Prof Kamil Uitm

Salam,

Malam makin surut, namun saya gagahkan jua untuk menulis walau sebari ayat.

Kali ini saya mahu bercerita tentang Prof Kamil. Walaupun tidak mengenali beliau lebih dekat tetapi kenangan berjumpa beliau di Pesta buku Antarabangsa yang lalu memungkinkan saya mencoret sesuatu mengenai beliau.

Di PTS, beliau antara penulis paling ngetop. Gara-gara buku pertama beliau , Travelog Haji yang telah di ulang cetak lebih daripada 7 cetakan.

Kebanyakan daripada kita melihat ahli politik adalah orang yang paling berjasa dalam mengubah minda, kehidupan sosio masyarakat tetapi kadang kala kita terlupa peranan ahli akedemik. Bukan sahaja ahli akedemik tetapi beban untuk membina negara bangsa ini adalah beban semua. tidak semestinya sumbangan kita akan menjadi lebih bernilai apabila kita menjadi ahli politik.

Sedangkan semua orang yang prihatin kepada negara Malaysia ini harus di beri kredit sebagai pejuang rakyat, aktivis dakwah atau pun pejuang kebenaran.

Berbalik kepada Prof Kamil, paling tidak pun, beliau akan menjadi contoh betapa masih ada lagi VIP yang bukan berstatus ulama atau pun ustaz atau pun ahli politik parti Islam yang menegakkan Islam dalam dirinya melalui penghayatan solat berjemaah, sehinggalah kepada akhlak beliau yang mencakupi muamalat dan urusan kehidupan beliau sehari-harian.

Semoga dengan itu, beliau adalah antara insan yang boleh remaja, orang kebanyakan atau pun sesiapa sahaja ambil sebagai contoh taulan yang baik. Menambahkan koleksi tokoh masyarakat yang menjadi ikutan ramai, seangkatan dengan Tuan Guru Nik Aziz (politik) dan lain-lain (sekadar menyebut contoh)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s