Nama Allah…PAS jawab PAS

Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.

Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.

Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” “Ini bukan politik tetapi kesucian agama”. – 5/3/2009

p/s: di ambil dari agendadaily.com. Maaf, saya kadang kala melihat, ada pemimpin PAS yang lebih suka mendapat keuntungan politik semata-mata tanpa memikirkan kelangsungan kepada kedaulatan Islam yang telah di jamin oleh Perlembagaan. Saya amat bersetuju dengan Ustaz Taib Azimuddin, masih ada lagi dalam PaS, ulama@pemimpin yang tidak memandang keuntungan politik semata. Saya amat kecewa dengan pemimpin PAS yang bersikap untuk mendapat keuntungan politik.

Di saat, UMNO semakin lemah, saya secara peribadi tidak melihat PAS cukup bersedia untuk menganti UMNO untuk mentadbir Malaysia.

Maafkan saya, saya bukan bersikap extrimis agama atau pun kaum tetapi hakikatnya, masih ada pemimpin PAS yang celaru.

8 thoughts on “Nama Allah…PAS jawab PAS

  1. masalah la ni ialah PAS pun dah jadi macam UMNO gak berpecah-pecah … ada puak yg gila kuasa dan pangkat dan pro anwar, tapi alhamdullilah masih ada lagi yg berpegang pada Islam

  2. salam,
    bila sang isteri di mersing akan pulang ke kelantan?

    kwn:”susah beb”

    Aisyah tak dapat adik ke?

    kwn:”pun susah…hahaha”
    (tahniah,alya dh dpt adik)

  3. Jadi orang bebas pun bagus. Tidak terikat dengan mana-mana pihak. Yang baik kita sokong, yang silap kita tegur dan betulkan. Wallahualam.

  4. Ass.

    Menarik postingannya …. apa sebenarnya memang ada larangan bagi orang bukan Islam menyebut nama tuhannya dengan sebutan Allah? Dan, orang Islam tentu sudah mempunyai konsep tentang Tuhan dalam sebutan kata Allah, yang tentunya sangat berbeda dengan konsep agama lain meskipun mereka juga menyebut dengan kata yang sama.

    Seandainya semua agama menggunakan kata Allah untuk menyebut tuhannya, tidaklah menjadikan agama-agama tersebut menjadi terlihat sama, karena kenyataannya memang berbeda.

    Salam hangat

  5. Salam Saudara,

    Saya berada di dalam DEwan Rakyat Pada masa tersebut,

    Peneranagan oleh Yb Taib Azimudin, amat bernas dengan nas2 dan potongan ayat2 al-quran dan diselitkn sekali kelangsungan tersebut dalam kontek Malaysia.

    Jelas tersusun. YB Shah Alam dan Y.B Hulu Selangor sekadar memetik satu patah ayat Al-Quran seolah2 untuk membernarkan pengunaan perkataan Allah kepada semua orang.

    Ayat al-Quran saling kait mengait dan menguatkan nas2 dan hujah2 sesama sendiri. Saya perhatikan Y.B. Taib Azimudin, dan apabila saya keluar dewan rakyat saya bersalaman mengucapkan tahniah kepada Y.B. kerana pada saya, dia telah mempertahankan Agama Islam itu sendiri pada keseluruhan dimana Agama Islam diangkat teratas dan politik untuk perjuang tulen pejuang Islam ini.

    Kelihat Y.B CIna, Kristain menunggu sahaja keptusan dari perdebatan Dewan Rakyat tersebut, kerana misi mereka adalah menimbulkan kecelaruan dikalangan Umat Islam..
    Sungguh halus senjata mereka sambil di bantu oleh Y.B2 yang kononnya memperjuangkan negara/agama Islam itu khasnya.

    Pegawai JAKIM yang membantu Y.B Zahid sekadar menggelengkan kepala mendengan hujahan Y.b Shah Alam dan Y.b Kuala Selangor.

    Sekian

  6. tak layak jadi orang Islam pun sape yang mempertahankankan penggunaan kalimah Allah kepada agama lain!!
    Agama lain pun tidak menyebut Allah sebagai tuhan!Kalau nak sebut pun mereka hanya boleh sebut dengan sebutan “ELOH’ saje..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: