Saya Sayang UMNO

Pemimpin UMNO mempunyai “Deny Sindrom”. Ujar PM Dr Agus Yusof.

Ya, saya sangat setuju dengan kenyataan Prof. Madya Sains Politik dari UKM ini.

Semalam, tekak saya loya. Rasanya hampir-hampir termuntah melihat kesombongan Dr Zahid Hamidi yang seakan-akan menafikan kebenciaan rakyat terhadap UMNO. Di salahkan pula Pakatan rakyat. Bertambah busuk lagi di buatkan keadaan pada siri bual bicara,  HUJJAH, semalam dengan kenyataan ‘kurang akal’ dari mantan MB Negeri Sembilan yang mengatakan rakyat kini tidak mampu memiliki TV, rakyat sekarang hanya mampu membaca blog-blog di internet. Jadi sukar UMNO memberikan penerangan.

Wah, Tv tak mampu untuk di miliki tapi internet boleh pula langgan. Hebat.

Saya sayangkan UMNO. UMNO yang telah membawa kemajuan kepada Malaysia. Lihatlah selepas 52 tahun UMNO memegang tampuk kekuasaan, rakyat semakin aman. Ekonomi negara makin stabil.

Terlalu ramai pelajar lepasan UPSR, PMR, SPM yang memperolehi keputusan cemerlang. Ini adalah hasil usaha penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains (terutamanya). Saya yakin untuk tempoh 10 tahun mendatang, kita mampu melahirkan warganegara Malaysia yang akan memenangi anugerah NOBEL.

Malah, paling menggembirakan saya, kelak 50 tahun mendatang, Bahasa Melayu akan di bakul sampah di Muzium Negara. Bangga. Kerana, kita akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kita akan duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Wah, beruntungnya saya mempunyai pemimpin seperti pemimpin UMNO.

3 thoughts on “Saya Sayang UMNO

  1. saudara tuan blog,

    harap komen saudara mengenai penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar tidak mengambarkan kecetekan pemikiran saudara. sepanjang pengajian saudara dlm bidang kejuruteraan, pernahkah saudara menjadikan buku rujukan dlm bahasa melayu sebagai bahasa penghantar sebagai rujukan utama.. jika benar.. saya kagum.. Kejatiaan melayu itu lebih dari sekadar bahasa.

    Salam, ya. Saya pernah menggunakan buku rujukan dalam bahasa Melayu. Untuk pengetahuan saudari, di UTM, kami dulu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s