Teman ku MJ

Selalu juga saya menegur teman ini lewat YM. Jangan harap mahu di balas sapaan saya. Pernah sekali, saya di tegur, “Maaflah bro, aku cuma layan ahli keluarga aja,sibuklah sekarang. Maaf yea,”

Saya tahu, beliau sibuk. Alhamdulillah, beliau kini di Uk melanjutkan pelajaran sarjana muda. Beliau seorang yang cekal. Dulu, pengajiannya di UTM terhenti sebentar namun rupanya Allah ganti tempatnya di UTM ke United Kingdom.

“Aku nak sambung sampai Master di UK nanti,” ujar beliau beberapa bulan yang lalu sebelum ke UK. Jauh di sudut hati saya amat mengagumi keteguhan hatinya menghadapi cabaran hidup. Gagal di UTM pada nilai sebuah sijil tetapi bejaya mematangkan diri dengan pengalaman hidup.

Tiba-tiba saja teman ini menyapa saya lewt YM. Lama juga kami bersembang.  Sibuk katanya menghadapi peperiksaan akhir. Katanya lagi, sekarang di UK waktu subuh. Wah, rajinnya. Mengulangkaji pelajaran di awal keheningan subuh.

Kadang kala, menyelinap cemburu melihat kejayaan beliau melanjutkan pelajaran di luar negara. Mungkinkah saya berpeluang mengikut jejak teman ini? Itu di luar pengetahuan saya namun  kecekalan beliau akan saya ikuti. Itu sudah pasti.

Tahniah, buat sahabatku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s