Komen Pembaca

Apabila memblog ini, biasanya kita akan mempunyai pembaca yang setia. Setiap hari tanpa rasa jemu akan menjenguk blog untuk membaca, kalau rajin pasti akan meninggalkan komentar. Begitu juga blog ini..

Kini, saya bertatih-tatih untuk menceburi bidang penulisan kreatif. Bukan mudah untuk menghasilkan genre seperti ini. Memerlukan kepelbagaian bahasa dan plot yang baik. Lalu saya turunkan cerita mengenai “ADAM dan BURN”.

“Ayat kau terlalu skema lah”, “En. Wanto memang suka ayat yang tersusun dan skema”, “Adam dah kurus sekarang, penulis yang makin berisi”
Antara komen membina teman-teman.

Saya dari sekolah sudah terbiasa dengan ayat yang mengikut bahasa buku. Jarang benar saya mampu mengunakan ayat dengan laras bahasa yang santai.

Kini, saya mula berjinak-jinak dengan penulisan kreatif. Saya sedang menekuni novel, buah tangan dari Faisal Tehrani ( Tunggu Teduh Dulu), Zaid Akhtar ( Salju Sakinah), Salina Ibrahim serta beberapa lagi nama penulis mapan dalam genre penulisan kreatif ini.
Oh, maafkan saya.
Saya bukanlah pengemar Ahadiat Akasyah serta novel-novel picisan di luar sana. Biarlah saya di katakana skema kerana bukan kah al-Quran itu di turunkan dengan lenggok bahasa yang indah serta susun atur ayat nya memukau hati pembaca nya ?

Walau apa pun, saya amat menghargai kunjungan teman-teman pembaca. Saya bukanlah seorang penulis mampan yang mempunyai hasil novel, cerpen serta karya agung. Namun saya hanyalah si budak kecil yang masih bertatih berkongsi pengalaman hidup agar kita bersama mengambil pengajaran yang ada.
Selamat membaca.

3 thoughts on “Komen Pembaca

  1. Bila menulis dgn demo,kawe berasa nak jadi skema sama. Bila menulis,kawe gunakan kaedah ringkasan prkataan spt ayat2 SMS. Boleh membantu mengurangkan keskemaan tu.
    Wanto,kawe boleh bertukar-tukar bahan bacaan dgn demo,kalu demo nok la..

    sebentar,belum habis baca Novel Galaksi Muhsinin lagi,🙂

  2. Saya sering menjadikan novel penulisan kreatif sebagai teman, teman yang teramat akrab, menatap baris demi baris tanpa pernah rasa jemu. Gaya bahasa yang indah dan mesej yang menyegarkan jiwa pasti membuatkan saya puas membacanya. Rasanya tidak sia-sia menghabiskan sejumlah wang setiap bulan bila mendapat sebuah buku yang berkualiti. Saya mungkin salah seorang peminat Zaid Akhtar yang mengumpul, membaca dan menghayati semua novel dan penulisan kreatifnya. Ramai lagi penulis yang saya ikuti perkembangannya termasuklah novelis Sarjana Al-Azhar-Habiburahman El Shirazy. Tak keterlaluan kalau saya mengatakan saya sudah berjaya mengkhatamkan semua bukunya yang ada di pasaran. Yang pasti saya beroleh sesuatu yang amat berharga selepas menatapinya.

  3. Salam syeikh,

    Apa nama … nak menulis ni memang sukar. Memerlukan daya fikir yang kuat dan penuh bertenaga. Perkara paling asas yang boleh enta buat selain nasihat yang ana bagi lewat YM ialah begini …

    Pergilah ke mana-mana pun, enta mesti ada …

    1. Sebatang pensel, pen dalam poket

    2. Buku nota kecil yang boleh dimuatkan dalam poket baju

    3. Sebuah buku yang enta mahu hadamkan sampai habis …

    Pergi ke mana-mana pun, selepas minum di kedai misalnya, (kalau di Harakah, amalan ini dinamakan ‘mengeteh’ atau minum teh), enta bukak buku, baca dan catit mana-mana perenggan yang dianggap menarik dan simpan nota enta tu sampai bila-bila.

    Begitulah seterusnnya sampai habis khatam buku itu dan teruskanlah amalan ini terhadap buku-buku lain sampai kapan-kapan pun.

    Nanti turun di Sekolah Pemikiran Kg Baru, kita pi minum kat Restoren Kg Pandan, then kita pi KLCC dan tengok semula apa catatan yang enta dah buat tu. Ini latihan pertama, ahem… (macam Xifu pulaks, he he…)

    Nanti step seterusnya akan menyusul … inso Alloh …

    6:58 p.m, 30 Syawal 1429
    Sekolah Pemikiran Kg Baru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s