Jadi selama membujang menderita la…?

“Jadi selama membujang hidup menderita la..?”

Saya di tanya sedemikian rupa oleh seorang teman lewat YM. Ceritanya begini, beliau menggunakan motto, “Bahagia dengan memberi”. Selain Muthanna, beliau juga merupakan seorang aktivis parti politik. Bezanya, Muthanna sudah berkahwin , teman saya ini sedang menghitung hari dan bulan untuk melangsungkan pernikahan..

Dengan motto teman itu, saya kemukakan motto saya pula, Bahagia dengan anak dan isteri. Wah, di perlinya saya pula, “Jadi selama bujang hidup menderita ?” Saya tahu teman saya ini rajin berseloroh dengan saya. Katanya, mulut nya begitu ‘lazer’, justeru nasihatnya pada saya, “Berhati-hati lah”.

Bukan mottonya yang menjadi pertikaan saya, tetapi pertanyaan teman itu menarik untuk dijadikan mauduk perbincangan saya kali ini.

Adakah ketika saya bujang hidup penuh dengan derita? Tidaklah derita sangat, jika dibandingkan ketika memegang jawatan seorang suami pada isteri dan ayah pada seorang anak. Yea, saya derita dengan amanah yang terlalu berat. Baru saya merasai betapa umpama gunung yang sedang ditimpakan pada pundak bahu saya. Terasa berat tetapi saya rasa bahagia.

Ke mana saya pergi, di belakang saya adanya pengikut yang setia. Tugas saya kini adalah untuk memberi nilai kebahagian supaya dapat membina sebuah keluarga yang diredhai Allah.

Sudah 2 tahun saya memimpin pasukan ini. Teman-teman yang lain berlumba-lumba untuk memohon jawatan suami dan isteri. Pada masa yang sama, ramai juga teman-teman seangkatan yang berjaya menjawat gelaran suami dan isteri. Ada yang sudah di naikkan pangkat ayah dan ibu, namun saya pasti kami semua dalam usaha mendapat keredhaan Allah dengan membina sebuah keluarga mawaddah, sakinah dan rahmah.

Buat teman ini,hanya tinggal beberapa bulan lagi beliau akan meletakkan jawatan sebagai seorang bujang. Pesan saya, nikmatilah hidup sebagai seorang bujang seadanya. Tapi, percayalah, alam perkahwinan sentiasa akan lebih  mematangkan kita. Selamat menyertai kami

12 thoughts on “Jadi selama membujang menderita la…?

  1. ahahaha, nice posting.. erm, kiranya ana giler kuasa dgn pangkat bujang lah ni.. nak wat camne wanto, aku tak dapat terima proposal utk jadi husband.. tu yang nampak aku mcm giler kuasa.

    duduk dalam bujang best apa.. tak perlu fikir lain, hanya diri sendiri sahaja.. wat apa susahkan diri.. ahahaha, amacam best tak ayat ana??

    erm, sampai masa nanti akan turun juga jawatan aku dari bujang ke husband.. ko doakan aku je lah, janganlah aku jadi gile kuasa…

  2. Rahfity:
    Bukan turun jawatan, naik pangkat lah. Bujang, ko hanya pimpin diri aja, tapi apabila menaikkan pangkat kepada jawatan suami, ko akan ada pengikut. Akan bertambah ikut kemampuan dan rezeki ko nanti.
    Isteri+ anak (ikut rezeki dan kemampuan).
    Semua manusia yang normal, gila kuasa untuk menaikkan pangkat menjadi suami atau isteri.

  3. Dua dunia yang sama. Tapi berbeza nikmatnya. Jika disamakan, boleh saja. Pandai-pandailah menceduk bahagia. Ia ada di mana sahaja. Bukankah begitu?

  4. keluarga adalah pelengkap kepada kehidupan.
    itu perbezaan utama.
    bayangkan kalau semua membujang, bagaimana generasi ini akan berkembang.
    Jangan di lupa, Nabi bangga akan umatnya yang ramai.
    bukankah kahwin itu antara sunnah nabi?

  5. hurm..pesan sy bg nak meletak jwtn bujang..persiaplah dr dgn ilmu agama..bkn apa,tkt anak2 tanya,bila nabi kita dilahirkan,anak nabi kita berapa org??tergaru2 kepala..belum tanya nama anak nabi lagi..itu br sejarah nabi..hehehe..peringatan utk dr sendiri juga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s