Pergolakan politik – Kerajaan Perak PR di hujung tanduk

Sebenarnya, saya malas untuk mengulas isu politik semasa, namun atas dasar untuk berkongsi rasa, saya turunkan pandangan saya. Pada hemat saya, perlawanan politik antara PR dengan BN ( baca :Najib dengan Anwar) semakin sengit.
Masing-masing melancarkan ‘smash’ serta beberapa pukulan maut kepada lawan masing-masing. Selepas  kejatuhan BN pada PRU yang lalu di beberapa buah negeri, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang (PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan))sehinggalah ura-ura akan melompatnya beberapa ahli Parlimen BN ke dalam PR untuk membolehkan PR membentuk kerajaan Persekutuan.
Maka dijadikan tanggal 16 September sebagai tanda  aras untuk  PR menguasi kerajaan Pusat, membuatkan kerajaan BN pimpinan Pak Lah mengelupur sebentar.Sehinggakan ketika umat Islam sibuk menyambut Ramadhan di tanah air, sekonyong-konyong ahli-ahli parlimen BN di hantar ke Taiwan untuk merasai nikmatnya menyambut Ramdhan di negeri Taiwan yang ‘berkah’ itu.
Untuk beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Kecil ( PRK) Kuala Terengganu, suhu politik negara reda sebentar sebelum PR melepaskan lagi peluru nya , dengan mengagaskan untuk memenangi PRU di Sarawak.Selepas Najib terduduk di Kuala Terengganu, dengan tidak disangka-sangka, Adun Bota melompat parti, UMNO ke PKR.
Maka, bercananglah ke seluruh pelosok, lompatnya Dato Nasarudin ini , di benarkan dalam sifir politik (baca: melompat ke dalam PR boleh tapi melompat ke dalam BN, mesti dipersoalkan) kerana untuk memperkukuhkan lagi ketelusan kerajaan PR Perak.
Namun, Najib tidak mahu mengaku kalah. Sepertinya mahu  di ulangi sejarah yang pernah dilakukan  oleh bapanya , Tun Razak,  yang telah  memancing beberapa ADUN PAS di Terengganu dan Kelantan. Kisah tragis ini  bermula dengan kematian Timbalan YDP PAS ketika itu (sekitar tahun 1960 an), Ustaz Zulkifli Muhamad sehinggalah kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu (rujuk Memoir Politik Asri Muda)
Justeru, bermulalah satu lagi sejarah, di abad 21 ini.  Sang politikus bernama Anwar Ibrahim memberi bola tanggung namun Najib bijak menggunakan kesempatan yang ada untuk menganggu gugat kerajaan PR Perak.
Dengar kata kerajaan PR Kedah pun akan tergugat juga? Mari kita lihat aksi yang penuh dramatik dan mendebarkan ini.

Jangan lupa panjatkan doa agar Allah kekalkan kerajaan yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat.
Tetapi tidak buat pemimpin yang gila mengaut komisen kapal selam, mengayakan anak menantu serta yang terlalu mengikut kata isteri.
Mungkinkah isterinya akan menjadi PM sebenar?

16 thoughts on “Pergolakan politik – Kerajaan Perak PR di hujung tanduk

  1. benar.benar kata-katamu.doa penting.Demo politikus tu suka main golf petang2..Target birdie..masuk lubang ke tak yang penting joki(rakyat) pikul kayu golf diorang.

  2. assalamualaikum…
    sy tertarik dgn artikel yg dipamerkan..namun begitu tidak salah rasanya jika saya ingin memperbetulkan kata2 yang mungkin terlanjur dari pihak pemilik blog menurut pendapat saya.
    pada pendapat saya, kejatuhan kerajaan perak adalah kena pada masanya. keangkuhan kerajaan perak yang di ketuai oleh Dato Ir nizar yang bertopengkan pas serta ditunjangi parti DAP sememangnya telah dijangka.
    tanggal februari,Allah s.w.t telah menunjukkan kekuasaan kerajaaNya agar kerajaan perak sedar akan segala kesilapan2 yg berlaku sepanjang tempoh pemerintahan..
    alhamdulillah,Allah maha berkuasa…
    seharusnya kita memperbetulkan parti UMNO,bukan menghukum parti tersebut.
    tidak seharusnya kita membenci parti umno.. namun,membersihkan parti umno dari perkara2 mungkar seharusnya dilakukan.tidak hanya dengan menghukum..
    sy sendiri sebagai anak jati negeri perak menantikan detik tumbangnya kerajaan PKR yang selama ini hanya memberi janji2 kosong.
    alhamdulillah,mungkin ada hikmahnya dari apa yang berlaku…
    jadikanlah pengajaran..
    jangan hanya menuduh tanpa sebarang bukti.
    bersekongkol dgn DAP yg sememangnya membenci islam adalah perkara yg memalukan..
    sedarlah,dap ada agendanya sendiri..
    wallahualam..

