Blog Peribadi

“Blog politik ikutlah tema politik untuk blok kau ini,”

Saran seorang teman ( teman rapat, pernah duduk serumah, kini bekerja di lembah Klang, myst_ace) ketika saya meminta pandangan beliau mengenai perubahan baru pada blog ini.

“Tapi ini bukan blog politik! Ini blog peribadi” ujar saya padanya.

Ya, kadang kala blog saya ini kelihatan seperti blog politik.

Saya amat minat dengan politik, sampaikan berbuih mulut isteri saya memberi amaran, jangan terlalu minat sangat dengan politik, seimbangkan dengan bahan bacaan lain (saya juga minat membaca buku-buku politik)

“Tak patutlah Sahibus Samahah politikkan isu YB DAP baca ayat Quran”,

“Harapnya PAK NAJIB serius melakukan perubahan dalam kerajaan”

“Bila lah Tuan Guru Nik Aziz nak letak jawatan, tiada orang kah dalam PAS layak menganti beliau”

“Tun Mahathir patutnya jangan ganggu kabinet PAK NAJIB”

Begitulah kalau dah minat politik. Habis semua orang saya komen. Yang pasti pendengar setia isteri saya.

talk_politics_free_hand

Namun yang pasti, saya sekadar memerhati dari jauh. Kekaguman saya pada teman , Muthanna Saari, Adib Faisa; antara rakan-rakan yang menjadi aktivis parti. Saya bukan orang nya yang berpencak silat di gelanggan politik.

Masih ada lagi yang layak, kerana saya sedar siapa diri saya. Kemampuan serta mengetahui betapa beban menjadi pemimpin ini terlalu berat.

Apa pun, selamat sejahtera buat semua aktivis politik sama ada dari BN atau PR. Kesejahteraan rakyat adalah matlamat bersama.

Kerana kita semua mendukung keredhaan Allah ( Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia tetapi agama lain boleh di amalkan secara bebas)

Hidup Malaysia.

7 thoughts on “Blog Peribadi

  1. salam apa khabar alya? wah sayapun minat gak bab2 politik..tp nak bagi komenpun tak powerlah…kalau nak mengutuk memanglah mudah..tp nak bagi komen yg benar2 bernas tu memang tak reti..jadi pembaca ajelah sy ni…

  2. Salam…

    Blog politik atau blog peribadi pada saya bukan persoalannya, yang penting dapat meluahkan apa yang ada dalam fikiran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s