Saya ingin menjadi seorang penagih.

Usia blog ini hampir menjengah 2 tahun. Penampilan sulung saya dalam dunia blog ini hampir seusia dengan kelahiran anak sulung saya juga.

Ya, 2 tahun bukanlah satu tempoh yang lama. Sedangkan minat saya dalam bidang penulisan ini sudah lama. Semenjak di tingkatan satu lagi.

Semasa di bangku sekolah, antara mata pelajaran yang saya minati adalah Bahasa Melayu (Karangan)

Walaupun karangan saya tidak sehebat mana tetapi saya puas apabila menulis karangan. Waktu itu, kami di kelas berlumba-lumba menghasilkan karangan yang baik agar memperolehi markah yang tinggi. Kami akan segera mendapatkan buku karangan teman-teman yang memperolehi markah tertinggi supaya kami boleh belajar sesuatu daripada si penulis karangan.

Secara tidak langsung, ia menaikkan semangat saya untuk menghasilkan karangan yang baik, malah akan mendapat markah yang tertinggi dalam kalangan rakan-rakan yang lain.

Kisah itu telah berlalu hampir 10 tahun yang lalu. Saya masih lagi seperti dulu. Gian menulis, sentiasa berusaha untuk menghasilkan penulisan y ang baik. Baik, bukan saja dari segi laras bahasa, susunan ayat malah isi yang ingin saya sampaikan sentiasa saya pastikan dapat menarik minat pembaca.

Tetapi, syarat utama untuk saya melahirkan penulisan yang bermutu ini bertitik tolak dari pembacaan yang banyak.

Senang cerita saya mesti menjadi pembaca tegar. Saya berazam saya akan menjadi seorang penagih tegar. Tetapi ia khusus dalam pembacaan. Saya ingin menjadi penagih!

Boleh tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s