  3. REDra: Terima kasih atas kunjungan

    Kwn dan Hamim : Politik-politik,

    Zul : ya, kuasa kan milik ALLAH. namun, UMNO sudah tidak relevan lagi. Percaya lah
    Parti yang penuh rasuah. Hanya masa yang akan menetukannya.

  4. ya..
    sy sndri sedang mngkaji langkah terbaik untuk pulihkan umno dan saya telah telah mendapat jawapannya melalui kajian saya.
    sebagai siswa,pada saya memulihkan parti adalah lebih baik berbanding menghukum parti..
    hari ini sejarah telah membuktikan kepentingan umno dalam negara khususnya negeri kelahiran saya perak.
    saya yakin,keputusan DYMM sultan Azlan Shah adalah tepat dan baginda mempunyai sebab atas keputusan baginda.
    saya yakin kebijaksanaan mantan ketua hakim negara,Sultan Azlan shah dalam membuat keputusan adalah berdasarkan suara hati rakyat jelata perak dan undang2 tubuh negeri perak serta berdasarkan perlembagaan negeri perak..
    alhamdulillah,mujurlah ADUN kawasan sy,ADUN Changkat Jering sedar tentang masa depannya dan masyarakat serta agama dalam kerajaan boneka (DAP)yang lalu.
    mujurlah tepat pada masanya,jika tidak sejarah mungkin berulang..
    mungkin perjanjian Pangkor ke3 benar berlaku.
    pada sy,janji sy,dan amanah saya kepada semua akan terus memperjuangkan islam dan membela islam dan bangsa melalui umno.
    terima kasih kepada penulis blog.
    tidak salah untuk anda memberi pendapat anda.
    apa yg baik itu datang dari Allah,dan apa yg buruk itu insyaallah akan sy cuba perbaiki baik dunia dan akhirat.. insyaallah…

  5. Terima kasih Zul atas komen saudara,
    mungkin kita boleh bincang lanjut lagi kenapa saya kata, UMNO sudah tidak relevan lagi.
    Mengenai Perjanjian Pangkor 3, itu boleh di perdebat lagi.
    Tetapi, saya tidak melihat UMNO mahu berubah.
    Ya, kita tidak boleh nafikan kematangan pengundi Cina menyusun atur pola politik negara.
    Tidak boleh salahkan DAP semata-mata.
    Banyak peristiwa menunjukkan siapa sebenarnya yang mengadai hak dan kepentingan orang melayu.
    Paling mudah kejatuhan Singapura kepada LEE KUAN YEW.
    Apa pun, negara sudah lama merdeka, pengundi muda, mahu kan sebuah kerajaan yang mempunyai akuantabiliti , intergriti serta kejujuran yang telus bagi sebuah pentadbiran.
    Selamat maju jaya kepada rakyat.

  6. Ya. Terima kasih Zul,

    Kita kena ingat, yang banyak duit akan berkuasa dengan rasuah. Adakah UMNO itu relevan sekarang. Sejak zaman DrM, rasuah berleluasa dalam UMNO. Nampaknya pemerintah dah jadi darah daging dengan rasuah. Tak heranlah rakyat ditipu tuntuk kepentingan poket sendiri.

    Saya bukan pembankang, tetapi ahli UMNO, apayang saya ingin ingatkan kepada pemimpin UMNO janganlah sombong bila berkuasa,turun padang jumpa rakyat jangan ingat kroni. Apa pandangan saudara….

  7. Salam,
    Pandangan saya mudah aja, Kekuasaan itu , bukan kah milik ALLAH.Di beri kuasa, sebagai satu ujian untuk kita.

    Apabila terlalu banyak kemungkaran dan kejahatan yang di lakukan, di ambil kembali.Zaman kini, adalah zaman IT, langit terbuka, maklumat mudah di perolehi. Rakyat walaupun kebanyakan nya masih bermentaliti dunia kelas ketiga namun lambat laun, akan melakukan perubahan juga.

    Kini, negara sudah merdeka sudah hampir 51 tahun.Rakyat mahu kan keselesaan hidup, lebih2 lagi dengan krisis ekonomi dunia yang sedang melanda seantero dunia .Justeru, politik perkauman, mengagung-agungkan sesuatu bangsa sudah tidak mendapat tempat lagi.

