Akhirnya saya meninggalkan U3A-402,Kolej Perdana UTM

Saya tahu, minggu ini berita paling hangat adalah mengenai kes liwat Anwar Ibrahim, akuan bersumpah Raja Petra dan beberapa lagi berita politik yang pada pengamatan saya amat menjijikkan lagi memualkan.

Maaf, di fikiran saya ,  kerana kuasa orang sanggup berbuat apa sahaja. Walau pun , ia di larang oleh agama.

Apa pun, doa saya agar pemimpin yang bersih , baik serta ikhlas memimpin umat ini dapat memunculkan dirinya. Malu juga, apabila melihat pemimpin Melayu bercakaran tapi pada masa yang sama, pemimpin kaum lain sedaya upaya mengukuhkan kelangsungan bangsa mereka di Malaysia ini. Walaupun berlainan mazhab politik tetapi yang penting survival dan tuntutan kaum mereka di tuntut sejak sekian lama dulu akhirnya sedikit demi sedikit dapat di penuhi.

Ah, persetankan pergolakan politik tanah air!

Akhirnya, hari ini, Rabu, tanggal 2 Julai 2008, selepas waktu Asar, secara rasminya saya akan meninggalakan rumah sewaan saya di KoleJ Perdana ini

Kenangan? Sudah tentu akan bersemi dalan ingatan. Semoga hijrah saya akan mendekatkan diri dengan Allah. Saya merasa sedikit tergugah kerana talian internet tiada di sediakan di rumah baru. Mungkin saya akan rasa canggung dan sedikit ralat kerana aktiviti malam saya mungkin akan berubah. Paling tidak pun, waktu malam saya boleh habiskan menelaah buku yang bertimbun banyak atau pun bermuhasabah.

Sekali lagi, perpindahan ini adalah hijrah bagi diri saya, itu lah harapan saya.

hijrah, di tempat yang baru, suasana yang baru , azam yang baru serta keimaanan yang bertambah kalau turun pun ia tidak terlalu lama. Ameen

Salam Hijrah

7 thoughts on “Akhirnya saya meninggalkan U3A-402,Kolej Perdana UTM

  1. rumah baru eh?
    nnt ada kenangan baru..
    wow..
    best tu..
    mana tau..
    takde internet susah jg..
    kurang sikit dosa tu..
    ehehe..jgn marah aaaa..

    Betul burn. Setelah hampir 2 tahun di Kolej Perdana, mencari angin dan suasana baru. Hijrah menuju redha Allah..Internet tiada, boleh di ganti dengan membaca buku serta menginsafi dosa dan noda yang di lakukan selama ini. Ameen

  2. assalamualaikum…saye adibah yang duduk U3B-401 Kolej Perdana..tgh bosan2 nih terjumpa pula blog saudarai…macam kenal je ridwanto ni..hehe..skrg dok mane?semoga saudara sekeluarga di rahmati Allah..saya insyaAllah bersalin MAc 2009.Doakan saye juga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s