SEDIH

Apabila menghadapi kesusahan atau pun diri menghadapi tekanan, bagaimana kita melepaskan diri? Saya pasti, di Malaysia kini, antara masalah yang menghantui rakyat adalah kenaikan harga minyak yang menyesakkan jiwa. Itu belum lagi buat teman-teman yang masih mencari bakal suami atau pun  isteri. Hati penuh dengan keluh kesah, iri hati melihat rakan-rakan yang telah meniti hari bahagia, hidup bekeluarga sambil merancang masa depan yang bahagia, sedangkan empunya diri terkontang kanting mencari putera idaman atau pun puteri impian.

Tidak pun bagi mereka yang menghadapi masalah rumah tangga, cemburu melihat kebahagian orang lain. Setiap hari kehidupan mereka berantakan. Si isteri meragui kesetian suami, sang suami curiga akan kejujuran si isteri. Mungkin curang di belakang, siapa yang tahu? Atau pun, yang telah lama mendirikan rumah tangga namun masih lagi menantian cahaya mata yang masih belum tiba.

Beginilah seputar kisah dalam kehidupan.Setiap permasalahan, adalah ujian yang Allah berikan agar kita merenung kembali, hijab yang menghalang keberkatan dalam hidup. Atau pun Allah beri ujian ini buat penebus dosa supaya di akhirat kelak kita menjadi insan bahagia. Walau apa pun yang berlaku, carilah Allah, kerana nampak Allah itu jauh tetapi Allah itu terlalu dekat dengan kita.

Usahlah berputus asa dengan rahmat Allah. Moga-moga yang mencari pasangan hidup akan dikurniakan suami yang beriman, isteri yang solehah. Bagi keluarga yang berantakan hidupnya, berdoalah agar Allah akan beri sakinah , rahmat dan mawaddah buat keluarga ini. Malah, yang masih menantikan cahaya mata, lambatnya rezeki Allah ini, rupa-rupanya Allah akan memberikan si kecil yang cerdik,beriman dan hafaz quran apabila besar kelak. Moga akan mendoakan buat ibu dan ayahnya.

Inilah hidup, kerana itu janganlah putuskan hubungan dengan Allah. Jangan sekali-kali.Hanya Allah lah tempat pergantungan yang tidak pernah mengecewakan. Percayalah!

5 thoughts on “SEDIH

  1. “Berpenat lelah lah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan.”

  2. segalanya telah di tentukan oleh Allah s.w.t…bersyukur dan bersabarlah dalam menghadapi dugaan dari-NYA…………insya-Allah hari esok pastikan bersinar jua………..

    Ridwanto n family p kabau?

    Alhamdulillah kak, kami baik-baik aja. Alya INsyirah sudah mula merangkak. Laju, ibarat pelumba F1….Keletah nya menenangkan jiwa..Terima kasih Allah

  3. “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah

    menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah kepada Allah

    untuk menyempurnakan separuh yang berbaki.”

    (Al-Hadith)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s