Kehilangan sesuatu

“Bro, lama tak jumpa. Ko apa cerita , ke mana menghilang. Tentu ada cerita menarik yang kita boleh kongsi.”

Petang ini, lamunan saya terhenti sebentar, tiba-tiba teman saya yang setahun menghilang, menghubungi saya lewat sms.

Bergegas saya ketemu teman yang kini berada di UTM. Katanya hadir untuk membentang ‘paper’ di sini. Sehabis selesai urusannya, kami ngobrol panjang.

Satu isu menjengah ke isu yang lain. Kami bersembang lagaknya seperti tak berjumpa sudah 10 tahun lamanya. Katanya, rindu pada cololeh panjang kami.

Katanya lagi, hilang semangat untuk terus menghadapi hidup yang mencabar ini. Resah sentiasa hadir dalam diri, merasakan kesibukan yang tidak pernah kunjung habis.

Motivasi hidup semakin hari semakin luntur. Segala kerja yang di lakukan di buat sambil lewa.

Kami mempunyai persamaan bezanya beliau sudah mempunyai 2 cahaya mata, isteri yang baik. Namun, keluhan panjangnya membuatkan saya simpati.

Perbualan kami di petang ini seakan memberi harapan buat kami berdua teguh menghadapi kesulitan hidup yang menimpa. Kami berjanji setia di sini, hidup perlu di teruskan. Hadapinya dengan hati yang bahagia. Optimis dengan apa yang berlaku. Yakinlah Allah sentiasa di sisi.

Kami akhiri pertemuan itu dengan sebuah pelukan yang erat. Ya, pelukan erat!

Seerat ukhwah yang terbina setelah sekian lama berpisah.

3 thoughts on “Kehilangan sesuatu

  1. salam wanto..

    betul wanto, hidup ini kena selalu optimis dan positif.. andainya tiada ini dalam pemikiran, kita akan hanyut dengan dunia kesibukan dan perkara yang merugikan diri..

    hidup selepas grad mmg mencabar, apatah lagi orang yang sudah berkeluarga.. jangan putuskan harapan dan asa kepada Allah, mungkin sahaja esok kita diberi rezeki yang tidak disangka2..

    Kalau hari ini kita merasa lemah, jangan lupa hari ini juga kita ada Allah dan Rasul. Andai masa depan kita merasa lemah, tetap juga yakin bahawa kita masih ada Allah dan Rasul..

    As time goes by, kita akan menjadi matang, kita akan menjadi lebih baik. Kita akan menjadi orang yang lebih beriman dan bertaqwa dari sebelumnya. Moga Allah beri kita kekuatan dalam menghadapi dan menerima pengalaman hidup.. Pengalaman hidup itu amat berharga sahabatku!!

    Bersabarlah wanto, bersabarlah wahai diriku, dan teruskan bersabar!!

    kirim salam pada zaujah dan anak yang cute itu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s