Terdahulu (komentar)

Maafkan saya kiranya lambat mengemaskini penulisan di blog ini. Idea itu ada cuma entah berapa kali penulisan ini gagal saya terbitkan di blog.
Insya Allah, saya menyimpan azam agar blog ini akan terus subur dengan perkongsian idea, pandangan serta komentar dari saya.
Jiwa saya meronta-ronta untuk mengulas perkembangan politik tanah air. Terutamanya mengenai persidangan agong UMNO yang akan berakhir pada hari ini (Sabtu, 28/3/09)
Sudah pastinya saya lebih terarah pada kekalahan Dr Rais Yatim.
Secara peribadinya saya cukup kecewa dengan kekalahan beliau sebagai calon Naib Presiden UMNO. Beliau seorang pejuang Melayu tulen. Apabila bercakap, bahasa melayu nya fasih lagi tersusun. Malah, tidak menghairankan, beliau mampu menuturkan bahasa Inggeris dengan baik. Tiada campur aduk antara bahasa Melayu dan Inggeris.
Begitulah senario yang berlaku. Pemimpin yang sepatutnya memastikan kelangsungan bahasa Melayu, terutama dalam pendidikan Malaysia, di angkat menjadi Naib Presiden. Dato Hishamuddin, sepanjang menjadi Ketua Pemuda UMNO, lebih banyak mendatang rekod buruk di angkat menjadi Naib Presiden.
Gamaknya, ahli UMNo lebih suka untuk mempercepatkan UMNO di kuburkan daripada melihat UMNO melakukan REFORMASi menyeluruh bagi memastikan UMNO bangkit kembali menjadi parti yang kuat.
Maaf, saya suka agar parti politik PAS dan UMNO menguatkan diri masing-masing agar menjadi parti teras dalam negara Malaysia, supaya menjaga kelangsungan bangsa Malaysia (melayu, Cina dan India)
Parti-parti ini harus menunjukkan kecemerlangan memimpin ummah.
Sudah cukuplah segala perbalahan, persengketaan.
Kalau pun mahu berbeza pendapat, sekadar untuk pilihan raya sudah lah. Jangan di bawa-bawa sepanjang masa.
Yang ruginya bangsa Melayu terutamanya.
Bangsa lain, semakin kaya,kerana mereka bijak berpolitik.
Harapnya kita menyedari apa yang sedang berlaku.
UMNO, kesian, parti ini sedang menuju ke kubur.
PAS, sudahkan parti ini bersedia mengambil alih peranan UMNO?

2 thoughts on “Terdahulu (komentar)

  1. Aku sedih juga kerana menteri aku Datuk Shahrir Samad letak jawatan. Dia antara menteri yang bersih daripada rekod rasuah. Malahan dari mulut dialah aku belajar erti integriti. Aku ingat lagi dia bagi taklimat di Dewan Senat UTM tentang interiti.

  2. Ya , sedih kan.
    Aku secara peribadi sayang kan UMNO.
    Tapi nak buat macam mana , UMNO sedang menguburkan diri nya.
    Innalillah.
    Kita lihat bagaimana PAK JIB, mengurus tadbir negara.
    Moga beliau mengotakan janji nya.
    Ameen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s