Adam dan Burn (JKM KTC 2002)

Lama juga saya tidak bertemu Adam dan Nora. Masih seperti dulu, tapi kelihatan Adam badannya makin berisi, perut sedikit naik. Mungkin hati gembira melayari bahtera rumah tangga. Masih seperti dulu, berkulit sowo matang, sedikit gelap, namun ada rupa anak melayu jawa. Begitulah susuk tubuh Adam. Paling membuatkan saya terharu, Adam antara pembaca yang kerap melayari blog saya. Terima kasih.

“Aku nak tunaikan haji lah,” tiba-tiba, Burn, seorang lagi rakan saya mengejutkan saya lewat YM (Yahoo Mesenger). Bila Burn ? Tanya saya meminta kepastian. Mungkin sebelum 35 tahun.

Burn, orangnya tinggi lampai, genap 5 bulan pada 1 November akan datang usia perkahwinan beliau bersama che Na. Saya pun tidak pasti, adakah Burn masih kurus seperti dulu? Agaknya tubuhnya yang langsing, muka yang cengkung serta sejemput janggut penghias wajah masih lagi ada. Bezanya, mungkin beliau seperti Adam, makin berisi. Orang kata, bahagia. Sebab itu lah badan kebanyakan lelaki naik. Saya? Masih seperti dulu. Kacak bergaya…

Mereka mempunyai kesamaan. Mempunyai kisah cinta kampus, akhirnya menamatkannya di alam perkahwinan. Paling mengembirakan, mereka berkahwin dengan teman satu organisasi. Wah, dalam diam-diam menyemai kasih cinta. Saya mendoakan kebahagian mereka

Kami, dulunya bernaung di Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor 2002 (UTM, Skudai). Ramai anggota JKM KTC ini sudah menamatkan alam bujang, antaranya Che Mat, Adam, Nora, Burn, Che Na, Aziz, Munirah, Azlin Lokeman, Nafie (Fuza,Mirzan, Mail, Aslilin, Ade Erawan, Zamin bila lagi ?)

Lama juga saya tak mendengar cerita Ismail, bendahari JKM KTC 02. Beliau terlalu kacak, persis Shah Rukh Khan (bila lah Ismail nak dapat gelaran datuk?)

Apa pun, saya amat merindui detik di UTM. Terlalu banyak nostalgia yang mematangkan saya. Tetapi kehidupan sekarang pun amat menyeronokkan. Semuanya seronok!

10 thoughts on “Adam dan Burn (JKM KTC 2002)

  1. ayat ko ni skemas giler…..aku rasa burn ngan adam baca pun geli….

    “Masih seperti dulu. Kacak bergaya…” ??????

    “Beliau terlalu kacak” ???????

  2. pembetulan..Badan adam bukan makin berisi yek. Ramai org tegur Adam nmpk makin kurus. Kurus bukan sbb tak bahagia, tp amalkan hidup sihat. Yang nmpk makin berisi adalah penulis.

    yang benar,
    isteri adam =)

  3. memang wanto dah semakin membulat, hehe (Tahniah wanto!! ko penerima komen pertama aku. Akhirnya aku berjaya melibatkan diri dlm blog. huhu)

  4. saya terpaksa menyokong komen isteri kepada adam

    kacak bergaya???macam pelik je..saya rasa si penulis yang makin berisi..(sumber yang sahih)

    ape2 pun selamatlah ye duduk di bumi johor..
    bila nak kuar dr UTM tuh..

  5. salam,
    terimakasih wardah_asrar,
    hehehe, entry ini adalah satira dan bersifat provokasi….
    bahasanya mungkin terlalu santai ….tapi tujuan utama untuk mengundang komen pembaca…
    yup, bahagia kerana itu ada penambahan berat badan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s