Syeikh Rashid Mishary al-afasy

Pertama kali saya mendengar suara Syeikh Rashid Mashari al-Fasi, 3 tahun yang lalu. Ketika itu Ramadhan hampir menjelang tiba. Waktu itu saya belum mempunyai isteri apatah lagi Alya Insyirah masih berada di alam roh. Namun, kehadiran mereka berdua selalu saya dambakan lewat doa ketika Ramadhan. Setiap lepas solat tarawikh, saya akan solat hajat, memohon kepada Allah, agar memanjangkan jodoh saya dengan gadis yang telah menambat hati saya (kini sudah menjadi isteri. Alhamdulillah) Entahlah, apabila berada dalam bulan Ramadhan, perasaan saya sungguh lain. Tenang, seperti seronok berjumpa kekasih bahkan lebih hebat lagi perasaan yang saya alami.

Paling syahdu, sambil mendengar bacaan quran Syeikh Rashid Mashari ini, saya tersedu sedan menangis mendengarkan bacaannya yang lunak. Seolah-olah saya mengerti apa yang dibacanya. Masih terakam lagi di benak hati saya, sambil ligat otak saya mengimbau kenangan indah  ketika bujang di bulan Ramadhan.

Saya berkejaran, mencari di manakah masjid yang diimamkan mereka yang mempunyai bacaan yang lunak, fasih dan meruntun hati bagi yang mendengarnya. Dari masjid UTM, mencari ke Masjid Senai, pergi ke Masjid Bandar Baru Uda dan beberapa masjid lagi yang pernah saya dan rakan singgah untuk mendapat berkat Ramadhan.

Kini, saya tetap menjadi peminat setia syeikh ini. Aduhai, saya terpesona apabila mendengar bacaan syeikh ini. Apabila dilagukan dan dibaca dengan tartilnya, akan terpancarlah mukjizat al-quran ini. Bukankah Rasulullah suka benar mendengar bacaan Muaz bin Jabal?

Ya Allah, berkatilah kami dengan al-quran, tambahkanlah ilmu kami dengan al-Quran…

3 thoughts on “Syeikh Rashid Mishary al-afasy

  1. Ku tunggu ribut keyakinan; barat, utara, timur, selatan. Apakah kerana sayangku atau kerana RahmatNya? Al-Quran perlu dicari dan diletak di dalam jiwa. Ianya nur tidak dapat disentuh, entah terlihatkan oleh mata atau tidak namun yang pasti sinarannya di jiwa pasti menyuluh terang.

  2. assalamualaikum… dtg buat lawatan rakan se-utm🙂 suara beliau mmg best dan menyentuh perasaan… itu anak wanto ke? cumils nya….

    fiza dah add link ni kt blog fiza….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s