Sisipan petang Jumaat

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Lewat petang ini, saya tertarik dengan rahsia bulan kelahiran. Sudah tentu hasil kajian pakar motivasi, Dr Fadzilah Kamsah.

Semasa beliau mengadakan program di UTM 5 tahun dulu ( sewaktu itu saya sedang berusaha gigih memikat hati seorang gadis, kini beliau adalah isteri saya), sempat saya bertanyakan sifat peribadi saya pada Dr Fadzilah. Wah, tepat dan mengujakan saya.

Hujah beliau mengenai saya bertepatan dengan kajian beliau mengenai bulan kelahiran.

Memang saya seorang yang cukup sensitif. Sampaikan isteri saya pun tidak dapat mengagak dengan tepat kelakuan aneh saya. Mungkin kerana saya tidak mahu orang lain membaca dengan jelas perwatakan saya. Saya sukar di duga.

Apa pun, ketepatan kajian DMFK, saya akui. Sehingga kini, saya masih mencari potensi diri untuk di kembangkan. Namun, saya bersyukur nasib selalu menyebelahi saya. Andainya saya bernasib malang, itu bukan kerana nasib malang tetapi hadiah dari Allah supaya di akhirat kelak akan dimudahkan urusan perbicaraan saya bersama Allah kerana di dunia lagi sudah tertebus. Ameen

One thought on “Sisipan petang Jumaat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s