7.9.1982-7.9.2008

Salam Ramadhan,

Ramadhan menjelma lagi, datang dengan keampunan dan rahmat Allah.

Saya dan keluarga tidak terlepas dari rahmat dan keampunan Allah.

Begitulah antara doa dan munajat kami sekeluarga agar rahmat Allah sentiasa mencurah-curah tiada tersekat di langit sana.

Ramadhan kali ini, bertembung dengan hari ulang tahun saya. Syukur atas nikmat usia yang telah Allah berikan buat saya. Doa saya, agar Ramadhan kali ini memberikan makna buat hari yang bahagia ini.

Saya mahu menjadi insan yang soleh. Mahu membuang daki dunia. Inginkan kesejahteraan dalam kehidupan. Dunia dan akhirat.

Usia saya semakin menuju ke penghujungnya. Begitulah resam hidup ini. Semakin lama, semakin kita dekat dengan Allah. Semoga pertemuan saya dengan Allah nanti tidaklah dalam keadaan duka. Kadang kala, saya selalu menasihatkan diri, segala kesusahan dalam hidup adalah sebagai penebus atas segala dosa dan noda saya selama ini.

Selamat hari lahir buat saya. Selamat berhijrah ke dunia baru. Terima kasih Ramadhan.

Tidak pernah ku lupa, jasa dan pengorbanan seorang ibu memelihara dari lahir sehinggalah kini. Bakti dan pengorbanan mu tidak mampu ku balas walau dengan apa cara sekali pun.

Buat apak (ayah) yang kini berada di alam barzakh, doa ku agar di kau tenang dan berada di taman-taman surga hendaknya. Didikan dan ilmu yang kau beri sentiasa ku kenang dan amalkan. Betapa aku terlalu merindui mu (al Fatihah)…

Terima kasih isteri tercinta, anak tersayang, kehadiran kalian memberikan makna dalam hidupku.

Tidak lupa buat adik dan abang-abang , semoga Allah berkati silaturrahim yang lahir dari rahim  seorang ibu.

guru-guru yang mendidik, menjadikan daku seorang insan.

Terima kasih semuanya.

Paling tidak di lupakan Allah  serta  Junjungan mulia  Nabi  Muhammad, cinta yang mengatasi segala-galanya. Abadan abada ( Selama-lamanya).

8 thoughts on “7.9.1982-7.9.2008

  1. salam ramadhan dan selamat hari lahir..semoga yang dicita berjaya digapai..yang dicita berjaya di gengam..dan semoga berbahagia bersama keluarga..aminn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s