Persatuan Mahasiswa Islam UTM (Sebuah coretan)

Terkenang sewaktu saya dan rakan-rakan bersama-sama menjalankan aktiviti dakwah di kampus. Ia adalah kenangan indah yang pernah terakam dalam sejarah hidup saya. Saya tidak pernah mengikuti pengajian ilmu Islam secara khusus. Namun, apabila saya berada di UTM, saya berjumpa dengan teman-teman yang mengikuti sistem pendidikan Islam yang lebih baik daripada yang saya perolehi di sekolah dulu.

Mana tidaknya, mereka bekas pelajar sekolah agama seperti KISAS, Maahad Muhammadi dan sekolah agama lain yang bertebaran di seluruh Malaysia. Cuma, paling tidak pun saya dapat mengambil sesuatu yang berguna sepanjang saya menuntut di UTM.

Paling indah, apabila rakan-rakan ini mengenalkan saya dengan pengajiaan di pondok. Walaupun hanya untuk tempoh sekitar 2 minggu tetapi saya berpeluang belajar sesuatu yag baru.

Ia kini tinggal kenangan, saya masih menginggati kenangan itu. Apa yang boleh saya katakan, universiti sedikit sebanyak membentuk watak diri saya dalam menuju kesempurnaan menjadi hamba Allah.

Tidak di lupakan juga Persatuan Mahasiswa Islam UTM, sesi 2001-2007, rakan pimpinan mahu pun akan ahli sekalian. Doa saya, PMI UTM akan terus MEMPERKASA IDEALISME PERJUANGAN MAHASISWA ISLAM. Moga, PMI UTM dapat merobohkan kejahilan yang sedang menimpa segelintir mahasiswa yang sedang leka di buai gejala hedonisme ( seronok-seronok)

Hidup Mahasiswa hari ini adalah penentu kepada kejayaan negara di masa hadapan. Alangkah indahnya sewaktu bergelar mahasiswa namun lebih indah lagi menghadapi kehidupan yang mendatang.

5 thoughts on “Persatuan Mahasiswa Islam UTM (Sebuah coretan)

  1. Persatuan Mahasiswa Islam,
    wadah perjuangan kami.

    Di bumi UTM,
    yang terindah ini.

    Moga mendapat restu Ilahi..

    (ni lagu yang Haikal Akasyah nak buat utk lagu PMI tak separuh jalan.. Diambil dari lagu BADAR KISAS klu tak silap..)

    Sampai hari ni takde lagi lagu utk PMI.. Da ramai tak minat nasyid..

  2. Salam sejahtera.

    Saudara Muhammad,

    Terima kasih kerana sudi singgah diblog saya dan memberi komen yang bernas.
    Seperti yang dijanjikan, saudara dipilih untuk menerima 4 tiket (terbuka).
    GSC. Nilainya tak seberapa tetapi ikhlas dari saya.
    Saudara boleh mengambilnya di panggung GSC berdekatan tempat saudara. (Bagi satu 1 hari notis) ataupun diposkan kepada saudara.
    Harap balas kepada e mail yang disertakan.
    Terima kasih.

  3. perjalanan pmi kini tak semudah yang disangka a.wanto

    namun betul ape yang a.wanto ceritakan.. menjadi ahli aktif pmi memberikan kita ilmu dan mengajar erti pengorbanan. mengaji, bertalaqi kitab, bermujahadah, semua rase.. tak de yang tertinggal.. semuanya mengajar, tak da yang tak mengajar. sibuk2 dengan psm, yang amat menggila2.. tapi adanya sokongan kawan2 pmi, kite masih lagi ke kuliah2 di kampus. seronok memang seronok..

    muge2 bile saye dah makin meningkat dewasa nanti, saye tak lupe tuk ke usrah, menginfak, mengaji dll. sekarang masih kije sementara,penat memang penat, tap masih kena rajin2 cari kuliah agama untuk makanan jiwa…

  4. hhmm..;) pasal pmi ni sgt byk kenangan.. dari tahun pertama sehingga tahun terakhir diamanahkan sbg pimpinan wpun diri amat dha’if.. tlalu byk kngn yg dapat diungkapkan..

    sebab pmi juga ko n aku jumpe, bkenalan, jd membe baik skrg.. wat pembentangan kertas keje kat UM same2 ngan ust Ismail dll.. yg x same ko kawin dlu dari aku.. cehh.. x tgu aku pun.. hehe..

    doakan smoga dapat lengkapkan sebahagian lagi agamaku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s