Komen pembaca- Terima kasih

“Anta kena contohi Pak Ungku Aziz, membaca, menghadam serta mengunyah buku selunyai-lunyainya. Bukan sedikit syeikh , 40,000 banyakkanya jumlah buku yang dibacanya. Jangan lupa, hadam isi buku, fahami jalan cerita buku yang di baca, Kita perlukan kualiti bukan kuantiti. Buat apa banyak membaca kalau satu isis pun tak faham! ”

Pengetua Sekolah Pemikiran Kg Baru (SPKB) memberikan kuliahnya pada saya.

Beliau dulunya wartawan Harakah dan Siasah. Kena buang (bahasa kasarnya). dengar katanya, ada orang dengki dengan reputasi dan mutu kerjanya sebagai wartawan.

Kini, masih bergelar wartawan lagi tetapi lebih selesa dengan ‘tittle’ penulis bebas.

Apabila pulang ke Lembah Klang, selalunya saya akan menadah kitab di SPKB. Institut pendidikan kepunyaannya. buakn itu saja, kami akan ngobrol pelbagai isu, dari politik menjengah ke ekonomi, bersulam kadangkala dengan hal peribadi.

Sedikit sebanyak banyak juga isu yang dapat kami perdebatkan sebagai santapan minda. Biasalah orang muda, memerlukan perbincangan yang berat juga untuk merangsang otak supaya tidak berkarat.

Apabila sang wartawan ini berkata, 40,000 buah buku, termenung sebentar saya. Banyaknya.Sepanjang pembacaan saya , mungkin tidak sampai 100 buah buku yang saya hadam. Tetapi ada benda yang boleh saya syukuri dengan topik buku ini.

Saya lebih mengenali dunia buku ini denagn lebih serius ketika menlangkah masuk ke alam universiti.

Pemikiran saya lebih terbina di universiti. Saya tidak menafikan , ia bertitik tolak daripada hasil pembacaan yang sedikit di samping pergaulan luas saya dengan orang yang saya kagumi. Saya bahagia apa yang saya alami.

Pernah beberapa kali, rakan yang sama, bertanyakan soalan yang sama, “Tak bosan ke duduk di UTM, ”

Saya terbungkam untuk menjawabnya. Kelu seribu bahasa untuk membalasnya.

“Aku sayang UTM” Jawapan standard yang telah saya sediakan buat sesiapa yang bertanya. Namun jauh di sudut hati, ada ‘hutang’ yang perlu dibayar pada bumi UTM. Apa? biarlah menjadi rahsia (macam artis pula, berahsia-rahsia). berikan saya masa untuk melangsaikannya sebelum saya meninggalkan bumi Johor darul UMNO ini (UMNO kan lahir di bumi bertuah ini)

Ini kisah saya. Sekadar berkongsi, bagi memenuhkan ‘entry’ buat santapan minda pembaca. Pada saya, ia tidaklah terlalu peribadi. cumanya, setiap dari kita ada kisah yang tersendiri.

Mungkin ia sedih, gembira, suka mahu pun duka. Apa pun perasaan kita ketika itu, ia adalah rencah kehidupan yang perlu kita tempuhi. Sememangnya ia akan mematangkan kita.

8 thoughts on “Komen pembaca- Terima kasih

  1. Bro. Wanto.

    Selesai sibuk dengan projek,stamina membaca dan menulis memang jadi cabaran. Sy membaca atau menulis dalam lapangan masa yang cukup-cukup terdesak.

    Dengan kerja kadanganya melangkaui jam 11 malam, mulanya 8 pagi. Masa yang ada cukup ‘tenat’.

    Jika ada kelapangan, cuba baca Snow by Orhan Pamuk. Cerita di Turki seperti halnya diceritakan di Malaysia.

    Kini sy ada hobi baru, menadah ilmu di lapangan teater dan galeri seni.

    Teater ; kelasnya sangat lain dan falsafahnya juga cukup tertutup bagi mereka yang tidak membuka minda. Sukar memahami.

    Galeri seni ; mudah sebabnya aliran yang ada selalunya sejajr dengan pemikiran ‘alternatif’ dalam minda.

    Ya…baca dan terus membaca.

  2. Salam saudara Adi,
    Membaca perlukan perhatian yang khusus. Walaupun santai bahan bacaan nya. Tetapi didplin y ag tinggi itu perlu.
    Setuju, membaca dan terus membaca.

  3. Kwn tiada petua khusus.Tidak memilih bahan bacaan. Cuma FOKUS pada topik yang diminati. Baca sebarang buku,waima buku ekonomi sekalipun.
    Kata-kata kunci yg moden dan jarang didengari,konsep dan teori juga menarik perhatian sebab banyak bersangkutan dengan apa yang kwn pelajari semasa di universiti. Untuk menulis pula, kaitkan dengan isu kontemporari/semasa dalam suratkhabar. T.Kasih bertanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s