Mendukung Institusi Beraja (Pasca PRU12)

 

rajanazrinshah.jpg

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.
Baginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.


Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.


Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.


Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama,” titah baginda di majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.


Menurut
Bernama, Raja Dr Nazrin bertitah seorang pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan arah haluan pengikutnya dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.


Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah,titahnya.
Baginda bertitah sebagai pemimpin yang beragama Islam, pemimpin itu perlu menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mendapatkan panduan dan bimbingan untuk memerintah.

Bukan sekadar ritual

Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi.


Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan, titahnya.


Raja Dr Nazrin bertitah Islam menetapkan sebagai pemimpin seseorang itu perlulah memiliki sifat-sifat amanah, merendah diri, jujur, ikhlas, berdisiplin, berkorban dan komited, selain gerun kepada Allah serta menyedari sentiasa dinilai oleh para pengikutnya.


Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda

Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan menembusi sempadan politik.

Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja.

Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya, titahnya.

Raja Dr Nazrin turut memperingatkan agar acara-acara sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun tidak sekadar bercorak ‘ritual’ atau secara rutin sahaja, tetapi sebaliknya perlu memberikan impak kepada masyarakat.

Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan.

“Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya,” titahnya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.

Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan.

Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” titahnya.

 

raja2.jpg

Pasca PRU12, menyaksikan Sultan memainkan peranan aktif berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh perlembagaan. Saya cukup optimis, apabila Raja atau Sultan berperanan sebagai payung rakyat atau sekiranya boleh untuk saya jelaskan, peranan Raja lebih mendasar kepada mekanisme check and balance dalam kerangka Perlembagaan, kita akan mendapati , kestabilan politik mampu kita capai dalam negara yang berbilang kaum ini .

Justeru, Raja yang kuat dan memiliki karisma yang tinggi , mampu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah rakyat. Ini bertepatan dengan status Raja itu sendiri yang merupakan institusi rakyat. Maka, raja berhak untuk menegur kerana Malaysia mendukung serta menjunjung Institusi Beraja.

Jangan kita lupa, institusi ini bukanlah berdasarkan sentimen semata-mata tetapi kita , rakyat Malaysia mendukungnya kerana faedah dan kemurniaan yang diperolehi hasil peranan dan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu memainkan peranan sebagai payung rakyat.

DAULAT TUANKU!

3 thoughts on “Mendukung Institusi Beraja (Pasca PRU12)

  1. iye, jgn luper juger..
    raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah..

    happy weekend my bro.. peace!

    Daulat Tuanku. Mari kita mendukung institusi Beraja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s