Saya mahu seperti ini (siri 2)

….mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam bidang pengkhususan seperti kejuruteraan, undang-undang, perubatan dan ekonomi tetapi juga mempunyai kefahaman tentang seni berhujah dan falsafah, pada ketika yang sama mempunyai citarasa yang sama terhadap sastera dan muzik. Para pelajar perlu mempunyai keinginan untuk menjadi manusia pelbagai bidang, manusia mutaffanin sebagaimana ia dikenali dizaman kegemilangan Islam…..(m/s 132, Gelombang Kebangkitan Asia, Anwar Ibrahim)

Seusai menghadam buah tangan daripada sdr. Anwar Ibrahim berkenaan tajuk Keunggulan Budaya, hati saya terdetik, bagaimana rupanya, seorang penuntut ilmu disiplinnya kejuruteraan namun pada masa yang sama handal dalam soal muzik, sastera? Wah, sudah tentu manusia ini begitu ruwet soal pengurusan masanya. Ataupun, seorang yang sentiasa bergelumang dengan dunia buku.

Sedangkan untuk mendalami satu bidang sahaja memerlukan kita memperuntukan masa yang banyak untuk itu, inikan pula mereka yang mempunyai kepakaran yang pelbagai, minat yang pelbagai, paling penting seorang yang gila buku!

Maka, tidak hairanlah, nama seperti Imam as-Syafie, Ibnu sina dan deretan nama lagi yang tercatat dalam sejarah kegemilangan Islam ini adalah golongan yang mempunyai kepakaran yang pelbagai.

Menginjak ke usia 26 tahun, membuatkan saya termenung sebentar ( malah selalu memikirkan), betapa jalan yang akan saya pilih nanti agar dapat memberikan satu kepuasan yang amat bermakna dalam kehidupan ini. Acap kali, saya memohon serta bermunajat kepada Allah, agar di lorongkan jalan di sana, akan terlihat cahaya yang akan memandu saya ke arah yang ‘benar’.

Kehidupan mesti di teruskan, matahari setiap hari sentiasa keluar di timur, masuk di barat dunia. Begitu juga hidup!

Pada hemat saya, setiap manusia mencari erti kehidupan, ibrah yang terakam dalam al-Quran, kisah Ibrahim a.s, mencari Tuhannya, memberikan semangat kepada saya, betapa, setiap hari kita akan mencari erti hidup yang sebenar.

Doa dan munajat kepada Allah tidak harus putus, kerana itulah sumber kekuatan yang utama dalam hidup. Pasang surutnya laut memberi keyakinan betapa kehidupan manusia pun melalui sunnah yang sama.

Maka, ujian yang ditimpa adalah salah satu cara untuk kita menjadi kental….

Walhasilnya,jadilah manusia yang berilmu, kerana hanya dengan ilmu, ia akan menjadi cahaya memandu kehidupan ini…

3 thoughts on “Saya mahu seperti ini (siri 2)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s