Harga minyak dan elektrik di Indonesia turun- MALAYSIA, SEBAGAI PENGEKSPORT MINYAK TAK MAHU TURUN?

JAKARTA 13 Jan. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, semalam menurunkan harga minyak dan elektrik sebelum negara berkenaan berdepan pilihan raya umum.

Berikutan itu Susilo turut mengarahkan para pengusaha pengangkutan awam supaya menurunkan kadar tambang.

Penurunan harga minyak itu berkuat kuasa 15 Januari ini.

Harga petrol dan diesel disubsidi untuk kegunaan kenderaan persendirian diturunkan sebanyak 10 peratus kepada Rp 4,500 (RM1.37) per liter dan 6.25 peratus kepada Rp 4,500 (RM1.37) per liter. – Utusan

Ulasan :
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie……

Saya rasa, semua orang tahu milik siapa kah sajak ini. Alhamdulillah, bait-bait sajak ini cukup mengesankan jiwa buat sesiapa yang membacanya. Inilah pemimpin yang di cari. Secara tidak langsung pemimpin ini seorang berjiwa rakyat. Namun realitinya mungkin tidak benar. Kita boleh menganalisisnya sendiri.
Terkadang saya pelik bin ajaib malah kepelikan itu bertambah menebal apabila melihat senario yang berlaku hari ini. Ya, mungkin Indonesia berlaku penurunan harga yang mendadak di bandingkan di Malaysia kerana akan berlaku pilihanraya Presiden Indonesia namun mengapa di Malaysia tidak berlaku penurunan harga seperti di Indonesia kalau pun tidak lebih rendah dari negara jiran sekurang-kurangnya biarlah hampir sama seperti mereka. Isunya kini, kita adalah negara pengeluar jika dibandingkan dengan Indonesia.
Jadi, mana dia, “Hidup kerana Rabbi”? Kalau tidak terlintas untuk membantu rakyat .
Itu belum lagi isu Toyota Camry di Perak dan Selangor. Isu-isu ini menampakkan bahawa kebanyakan pemimpin kita lebih gemar keselesaan daripada memikirkan masalah rakyat.
Hakikatnya, begitu sukar untuk menjadi pemimpin yang baik.
Rupanya juga, bercakap lebih mudah daripada melakukannya.

3 thoughts on “Harga minyak dan elektrik di Indonesia turun- MALAYSIA, SEBAGAI PENGEKSPORT MINYAK TAK MAHU TURUN?

  1. Assalamualaikum,

    Oh Malaysiaku! Cemerlang? Gemilang? Terbilang? Hmm…banyak temberang adalah.😦

    Indonesia bukan negara pengeluar minyak berbanding Malaysia. Jumlah penduduknya juga antara yang ramai di dunia. Tapi kerajaan yang memerintah masih boleh beri pengurangan harga petrol kepada rakyatnya, jauh lebih rendah daripada harga di Malaysia yang ketika ini RM1.80 seliter.😦

    p/s Terima Kasih kerana sudi mengunjungi blog saya tempohari saudara.πŸ™‚

  2. Salam…
    Menurut isu yang diketengahkan pernah tak rakyat terfikir ke mana patutnya duit yang kerajaan dapat untung hasil dari penjualan minyak yang sedang miningkat turun dikala ini disimpan atau dilaburkan.

    Memang kita fikir kerajaan kita mengambil untung dari penjualan minyak yang jauh lebih tinggi dari negara lain (sepatutnyalah..) tapi kita mesti bersangka baik kepada pemerintah malaysia..mungkin untung dari penjualan minyak itu disimpan untuk menampung bakal kenaikan yang besar pada masa akan datang.

    Banyak penganalisis ekonomi menjangka harga minyak akan berlipat kali ganda naik pada tahun yang akan datang dan kemungkinan pada masa itu kerajaan menggunakan kembali keuntungan dari hasil jualan sekarang untuk memberi dan mengawal subsidi kerajaan..(pendapat aku)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s