Alhamdulillah…anak kedua menyusul

Permata hati, cahaya mata, buah hati adalah ungkapan yang di gunakan kepada mereka yang mempunyai anak. Ya, seorang anak. Penyambung keturunan kepada mereka yang telah berumah tangga.
Apatah lagi, bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga, saban hari, malah tahun menantikan kedatangan zuriat yang tidak kunjung tiba lagi.
Orang kata, anak sebagai rezeki. Siapa pun tidak menyangkal, kehadiran seorang cahaya mata pasti akan menyerikan lagi rumah tangga yang baru di bina.
Semua orang berhajatkan anak kedua biarlah berlainan jantina dengan anak yang pertama. Ya lah, biar dapat sepasang. Namun , lelaki atau perempuan, itukan rezeki dari Allah.
Syukur, Alhamdulillah, Allah telah kurniakan sepasang cahaya mata buat penyeri hidup keluarga ini. Maka, bertambahlah syukur di lafazkan kepada sang Pencipta atas kurniaan yang tidak terperi eloknya ini.
Mudah-mudahan anak yang baru lahir ini akan menjadi pejuang agama (semua orang mahukan anaknya soleh dan solehah)
Justeru, saya dedikasikan kepada sahabat yang di kasihi, sdr Ahmad bin Abdullah Sanek, sekalung tahniah atas kelahiran puteri nya yang tercinta pada tanggal 16 Disember 2008
“Awal 2 minggu lah kehadiran puteri kami ini, nanti bolehlah kami pakaikan tudung pada puteri kami macam Alya, “jauh di hujung corong telefon sahabat ini memberitahu. Awal mahu pun lewat, semuanya telah selamat.
Kiranya, Solehudin, kini mempunyai teman. Tugas saudara Ahamad akan bertambah. Mempunyai dua anak selangnya tidak sampai 2 tahun , dapat saya rasakan bertambah ruwet (sukar). Namun, kasih ayah sentiasa mendahului segalanya.
Tahniah dari kami sekeluarga.

13 thoughts on “Alhamdulillah…anak kedua menyusul

  1. tahniah..anak kedua nnt tentu lelaki kan..bila due date tu bos?..mudah2an thn dpn makin melmpah2 rezeki kite ye..aku pun bakal menyambut org baru thn dpn..mg2 anak2 kite sentiasa dirahmati Nya..beriman,bertaqwa..amin..

  2. cheh..mcm yg siti payung katakan, kontroversi betul tajuknyer…kikikiki…tahniah untuk sahabat itu,,,,takbir!

    bilolah dihah nak ado anak nihh..anak mato ado dah, anak tekak,,,anak kucing den duk ngiau aje…

    Alhamdulilah ya kepada sekalian ibu bapa mendapat kelahiran anak-anak.smg soleh dan solehah.amin

  3. Ct Payaung & Mardhihah : Memang suspen punya tajuk. Sensasi
    BURN : Insya Allah , mudah2an di murahkan rezeki
    HAMIM : Teknik tajuk yang berkesan
    GerekTua : Ya , Tahniah buat Ahmad dan isteri dan anak
    Ibnuabuakhi : Muthanna bila lagi nak dapat anak kedua ?

  4. mmg suspen…bila2 blk Perlis contactlah aku 019554627…nk tgk anak hang…sempat tgk lps Mai bersalin kt Hospital Kangar jer…

  5. Azrul Hisyam,azlanmusa : Terima kasih atas doa

    Nazifah : No itu tak cukup satu angka, Insha Allah, selalu juga balik Perlis, ada jodoh boleh lah ziarah kami.

    Nuriman : Kawan saya yang dapat anak kedua, di pihak kami, Insya Allah. Doakan kesehteraan kami sekeluarga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s