Minyak naik lagi(PAK LAH TOLONG LETAK JAWATAN!)

Harga Minyak Naik lagi untuk ke sekian kalinya. Yang pasti pak-pak menteri tak akan terasa kesan kenaikkan harga minyak ini. Mereka masih lagi duduk bersenang lenang. Rakyat yang akan menanggung ebabn ini. Saya dan rakan-rakan terus menyumpah seranah pemimpin negara.

Cuma apa yang boleh saya katakan PAK LAH, TOLONG LETAK JAWATAN!!!

ANDA TIDAK MAMPU MENJADI PM MALAYSIA LAGI. BAGILAH PADA MEREKA YANG LAYAK !!!

4 thoughts on “Minyak naik lagi(PAK LAH TOLONG LETAK JAWATAN!)

  1. Tak tahu nak lega atau tidak dengan pengumuman semalam. Sekali imbas tengok harga petrol naik dan diagihkan kepada lain. Tapi kena duduk dan kaji ia menguntungkan atau merugikan. Nak buat macam mana, kerajaan asyik sebut “kami TERPAKSA TANGGUNG BEBAN subsidi”. Kalau rakyat sudah dianggap beban, begini la jadinya.

  2. memang benar harga minyak naik dan menyebabkan orang naik minyak…

    anda dan rakan-rakan terus menyumpah seranah- itu bukan adab Islam…
    walaupun ana setuju tentang kenaikan harga minyak tak sepatutnya dinaikkan. tapi mencari penyelesaian perlu dilakukan dengan fikiran yang waras… ini juga telah menunjukkan bahawa sebuah sistem berparlimen negara kita sekarang ini sudah lapuk. sistem ekonomi ciptaan barat yang kita agung-agungkan sudah mulai rebah setelah mengalami ketidak stabilan buat sekian lamanya.

    kembali lah kita kepada islam… negara dengan sistem khalifah…
    walaupun bukan sekarang… tapi kita perlu kearah membina sistem tersebut…

    wallaahu’alaam…
    irhafiz.wordpress.com

  3. salam..
    jgn lah kt terlampau menghentam pemimpin kt..
    mereka mAnusia biasa..
    pasti ada kelemahan..
    skrng kt perlu bersatu memikirkan jln penyelesaian..
    kuarkan idea2 kt utk menjana semula ekonomi negara..
    bkn dgn memaksa sesiapa meletak jwtn..
    kt pikirkan jln penyelesaian bersama-sama..

  4. perlukah kita melantik pemimpin dari orang di tepi jalan.. sudah tentu mereka yang jadi pemimpin mereka mempunyai kriteria yang layak utk bergelar pemimpin..

    ya, mmg manusia itu lemah, tapikan adakah individu duduk dalam organisasi turut dikatakan lemah kerana mereka punyai tenaga pemikir yang ramai. mereka ada kabinet, mereka ada jawatankuasa, mereka ada jabatan RnD dan pelbagai kelebihan utk berfikir berbanding kami rakyat biasa yang ada kemudahan cuma internet dan perpustakaan..

    ini bukan soal menghentam pemimpin, tetapi ini soal kebijaksanaan dalam mengurus sebuah kerajaan yang berwarna demokrasi dimana demokrasi menyatakan ‘kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat’.

    tetapi saya masih lagi positif untuk melihat malaysia yang adil. pengharapan saya masih lagi tidak berubah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s