Lagi-lagi politik

Malam makin melabuhkan sayapnya. Saya masih lagi ligat untuk mengetahui apa yang berlaku dalam dunia politik Malaysia.

Walaupun perkembangan semasa cukup memualkan bagi sesetengah orang tetapi kenyataaan terbaru Presiden PAS menarik minat saya. “Jangan libatkan masalah peribadi dalam soal politik” Begitu;ah lebih kurang kenyataan berani beliau. Antara intipatinya, beliau menyarankan pihak yang saling melemparkan tuduhan liwat, pembunuhan harus menyelesaikan dulu soal peribadi. Yang hendak diperjuangkan adalah mengenai kesempitan hidup rakyat, kenaikkan harga barang dan pelbagai perkara yang bersangkutan masalah rakyat.

Telah lama saya fikir, mengapa Presiden PAS diam seribu bahasa. Membiarkan PAS di kuasai oleh PKR dan DAP. Seolah-olah parti Islam ini banyak terhutang budi pada kedua-dua parti ‘kecil’ ini. Akhirnya, keluarlah kenyataan, “Ahli Pas bukan bodoh”! Apa yang saya tahu, pergolakan kini adalah antara individu yang gila kuasa.

Waima dari BN mahu pun PR. Saya bimbang nanti kita seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Pada saya siapa pun layak jadi PM Malaysia ke 6. Tetapi biarlah pemimpin ini nanti akan meelihara kepentingan semua kaum selaras dengan semangat perlembagaan Malaysia. Janganlah di ungkit perkara yang sudah laam kita setujui. Lupakanlah soal mahu mengurangakn bunyi azan, hak rakyat Melayu. Kita harus melupakan soal yang akan menyebabkan pertembungan antara kaum berulang kembali.

Kita hanya mahukan ke ARAH MALAYSiA YANG ADIL. Tetapi sejarah telah membuktikan Islam telah berjaya memimpin ke arah pembinaan sebuah kerajaan yang adil. Jadi, mengapa terlalu fobia pada Islam?
p/s: Boleh rujuk kenyataan Presiden PAS dalam Harakah keluaran terbaru.

2 thoughts on “Lagi-lagi politik

  1. Bagi saya, kenyataan terbaru Presiden PAS itu benar-benar menyegarkan dan melegakan ramai pendokong PAS di peringkat akar umbi. Semoga Allah sentiasa bersama kita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s