Anwar Ibrahim di Johor

dsc08910.jpg

dsc08886.jpg

dsc08888.jpg

Anwar Ibrahim, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut nama Anwar Ibrahim, terus terbayang di minda saya aura, karismatik dan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin yang tersohor di Malaysia. Sdr. Anwar pernah berada di semua posisi gelanggang politik nasional.

Bermula sebagai aktivis pelajar, memasuki arena sosial negara sebagai aktivis sosial, di jemput menganggotai UMNO , di asah oleh Tun Mahathir sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin ulung kerajaan Barisan Nasional, semuanya ini merupakan perjalanan  Anwar Ibrahim menuju puncak kekuasaan politik negara. Namun demikian tidak dapat disanggah, penyertaan Sdr. Anwar sedikit sebanyak mengecewakan pendokong Islam (baca : PAS) namun sejarah ini adalah usaha Anwar untuk mendaki tangga politk negara sebagai Perdana Menteri Malayia.

Namun, takdir Allah menentukan segalanya. Anwar terpelanting jauh dari kerusi Perdana Menteri Malaysia. Fitnah, tohmahan, dipenjara, ditelanjang, di aib sebegitu rupa, antara jalan yang di lalui oleh Anwar Ibrahim.

Anwar melakukan ‘comeback’ dalam arena politik nasional dengan memimpin Barisan Alternatif! Aura dan karismatik Anwar tidak luntur malah kedatangan beliau amat di nantikan untuk mendengar suara keramatnya. Suaranya tidaklah merdu tetapi apabila Anwar berpidato, dapat mempersonakan orang yang mendengarnya. Itulah Anwar Ibrahim!

dsc08890.jpg

dsc08880.jpg

2 thoughts on “Anwar Ibrahim di Johor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s