    DEB sudah berlangsung lebih 30 tahun, bangsa Melayu ada lagi yang merempat di bumi sendiri, ada kaum yang bertambah kekayaannya, yang menguasai ekonomi negara, terutama di bandar-bandar besar, kenapa perkara ini berlau sedangkan kita di ‘lindungi’ oleh DEB ? Membuatkan dasar DEB yang ingin merapatkan jurang kekayaan antara kaum dapat di kurangkan tidak dapat di penuhi.Mungkin ada yang tidak kena?Atau
    perlaksaan yang ‘diselubungi’ rasuah, pecah amanah ?Atau pun parti yang diberi mandat untuk mentadbir Malaysia sudah tidak relevan ?

    Inilah beberapa persoalan yang mesti kita rungkai dengan bijaksana.Dunia hari ini adalah dunia golongan Y ( berumur 19-35) dan generasi X ( berumur 36 ke atas). Ayuh kita lakukan perubahan.
    Namun jangan lupa dalami ilmu….

  8. Tertarik menarik ko memang debom…ni nak tanya skit kat zul (apa ke ntah namanya). Apa janji Ir Nizar kat ko sampai ko sanggup kata dia memberi janji kosong. Sebagai seorang pelajar yang tidak mengetahui apa yang terjadi di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri jangan dengan mudah berkata-kata seperti anda tidak mempunyai pelajaran. Mungkin kita lupa mana janji Parti UMNO kepada rakyat Perak sebelum ini? Mungkin anda tidak perasan walaupun 11 bulan memerintah Perak tanpa ada gangguan banyak yang telah berubah terutamanya dari sikap orang Islam di Perak. Apa yang dah berubah…anda tahu atau tidak ke sibuk dengan menyalak di rumah dan mengatakan anda seorang yang pandai dalam pentadbiran sebuah kerajaan. Pengamatan kami yang duduk di Perak sepanjang Ir Nizar mentadbir tanpa ada gangguan anasir-anasir, ceramah agama dari tokoh-tokoh terkenal yang telah di gam oleh kerajaan BN dapat didengari dimana mereka menyampaikan kuliah tentang isu agama Islam khususnya. Masa BN ada tapi terhad.

    Maaf dikatakan..sebagai cikgu memang tidak patut menyebelahi mana-mana parti politik kerana terdapat di dalam peraturan kami untuk tidak menyertai politik kecuali dengan meletak jawatan dan teruskan aktiviti politik tetapi sekadar berkongsi pandangan tidak salah. Sesiapa yang memerintah pun yang penting adil kepada rakyat. Ramai yang tahu dan pernah terkena pun sekiranya tiada suaka politik jangan harap untuk merasai projek kerajaan negeri/pusat tetapi ramai yang tidak nampak dan perasan sepanjang 11 bulan tanpa gangguan projek kerajaan negeri dibahagikan sama rata tanpa suaka politik. Konsepnya senang sahaja, sesiapa pun layak untuk dapatkan projek apabila layak dan kena pada harganya. Janganlah diibaratkan pisang goreng 5 ketul sepatutnya harga RM1 jadi RM10 disebabkan ada yang mendapat projek disebabkan oleh suaka politik.

    Gelojoh dan kelam kabut kita nampak orang-orang yang dipanggil “Pemimpin” oleh sesetengah manusia yang rabun dengan duit dan kekayaan. Belum sempat hendak bermesyuarat telah dilantik orang yang baru tanpa ada surat pemecatan..kenapa? Betul Sultan Azlan Shah tau tentang undang-undang kerana baginda adalah Mantan Hakim Negara dan sebab itulah surat pemecatan Ir Nizar tidak dikeluarkan sehingga sekarang…kenapa? Perlembagaan tubuh negeri tidak ada “clauss” mengatakan Sultan boleh memecat MB secara terus dan bertulis. Kita fikir-fikirkan….

  9. semoga suatu hari nanti malaysia akan di pimpin oleh pemimpin yg benar2 beriman..yang ikhlas dan bukan hanya mementingkan kuasa dan harta dunia semata………

  10. Apa yang dikatakan oleh cikgu Maarof benar belaka. Bukan saya mengikut telunjuk tapi pendapat yang bernas dikupas daripada permasalahan politik negara semakin hari semakin pincang. Kita nak tahu sejauh mana penerimaan orang Perak melalui proses pilihanraya yang sepatutnya diadakan. Orang akan ingat sampai bila-bila parti BN mengambil alih kuasa menggunakan dengan cara yang tidak ‘sesuai’ dan tak kena pada tempatnya. Jadi renung-renungkan dan selamat berfikir matang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s