Saya Pakar Motivasi

Dari satu blog ke satu blog satu bergayut, politik ke motivasi, terus ke isu semasa yang lain, tiba-tiba terjumpa blog ini, http://www.razzirahman.com. Pastinya isu yang ingin saya kemukan di sini, Bro Love.

Wah, rupa-rupanya, Razzi Rahman ini belum berkahwin, namun blog beliau dikunjungi oleh orang yang sudah berkahwin, mencari cas untuk menyegarkan gerbang perkahwinan yang makin pudar, kusam warna perkahwinan yang makin hilang serinya.

Apa kurang beliau dengan saya? Sudah tentu saya ada kelebihan tersendiri. Sudah berkahwin, mempunyai seorang cahaya mata, pernah melalui pahit getir berkahwin semasa belajar, kini hidup jauh dari isteri.Barang kali, semua ini kredit untuk saya. Bukankah pengalaman itu tidak bernilai harganya?

Justeru, mulai saat ini, sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman, cerita dan petua untuk menyerikan lagi nilai cinta, saya sedia membantu…

Namun, hakikatnya, tiada apa dalam diri saya. Saya hanyalah insan dhaif, sekadar untuk berkongsi pengalaman. Moga, ada yang boleh mengambil manfaat.

4 thoughts on “Saya Pakar Motivasi

  1. Sungguh berazam niat saudara
    Membantu orang tak kenal rupa
    Hajat berbudi pujian mulia
    Petua dikongsi tak kira usia

    Mahligai cuma bayang kayangan
    Nak tunggu siap entahkan bila
    Terkecil hati tidaklah rawan
    Cinta Illahi janjikan bahagia

    Semoga terus maju abg Wanto

    Terima kasih.
    Ketika saya ingin berkahwin dulu, saya ssehabis baik mendekatkan diri dengan Allah. Segenap cara saya cuba gunakan. Dari mendapatkan nasihat orang yang lebih berpengalaman sehinggalah mengamalkan doa yang istiqamah, solat dhuha, bersedekah dan apa sahaja amalan yang mendekatkan diri dengan ALllah. Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat saya. Namun, apabila kadang kala saya melupai Allah, lalu Allah datangkan ujian, buat peringatan.
    Natijahnya, ingatlah Allah, mohonlah kepada Allah di samping usaha sebagai manusia biasa. Pasti Allah akan lorongkan jalan. Percayalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s