Setelah lama tidak kemaskini blog

Salam,

Setahu saya, hampir sebulan saya menghilang di alam maya(internet)

Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi, namun ia hilang dalam kesedihan yang di alami. Tetapi, cerita paling sensasi(tidaklah sesensasi cerita artis, ahli politik) bagi saya, isteri saya ditempatkan ke Mersing, di sebuah sekolah berasrama penuh intergrasi. Jenuh, saya turun naik KPM, Putrajaya, memohon penukaran isteri, tetapi usaha ini masih belum berhasil.

Walau apa pun, saya yakin ini semua adalah ujian dan cabaran hidup yang perlu semua orang lalui. Maka, setiap hujung minggu, saya akan ke Mersing, menjenguk isteri dan anak kerana saya ada tanggungjawab di Skudai, mencari sesuap nasi.

Saya menantikan kemunculan sdr Anwar Ibrahim berpencak silat di parlimen, setelah 10 tahun menghilang di persada parlimen Malaysia.

Berita kematian Rustam Sani, memberi tanda semakin ramai golongan intelektual @ulama yang pergi meninggalkan kita . Saya amat mengagumi kupasan politik dan sosial Rustam Sani. Isi dan penyampaiaan beliau kritis, membuka minda sasarannya.

Apa pun, ini semua adalah rona-rona hidup yang sedang berputar mengelilingi kehidupan kita semua.

Hidup mesti diteruskan dengan dengan hati yang sejahtera, ikhlas dan ceria.

One thought on “Setelah lama tidak kemaskini blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s