Siapa Yang Menang ?(Coretan pasca PRU12)

Salam, tidak kemaskini entri terbaru blog? Sapa seorang teman tiba-tiba, mengejutkan lamunan saya. Kebetulan, hati saya kuat benar menyuruh mencoret sesuatu di blog, selepas dileteri isteri. “Abang ni, asyik membaca aja, entah bila pula akan menulis! Wah, membaca pun salah juga ? Entahlah, masih banyak timbunan buku yang belum saya hadam, bagaimana nafsu untuk menulis akan muncul? Itu sifir yang berlengar di hati saya.

inilah_deb.jpg

PRU 12

“Maaf menganggu Dr, saya cuma nak tahu apa pandangan Dr mengenai keputusan pilihan raya baru-baru ini?” tiba-tiba saya memberanikan diri menelefon Dr Agus, penganalisis politik tanah air. “Mengejutkan, malah saya tidak faham mood sebenar pengundi”! Begitulah jawapan ringkas yang saya perolehi hasil perbualan singkat dengan Dr Agus sehari selepas keputusan pilihan raya di ketahui umum.

Saya kira semua pihak pasti terkejut, kalau tidak masakan, gelombang kuasa pengundi kali ini di gelar juga sebagai Tsunami Politik! Apalah yang hendak di takjubkan. Bukan kah kita ‘menganut’ fahaman demokrasi berparlimen, siapa pun boleh menjadi kerajaan.

dsc08932.jpg

Selepas 50 tahun merdeka, UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sudah mencapai tahap pencen. Kita melihat percakaran, hilang daya tumpu memimpin; kerana pemimpin yang ada mengamalkan pemerintahan yang ‘menyeksa’ rakyat, mengayakan kroni dan paling penting ada yang menganggap diri mereka ‘maksum’! Tidak boleh di tegur, mudah mengula-gula kan rakyat.

Tambahan pula, UMNO dan BN menanggung liabiliti (beban) yang cukup membuatkan rakyat meluat malah seumpama, letaklah calon kayu atau pun batu sekali pun, asalkan dari DAP, PAS atau pun PKR, kami akan beri undi. Ini adalah undi protes!

Malah kemasukan pengundi muda pada kali ini, mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN di beberapa buah negeri. Yang paling penting, pengundi muda ini datang bersama kelahiran ledakan teknologi maklumat yang diperolehi melalui internet yang dibawa oleh para blogger, akhbar maya alternatif, SMS mahu pun medium selain akhbar harian, MeDia Prima, RTM dan ASTRO.

PAS dan DAP

“Tak nak lah mengundi DAP!” Ujar isteri saya , melahirkan ketakutan dengan sikap DAP yang bersifat perkauman oreintasi politik mereka. Kerisauan isteri saya ini mungkin berasas, malah bukan isteri saya seorang yang bersikap sedemikian mungkin ramai lagi.

dsc08938.jpg

Namun, pada saya, seandainya Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang lain tetap berkeras untuk bertindak dengan ideologi Malaysia Malaysian yang kurang di senangi orang Melayu, saya fikir ini tindakan kurang bijak.

Tetapi , bukan kah semua yang terjadi ini masih dalam kerangka demokrasi? Seandainya konsep Malaysia Malaysian ini masih lagi ‘dalam padang demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, mengapa tidak, DAP teruskan aja. Namun, DAP harus ketepikan ketakutan yang melanda hati dan perasaan orang Melayu dahulu.

Malah, yang paling penting, kita harus menjunjung tinggi kontrak sosial dan perlembagaan yang sejak 50 tahun dulu dibina bersama rakyat Malaysia. Tidak kira, Melayu, Cina mahu pun India, negara bangsa ini dibina daripada persefahaman yang terjalin hasil perjanjian selepas Malayan Union gagal dilaksanakan oleh British.

Kadang kala, kita kurang meneliti soal sejarah dan alpa mengenai kisah lampau yang menjadi landasan dalam melakukan sesuatu tindakan. Kerukunan dan semangat muhibbah yang terjalin sekian lama harus kita suburkan lagi dengan akar perpaduan , di sirami dengan semangat kekitaan tanpa ada rasa cemburu, iri hati antara kaum.

