Esok penamaan calon

Salam,
Esok bermulanya detik yang mendebarkan buat semua rakyat Malaysia. Mengapa semua rakyat ? Pada saya, nasib rakyat Malaysia untuk 5 tahun mendatang bertitik tolak daripada pemimpin yang akan kita pilih pada 8hb Mac ini.
Secara rasminya, gendang pilihan raya di palu , serta dicanag ke seluruh pelusuk alam, bahawa, Malaysia amat dahagakan pemimpin yang adil, berkarisma dan berintergriti.

Hati saya berdebar-debar, mampukah pemimpin yang baik akan di angkat sebagai pemimpin Malaysia (Yang Berhormat Malaysia)?

Namun, saya optimis, pertolongan Allah akan tiba untuk menghancurkan segala onar dan noda yang telah terpalit sehingga mengotokan kemakmuran bumi Malaysia ini. Malu rasanya melihat amerika, walau pun kita menganggap ia adalah negara kuffar, sentiasa memecah belahkan negara umat Islam, tetapi dalam sola meilih pemimpin, negara itu amat teliti dan cerewet.
Semuanya adalah untuk memilih pemimpin yang berkualiti dan mampu membawa negara Amerika ke puncak kesejahteraan buat rakyat Amerika.

Tetapi, berlainan sekali dengan kebanyakan negara umat Islam, tidak terkecuali Malaysia ku yang tercinta ini. Paling mendukacitakan, letak calon kayu pun (meminjam kata-kata Tun Mahathir) , calon itu pasti akan menang asalkan dari dacing yang semakin hari semakin berkarat dan sengetnya makin rebah ke bumi.

Walhasilnya, kesejahteraan Malaysia adalah tanggungjawab bersama. Kita tidak mahu Malaysia ini di pimpin oleh kerajaan tiga beranak, semakin hari semakin meluat melihat kebiadapan dan kerakusan merampas kekayaan negara untuk mengisi tembolok mereka anak beranak. Wahai rakyat, bangkitlah, berikan undi kepada mereka yang bersedia menjadi hamba rakyat. Paling tidak pun KITA MAHU NEGARA BERKEBAJIKAN!

2 thoughts on “Esok penamaan calon

  1. doakan semoga islam akan menjadi cara hidup rakyat Malaysia

    yakinlah..allah pasti akan memberikan pertolongan pada mereka yang berusaha menegakkan kebenaran di jalan-NYA

    Insyaallah….PAS tak kan melepas..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s