GUNUNG KINABALU(Kenangan dulu-dulu)

SERAMAI 46 orang pendaki yang terdiri daripada barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Jawatankuasa Kelab, LEADECK termasuk Pengetua Kolej Tuanku Canselor, PM Mohd Zahib bin Hj. Deraman. Pendakian ini telah mencatat sejarah dengan 41 orang daripada keseluruhan pendaki berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu setinggi 4095.2m dari aras laut pada 19hb Mei 2004 seawal jam 4.30 pagi.

Ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Kem Pemantapan Pimpinan Kolej Tuanku Canselor. Program anjuran LEADECK bersama Pengetua dan felo-felo Kolej Tuanku Canselor ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Malaysia Timur iaitu di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sesuai dengan matlamatnya yang mahu barisan kepimpinan Kolej Tuanku Canselor bergerak seiring dalam menghadapi cabaran alam kepimpinan Kolej Tuanku Canselor, pelbagai modul kepimpinan dilaksanakan. Antaranya ialah modul pengurusan program yang mendedahkan prosedur pembuatan kertas kerja. Selain itu, modul �Strategic Planning� mendedahkan kaedah menguruskan sesuatu secara sistematik. Modul Usahawan turut diselitkan sebagai usaha merealisasikan salah satu daripada lima fokus JKM KTC iaitu mempromosikan dan menjual produk UTM iaitu Uni Repair(UR) di sekitar kawasan berlangsungnya pesta �Sure Heboh� di Kota Kinabalu, Sabah.

Disana, kami disambut oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMS. Kami juga dibawa melawat sekitar UMS yang berkeluasan 999 ekar. Lawatan juga dibuat ke sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum bertolak pulang, UiTM Sabah menjadi persinggahan kami.

Ternyata kepenatan yang terpancar di wajah peserta mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Segala apa yang diperoleh akan menjadi pedoman dan memori kami. Peserta bertolak pulang ke Semenanjung Malaysia dengan menaiki penerbangan Air Asia pada 20 dan 21 Mei 2004. clip_image002

8 thoughts on “GUNUNG KINABALU(Kenangan dulu-dulu)

  1. huhu…sampai skg aku tak sampai lagi puncak gunung. hehe..aku berazam jgk suatu waktu nnt mesti sampai sana. satu family!!huhu.. ohye, nk mintak alamat semasa. dh try contct mai tapi dia tak bls. bz kut.

  2. Wah,tahniah!
    Satu hari nnt nk daki lg..
    ngan anak isteri..
    ehehe..
    mengimbau kenangan lama..
    hanya si pendaki yg tahu hebatnya
    Nikmat Tuhan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s