Begitu juga dengan PAS, selepas kemerosotan prestasi UMNO dalam PRU 12, saya menjangkakan, PAS akan menjadi parti utama di Malaysia yang akan memimpin rakyat Malaysia.Mengapa bukan PKR? Sifir saya mudah, PAS adalah antara parti tua yang wujud di Malaysia, sepak terajang politik tanah air sudah menjadi asam garam buat PAS.

Menang, kalah, adalah adat bagi PAS semenjak ditubuhkan sehinggalah merentasi lebih 50 tahun usia penubuhan PAS. Pernah ditendang keluar dari pakatan BN pada tahun 1972, lalu dengan sisa-sisa yang ada, PAS membina kembali kekuatan, melakukan ‘rebonding’ melalui konsep Kepimpinan Ulama.

Pemimpin datang dan pergi. Kekuatan Pas bukan lah pada pemimpin namun pada ‘ideolog’ dan pembawaan PAS itu sendiri.

Kalau dahulu, konsep negara Islam menjadi slogan utama PAS tetapi buat PRU 12, PAS melunakkan sedikit slogan yang menakutkan pengundi Cina. Lalu muncullah Negara Berkebajikan yang berjaya menawan pengundi Melayu dan yang lain.

Memang, bukan slogan ini secara total menyebabkan BN tumbang di 5 negeri tetapi slogan ini yang menyakinkan pengundi bukan Islam, seterusnya berjaya mengendurkan ketakutan yang melanda mereka.

Pada hemat saya, tidak ada yang salah pada pembawaan negara Islam PAS, tetapi ia harus dalam kerangka perlembagaan dan mestilah mendapat sokongan rakyat.Izinkan PAS membuktikan segala manifesto yang PAS janjikan pada rakyat.

Biarkan DAP dan PKR melaksanakan agenda rakyat yang telah mereka gariskan sebelum PRU 12. Sekiranya mereka ini gagal, kuasa akan kembali kepada rakyat, selepas 5 tahun mereka memegang pemerintahan di 6 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan K. Lumpur), biarlah rakyat akan menetukan nasib mereka.

Atau pun mereka mahu Barisan rakyat (PAS,DAP,PKR) ini memimpin kerajaan persekutuan dengan berketua kan Anwar Ibrahim ( seperti yang di ungkapkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang).

Sebagai anak muda yang prihatin, saya mahu kan kerajaan yang memimpin saya, biarlah yang berjiwa rakyat, sedar akan kesusahan yang menimpa rakyat dan yang paling penting tidak sombong dan bongkak. Sedar akan kuasa yang Allah kurniakan pada mereka bersifat sementara.

Siapa menduga, selepas kemenangan besar BN di Perlis, takdir Allah sentiasa melepasi jangkaan hambaNya, Shaidan Kasim gagal menjadi MB Perlis. Seandainya hal ini kita renungi, tiada yang kekal melainkan Allah kerana kita semua adalah pinjaman semata-mata. Di samping, kita menginsafi, kehidupan di dunia adalah sebagai ujian buat kita semua!

8 thoughts on “Siapa Yang Menang ?(Coretan pasca PRU12)

  1. Tak nak buat tesis politik ke?
    Aku ada tajuk..
    Clash of civilization dalam konteks Malaysia..
    Baru boleh ramal 20-50 tahun akan datang.

    MENARIK TU, MINTA TOLONG CARI KAN AKU PENYELIA…

  2. Kata dah telefon Dr Agus

    Memang, ada juga terfikir untuk jadikan Dr Agus sebagai penyelia. Tapi, kena fikir banyak banyak perkara. Al-maklumlah , sudah berumah tangga…Namun, perjalanan hidup masih panjang , Insya Allah, muga-muga, ilmu akan terus bertambah walau pun bukan dengan mengambil Master Politik.

  3. perghh… zamin dah pandai bagi tajuk tu wanto…
    Clash of civilization dalam konteks Malaysia tu..
    apapun, kalu ko dah minat, tak ada siapa dpt halang..
    go on wanto!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s