Sebuah kehidupan

Ala, isteri jauh sikit dah sedih,kau pasanglah satu lagi,”mungkin ia satu sindiran dari seorang teman tetapi apalah yang teman saya itu tahu tentang erti nilai cinta antara seorang suami dengan isteri.   Saya yakin, teman itu(teman akrab saya ini masih berkira-kira untuk berkahwin) tidak lagi merasai betapa cinta sepasang suami isteri tidak sama jika dibandingkan cinta antara sepasang kekasih. Nilai apa yang ada cinta seperti itu?

Selepas berkahwin, barulah saya mengetahui erti nilai cinta yang sebenarnya. Ia mungkin tidak dapat dibayar dengan wang malah mungkin nyawa sekalipun akan sanggup digadaikan demi cinta yang diredhai Allah ini.

Cinta inilah yang selalu hadir menyapa saya. Ia adalah kenangan yang penuh bererti

Kadang kala, kenangan itu akan membuatkan kita terkenang kisah silam. Mungkin ia manis , tidak pun, pahit. Namun, segala-galanya itu adalah resam kehidupan yang perlu dihadapi.

Sejak isteri dan anak berpisah jauh dari saya, kadang-kadang rasa kesunyian menemani diri. Demam tidak seberapa tetapi rasa sakit dan pedih itu seolah-olah malaikat maut bakal menjemput saya.

Berbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya, dari kisah peribadi diri sampailah tanggungjawab hakiki sebagai seorang suami yang perlu dilunasi.

Adakah ini yang dikatakan kehidupan. Mengapa saya tidak tega untuk menghadapinya?

3 thoughts on “Sebuah kehidupan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s