Mencari Bahagia

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah. Rasa senang bukan bahagia sekali pun ia berharta, kerana semua itu bersifat lahiriyah, ia bukanlah hakikat bahagia

Begitulah antara bait-bait yang terungkap dalam lagu ini. Saya pernah merasai betapa bahagianya saya apabila Allah berada di sisi. Bagaimana ya? Sementara pula, di saat-saat kenaikan minyak, barang, kos hidup? Saya mengakui, kehidupan saya seperti rakyat Malaysia yang lain. Tersempit. Lagi pula, isteri jauh di utara Johor. Hampir 2 jam melalui jalan yang bersimapng siur untuk sampai ke Mersing, semata-mata untuk melihat wajah isteri dan anak. Untuk menerima erti sebuah kasih sayang.

Begitulah resam kehidupan, jatuh bangun seseorang pasti akan mematangkan. Bahagia, adalah perkataan yang mempunyai ert mendalam. Siapa yang boleh memberi pendefinasian yang tepat, apakah erti bahagia yang sebenarnya?

Apakah dengan harta yang banyak? Atau pun keluaraga yang sempuna? Yang saya tahu, Bahagia yang sebenanya adalah apabila keberadaan Allah disisi.

Ya, Allah, janganlah biarkan aku tanpa pimpinan. Pimpinlah aku ke jalan yang Engkau Redhai. Hanya kepada Mu lah harapan ku. Janganlah Engkau hampakan permintaanku.

Jatuhkanlah kecintaanku kepada Mu. Ameen

2 thoughts on “Mencari Bahagia

  1. Bagaimana untuk mencari ketenangan?
    Semua orang sibuk dengan kemelaratan yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.
    Adakah Allah datang kan Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi peringatan buat warga Malaysia???

  2. Di sinilah terselah Maha Mendengarnya Allah. Dia memberi apa-apa yang kita selalu mengadu kepadaNya, itupun diberi yang benar-benar baik untuk kita. Mengadulah kepada Allah dan kembali kepadaNya, bahagia akan datang. Bahagia disebabkan keluarga, harta Insya Allah akan datang berbondong-bondong.

    Hamim,
    Masih basah kenangan indah, zaman cemerlang era gemilang ketika Rasul ada di sisi. Para sahabat mentadbir bumi. Itulah zaman kenabian, Islam laksana api yang menyala. Seluruh rakyat merasai bahagia hidup bersama Nabi Muhammad…Rindu pada mu Rasulullah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s