar bicara Prof Zaini tentang hasil tangan terbaharu beliau. Beliau seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi, lalu Allah telah memberikan kesempatan terbaik pada beliau untuk membuktikan idealisme yang terlakar dalam benak minda Prof Zaini.
Ya, menjadi Ketua Ekskutif (Naib Canselor) kepada sebuah universiti teknologi yang terkenal di Malaysia. Sudah pasti segala idea yang pernah beliau tuangkan dalam penulisan, terutamanya buku-buku yang pernah beliau hasilkan memerlukan kerja keras untuk di realisasikan dalam raeliti semasa.
Dengar-dengarnya, beliau kini gigih untuk menyemai budaya ilmu di UTM. Saya kira, ia usaha yang amat sukar namun beliau telah melakukan perkara yang betul. Hasilnya, kita tidak tahu bila akan dapat di tuai namun, satu langkah agung telah beliau laksanakan.
Dengarnya lagi, beliau ke kenduri kahwin pun, gila@rakus membaca.
Tidak salah untuk saya mengagumo beliau, walau ada yang berkata, “Saya tak berapa minat cara Zaini Ujang bercakap”. Oh, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya bertambah seorang lagi tokoh sanjungan saya.
Prof Zaini, moga-moga usaha Prof akan berhasil kelak.
Selamat maju jaya.

4 thoughts on “Mengangkasa Pengajian Tinggi- Zaini Ujang

  1. JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN MEI 2009

    Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi
    Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
    Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)

    Tarikh: 15 Jumadilawal 1430H/ 10 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Kitab: Hashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)

    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Najmuddin al-Khered
    Kitab: Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Salam..

    Saya terasa sangat RUGI sbb x sempat bertandang ke prog hari selasa tue..

    Kebetulan ade task dari lect.. So, xde pilihan..

    Apapun.. Dgr2 bukan main hebat lagi soalan abg..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s