Menulis buku

Menulis buku,

Saya bercita-cita mahu menulis sebuah buku, mungkin juga ‘berbuah-buah’ buku. Namun, kudrat saya tidak sampai ke tahap itu lagi. ” Ridwanto, tulislah buku untuk kita (PTS)”, nasihat Pengerusi PTS, Puan Ainon pada saya ketika saya berkesempatan berbual ringkas dengan beliau di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu.

Wah, teruja juga saya mendengar pelawaan Puan Ainon. Tapi, keterujaan itu mati setakat itu sahaja bila memikirkan mauduk apa yang hendak saya bahaskan dalam buku  saya nanti. Ligat juga otak berputar mencari tema yang sesuai dengan pengetahuan yang ada pada saya.

Namun, secebis idea pun tidak kunjung tiba, yang hadir cuma kebuntuan yang semakin menyesakkan diri. Saya bungkam. Sedangkan atma saya semakin meronta-ronta untuk menulis barang sebuah buku cuma. Itu pun sebagai permulaan buat  saya mula bertatih di bidang penulisan.

Selalu benar tergiang kata-kata Pak HAMKA, ” Apabila banyak membaca pasti kita akan mengikatnya dengan penulisan”. Ya, kata-kata itu yang semakin membakar semangat untuk mula menulis sebuah buku. Namun, api semangat itu terpadam dengan embun kebuntuan.

Saya mesti menulis sebuah buku, namun saya tidak punya idea. Boleh bantu saya?

7 thoughts on “Menulis buku

  1. Assalamualaikum. Abg. Wanto, saya juga punyai masalah sama. Gentar untuk mencatatkan suatu yang istimewa yang bernama karya asal, Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad.

    Justeru, selalu saya berdoa, agar Allah berikan saya kelapangan untuk menulis.

    Mungkin belum termakbul, namun saya usahakan berdikit-dikit. Nah, dalam masa dua bulan, saya sudah punyai 2 proposal (belum lengkap).

    InsyaAllah saya akan usahakan lagi walaupun mengambil masa yang lama. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

    Semoga idea yang terbit daripada abg. Wanto ‘boom’!

  2. Salam..

    Sebelum memulakan sesuatu penulisan, sewajarnya difokuskan akan sasaran audien atau pembaca bagi penulisan tersebut.

    Sekiranya sasaran pembaca adalah dari kalangan masyarakat umum & bercorakkan politik, mungkin topik yg sesuai utk diketengahkan adalah sejauh mana pengaruh generasi muda (gen Y) dlm mencorak agenda politik negara.. situasi PRU yg lalu membuktikan kebangkitan generasi baru yang sudah jemu dengan politik kuno yg diamalkan di dalam negara sejak sekian lama..
    jika masyarakat lampau menganggap parti yg memerdekakan negara terlalu berjasa sehingga diangkat sebagai pemerintah untuk sekian lama, namun generasi muda menganggap kayu ukur yang harus diutamakan dalam memilih pemimpin adalah idea-idea baru yg mampu memberi loncatan paradigma kepada perkembangan negara, dari segi pendidikan, ekonomi, taraf hidup rakyat dan sebagainya..

    mungkin saudara boleh mengulas dengan lanjut akan kesan2 latar belakang pendidikan di universiti & kolej2 yg menjurus kepada perubahan angin politik yg tidak disangka2 ini.. mungkin juga boleh dikaitkan dengan kesan pemberontakan pelajar terhadap akta AUKU dan sebagainya.. bagaimanapun, kaji selidik atau fakta haruslah diketengahkan untuk membuktikan andaian ini..

    namun, sekiranya fokus audien adalah para pelajar universiti, bahan bacaan yg diketengahkan harus sedikit “ringan” (dan semestinye tidak terlalu mahal) dan sesuai untuk dijadikan rujukan motivasi diri..
    Contohnye, mungkin dapat diolahkan bagaimana seseorang pelajar mampu memanfaatkan situasi politik kampus untuk menjadi insan yg lebih berdikari, berdisiplin dan memupuk nilai2 murni di dalam jiwa pelajar.. Mungkin juga dapat dikongsi idea bagaimana untuk mengimbangi antara aktiviti pembelajaran di kampus dengan aktiviti2 lain (pembelajaran tidak langsung) yg tidak kurang pentingnya bagi seseorang pelajar.

    yang penting, walau apapun penulisan yg ingin diketengahkan, ianya haruslah mempunyai identiti @ ciri2 yg tersendiri yg mampu menarik minat “target audien” utk membeli bahan bacaan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s